Kerajaan menerusi Bajet 2018 hari ini mengumumkan pemansuhan kutipan tol tertentu di Selangor, Kedah, dan Johor.
Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebentar tadi.
Langkah pemansuhan akan mula dilaksanakan mulai 1 Januari 2018.
“Berita gembira buat pengguna lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor. Mulai 1 Januari 2018, Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor.
“Kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan di Eastern Dispersal Link, Johor,” katanya.
Nampaknya lepas ini, legalah sikit perasaan student UiTM, Unisel, MSU, MSU College dan pelanggan setia A&W Batu Tiga. Hiks!
Sumber: Sinar Harian
Rakyat Selangor Tak Berpeluang Buka Puasa, Solat Tarawih Bersama Sultan Ramadan Ini
Bagaimana pula dengan kita, ada tawarih tak di masjid dan surau tahun ini..?
Dalam satu kenyataan rasmi kepada media hari ini, Sultan Selangor Sulta Sharafuddin idris Shah secara rasminya tidak akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih Bersama rakyat pada bulan Ramadan, tahun ini.
Kenyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat dengan berat hati setelah mengambil kira faktor keselamatan rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih dalam tahap pandemik. Lalu program berbuka puasa dan solat tarawih Bersama rakyat di seluruh negeri akan dibatalkan.
Bagaimanapun, sumbangan duit raya dan agihan zakat kepada golongan asnaf masih akan disalurkan seperti tahun-tahun sebelum ini.
Lembaga Zakat Selangor akan mengagihkan bantuan hari raya berjumlah RM500 menerusi kaedah yang selamat dan efisien iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, LZS akan memberikan baucar tunai untuk dikeluarkan di mana-mana cawangan Bank Islam.
"Baginda mendoakan seluruh rakyat agar dijauhi daripada bencana dan dilindungi Allah SWT. Semoga rakyat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa," jelas beliau lagi menerusi laporan BERNAMA.
*
Satu persoalan yang timbul adalah sama ada tradisi solat tarawih di masjid dan surau akan dibatalkan serta-merta di seluruh negeri Selangor.
Tinjauan REMAJA di laman Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor masih tidak menunjukkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan penganjuran solat tarawih pada bulan Ramadan. Malahan, pihak Jabatan Mufti juga telah menutup pejabat operasi sejak 27 Mac lalu selaras dengan arahan lanjutan perintah kawalan pergerakan.
Apa-apapun, faktor kesihatan dan keselamatan kita lebih utama. Sekiranya semua penganjuran solat tarawih di negeri Selangor diarah agar dibatalkan, kita masih boleh melakukan ibadah di rumah secara berjemaah bersama ahli keluarga. Kuat sikit ukhuwah, tak gitu.
5 Fakta Tentang Anak Bekas Presiden Indonesia Yang Memilih Peluk Agama Hindu
Pada tanggal 26 Oktober 2021, Sukmawati Sukarnoputri telah memilih untuk ‘murtad’ meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Hindu. Upacara penukaran agama itu telah dilangsungkan di Pusat Warisan Sukarno Bale Agung yang terletak di Kepualauan Bali.
Keputusannya untuk memeluk agama Hindu menurutnya adalah untuk kembali kepada agama leluhur milik neneknya, Ida Ayu Nyoman Rai. Walaupun pertukaran agama ini menimbulkan rasa kurang senang kebanyakan penduduk Indonesia yang majoritinya beragama Islam, namun upacara yang dilakukannya lancar tanpa sebarang masalah.
Siapa sebenarnya puteri kepada bekas presiden pertama Indonesia ini? Remaja menyenaraikan lima fakta tentangnya.
- Anak Keempat Sukarno
Dilahirkan dengan nama penuh Diah Mutiara Sukamwati Sukarnoputri, dia merupakan anak keempat Sukarno hasil pernikahannya dengan isteri kedua, Fatmawati.
- Pernah Menjadi Ahli Politik
Mengikut jejak langkah ayah dan juga kakaknya dalam bidang politik, pada tahun 1998 dia telah menghidupkan kembali Partai Nasional Indonesia setelah kejatuhan Suharto yang terlebih dahulu telah menjatuhkan ayahnya sebagai Presiden Indonesia.
- Pernah Berkahwin Kerabat Diraja
Dia pernah berkahwin dengan Mangkunegara IX yang merupakan ahli kerabat diraja Magkunegaran yang terletak di Jawa. Menerusi perkahwinan yang bertahan hanya 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
- Proses Tukar Agama Ditemai Anak
Ketika menjalani proses penukaran agama di Bali. Sukmawati turut ditemani oleh anak yang bernama Muhammad Putra Al-Hadad. Putra Al-Hadad merupakan anak dari perkahwinan keduanya.
- Kontroversi Puisi
Pada tahun 2018, Sukmawati mengejutkan Indonesia menerusi sebuah puisi ‘Ibu Indonesia’. Dalam puisi tersebut dia seolah-olah menghina hijab dan azan apabila dia membandingkan bahawa sari konde (sanggul wanita jawa) lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan hijab dan membandingkan suara kidung ibu Indonesia lebih merdu dari alunan azan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JPJ Bakal Laksana Ujian Lesen Memandu Secara e-Testing Bermula April Ini
Bagi individu yang ingin mengambil lesen memandu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau e-Testing di seluruh negara bermula April depan.
Sistem e-testing ini mengukur prestasi calon melalui ujian memandu secara elektronik dan menjana keputusan ujian memandu secara terus.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata sistem bilangan pegawai penguji akan berkurangan apabila sistem ini dilaksanakan kerana ia hanya memerlukan dua penguji sahaja berbanding tujuh ketika ini memandangkan proses itu akan dibantu oleh gajet teknologi.
Menerusi e-testing, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan dan calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta. Walau bagaimanapun, sistem ini masih melibatkan pembelajaran dalam kelas, litar dan jalan raya.
Sistem seumpama ini juga sudah dipraktikkan di negara seperti Korea dan Jepun, manakala negara kita sedang menuju ke arah tersebut bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu.
Setakat ini, terdapat 232 institut memandu di seluruh negara dan korang boleh mendapatkan aplikasi e-testing ini di pusat penyedia yang dilantik oleh JPJ.
Hm, korang rasa adakah ini satu kelebihan untuk calon kerana dapat mengurangkan gementar ketika melakukan ujian nanti?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)