Pembentangan Bajet 2022 sebentar tadi telah pun mengumumkan bahawa kan kerajaan amenyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata bajet buat pertama kali itu diberikan sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik COVID-19.
Selain itu, bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Tengku Zafrul berkata kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
Sumber: (1)