Penyanyi Malaysia, Yuna kembali menyengat menerusi 2 lagu pertama daripada albumnya yang akan datang, Rouge. Selepas peminat menerima baik single Forevermore pada bulan lalu, Yuna ‘memanjakan’ semula peminat dengan single kedua berjudul Blank Marquee bersama..
wait-for-it
G-Eazy! Ya, rapper dari Amerika Syarikat itu adalah penyanyi kedua yang berkolaborasi bersama Yuna selepas Usher menerusi ‘Crush’.
Blank Marquee menceritakan tentang bagaimana seorang rakan atau kekasih mempergunakan kita untuk pergi lebih jauh dalam hidup, karier atau apa-apa motif yang dimilikinya. Kita ni kononnya hanyalah batu loncatan untuk si dia ke hadapan.
Menariknya, setelah mendengar dan menonton klip video Blank Marquee, penulis perasan ada hubung kait lagu tersebut dengan sebuah lagu popular yang dinyanyikan oleh bekas kekasih G-Eazy, Halsey.
Ouh, what is the scoop?
Menerusi lagu Without You yang selalu korang dengar di radio, Halsey menceritakan tentang bagaimana G-Eazy seorang rakan telah meninggalkannya setelah berjaya mencapai matlamat sebenar iaitu mencipta nama dalam karier.
Antara lirik yang disebut Halsey adalah:
Tell me how’s it feel sittin’ up there
Feeling so high but too far away to hold me
You know I’m the one who put you up there
Name in the sky
Does it ever get lonely? Thinking you could live without me
Okay..
Menerusi Blank Marquee pula, ia bermula dengan bahagian Yuna yang menceritakan tentang bagaimana lelaki tersebut seharusnya berterima kasih kepadanya atas segala bantuan yang diberikan. Sekarang, lelaki itu pula yang cuba untuk memijak kepala.
Senang cerita, nak sailang
lah ni!G-Eazy hadir dengan beberapa lirik yang – hhm – seperti ditujukan kepada seseorang. Halsey, take note.
Hold on, hold on. Let me tell my side.
Adakah G-Eazy merasa triggered dengan Without Out?
Who am I without you? I said I’m the same a** dude.
G-Eazy menempelak kononnya dia menggunakan Halsey sebagai boneka untuk lebih dikenali pada mata media dan peminat.
Nah, now don’t try to start me. Think I’m your John to your Paul McCartney.
G-Eazy memberi amaran agar Halsey tidak lagi menjaja cerita kononnya dipergunakan oleh G-Eazy.
Yeah you were right beside me. Next day try to criticize me.
To be fair, Halsey enggan membuka kisah lama dalam temu ramah bersama majalah Glamour pada Januari lalu. Katanya, dia berada dalam industri ini untuk berkarya dan bukannya menjadi tajuk cerita utama tabloid.
Namun pada bulan Februari lalu, Halsey menyanyikan lagu Without You
semasa di rancangan Saturday Night Live (SNL). Pada pertengahan persembahan, beberapa ayat permohonan maaf dipancarkan pada latar belakang seolah-olah ia merupakan ayat yang datang daripada G-Eazy.Used to love me now you despise me.
Well, obviously.
But at this point, nothing could surprise me. I know.
Mungkinkah ada perkaitan atau ia hanyalah kebetulan? Hanya Yuna dan G-Eazy saja yang tahu. Mungkin juga REMAJA mengambil Blank Marquee ke luar konteks lagu tersebut yang sememangnya bercakapkan mengenai isu mempergunakan orang lain.
Apa-apa pun, cuba korang dengan dan tonton klip video Blank Marquee ini.