‘Baju Marshmallow’ Aina Abdul Punya Makna, Emosi Lebih Mendalam – Pereka Fesyen, Masyadi Mansoor

Share

Sebuah lagi malam konsert Big Stage 2023 melabuhkan tirainya semalam dengan penyingkiran peserta lelaki ketiga berturut-turut. Kali ini, nasib tidak menyebelahi Meer Nash apabila saingan peserta lain terlalu sengit untuknya tandingi.

ARTIKEL BERKAITAN: Meer Nash Gugur Di Minggu Keempat Big Stage 2023, Waode Pula Ungguli Tangga Pertama! – REMAJA

Apapun, bukan perihal penyingkiran sahaja yang menjadi bualan peminat hiburan tempatan semalam; tetapi ia berkenaan persalinan yang digayakan oleh juri tetap program, Aina Abdul.  Sekali lagi, Aina tidak mengecewakan dalam membawa kelainan stail setiap kali membuat kemunculan.

Ada yang ‘mengena’, ada juga yang tular dibanjiri dengan komen-komen negatif pemerhati.

Begitupun semalam, Aina tetap dengan prinsipnya untuk menongkah arus trend

dalam persalinan kot labuh (or was it a dress) oleh pereka fesyen kian meningkat nama, Masyadi Mansoor.
Aina Abdul

Daripada pandangan jauh, ia kelihatan seperti gabungan dua helaian berbeza iaitu gaun berpotongan maxi pada bahagian dalam dan vest berzip tanpa lengan lengkap dengan gaya cape serta leher melebar bagi memberikan siluet berlainan kepada Aina.

Paling mencuri tumpuan adalah mainan lapisan warna-warna riang pada fabriknya dalam paten melingkar – dari bahagian kot sehinggalah ke hijab yang melekap pada kepala bagi memberi sinergi cohesiveness.

Rata-rata penonton yang melihat kelibat Aina semalam di dewan konsert berteriak saat pelantun Sepi itu melangkah masuk sambil dibantu skuad glamnya.

Namun di media sosial, muncul segelintir warganet yang tidak dapat menerima gaya Aina semalam. Ada yang menyamakannya dengan bentuk marshmallow, ada juga yang menyatakan ia umpama,  “Mengangkat toto dari rumah”.

Well, well.. that may not all be that far from the truth behind the real idea.

Bicara Masyadi Mansoor selaku perekanya, persalinan ini diberi judul ‘A Wave of Emotions’ dan diilhamkan daripada pelbagai emosi yang dirasai oleh semua insan.

Kadangkala, tawa riang dan kegembiraan akan bersilih ganti dengan perasaan gelisah serta kesedihan tidak lama selepas itu. Itulah kehidupan, tanpa jangkaan.

Kongsinya Masyadi lagi, biarlah apa juga emosi yang kita rasai pada hari ini, kamar tidur jugalah lokasi di mana kita akan membiarkan emosi tersebut menyelebungi diri.

Mungkin dari situlah, muncul idea ‘menyelebungi’ Aina dengan fabrik puffy sehingga ke lantai semalam.

Sebagai info, konsep puffy sebegini sudah menjadi DNA di sebalik jenama Masyadi Mansoor. Terdahulu, beliau pernah menyarungkan Aina di pentas separuh akhir Muzik-Muzik dalam persalinan serba putih yang diberi jolokan ‘selimut bergerak’ oleh warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: 30 Perkataan ‘Fool’ Pada Baju Aina Abdul Gambaran Gadis Bangkit Semula : Masyadi Mansoor – REMAJA

BACA LAGI: Aina Abdul Dalam ‘Selimut Putih’, Akan Pertaruh 2 Lagu Di Pentas AJL-36 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ