Lambakan jenama fesyen yang mengeluarkan koleksi lebaran saban tahun membuatkan lebih ramai pereka fesyen memerah keringat kreatif bagi mencipta rekaan baharu lagi segar.
Salah seorang pereka yang mempunyai pengalaman mendalam bagi mendapatkan ilham di luar kotak setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri tidak lain tidak bukan ialah Pengarah Kreatif dan Pengasas jenama BEHATI, Kel Wen.
Tidak sah rasanya jika catitan mengenai koleksi Aidilfitri tidak menyentuh buah tangan terkini daripada BEHATI dan tahun 2024 sebegitu juga.
Kel Wen ketika dihubungi REMAJA berkongsi serba sedikit mengenai koleksi lebaran yang dinamakan S U C I.
Apakah pembaharuan untuk koleksi lebaran BEHATI tahun ini?
Tahun ini, BEHATI ingin kembali ke arah asal kami dengan memberi fokus kepada fesyen itu sendiri. Oleh itu jika korang perasaan, kami tidak melantik mana-mana selebriti mahupun pempengaruh sebagai muse BEHATI pada tahun ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada helaian koleksi S U C I.
Jika pada tahun-tahun sudah, rata-rata kempen lebaran BEHATI akan menjemput selebriti dan pempengaruh untuk mewarnainya. Kali ini, saya memperoleh ilham daripada gabungan elemen kebaratan dalam busana tradisional masyarakat Melayu. Rata-rata helaian bersifat clean lines, ringkas dan bermain dengan siluet pada tubuh si pemakai.
Bagaimana elemen kebaratan boleh diekstrak sebagai persalinan Aidilfitri?
Kata kunci terletak pada gaya minimal. Kali ini, saya cuba gabungkan potongan suiting dengan elemen Baju Melayu yang sinonim dengan kita semua. Oleh itu, bahagian bahunya lebih berstruktur, bahagian pinggangnya ada yang mengikut bentuk ukur lilit.
Begitu juga dengan pilihan fabrik serta rona yang sedondon dari bahagian baju, seluar dan samping; mirip persalinan sut lelaki di negara-negara Barat. Jika diperhatikan pada zaman penjajahan dahulu pun, masyarakat Melayu sudah pun terbuka untuk menerima pengaruh Barat dalam soal berpakaian.
Idea kali ini saya tidak rasakan membelakangi adat berpakaian masyarakat Melayu. Sebaliknya, ia merupakan gabungan yang tidaklah keterlaluan dan yang penting, masih mengekalkan kesopanan pemakai.
Salah satu helaian yang diperkatakan orang ramai adalah Baju Melayu berskala mega anda. Kongsikan idea di sebaliknya.
Ya! Saya banyak menerima pertanyaan adakah persalinan tersebut jatuh dalam kategori jubah atau ‘gaun lelaki’. Bagi saya, ia merupakan Baju Melayu bersaiz XXXXXL mengikut sizing proportion sebenar dalam fesyen. Saiz tersebut cukup-cukup untuk dijadikan sebagai persalinan persis jubah lelaki… atau wanita. Terpulang kepada siapa yang teringin untuk memakainya.
Ads
BEHATI dahulu mulai tular disebabkan Baju Melayu oversize. It is only right to extend the meaning behind ‘oversize’. Tujuan kami memperkenalkan Baju Melayu XXXXXL ini adalah untuk mengajak pencinta fesyen untuk melihat tradisi dalam konteks yang lebih luas daripada kebiasaan.
Semua tahu pengikut BEHATI terdiri daripada mereka yang daring, yakin dan ingin stand out berbanding mereka di sekeliling. Sebab itulah mereka tidak pernah terlepas daripada mendapatkan persalinan lebaran dari BEHATI. Oleh itu, rekaan Baju Melayu XXXXXL ini adalah khas buat mereka.
It is a conversational starter. Bahagian hadapannya lengkap dengan ‘poket’ Baju Melayu berskala besar. Lengan pemakai pula akan muncul dari bahagian slit di sisi. Jika mereka ingin mengambil OOTD for the gram, boleh sahaja mereka memegang batang kayu di bahagian dalam seperti yang kami pertontonkan dalam imej kempen.
Bagaimana pula dengan rekaan Baju Melayu tanpa lengan anda?
Saya akui, ini merupakan stail baharu yang BEHATI cuba kehadapankan tahun ini. Ia dinamakan sebagai Baju Melayu Bujang dan didatangkan dengan seluar berfabrik songket.
Ia diinspirasikan oleh lelaki bujang, seperti saya, yang lebih selesa dengan gaya ringkas bersinglet dan berseluar labuh atau bersarong di rumah. Oleh itu, Baju Melayu Bujang adalah interpretasi saya untuk gaya di dalam rumah yang boleh dibawa ke luar rumah.
Ads
This wearer is definitely the life of a party. It is loud, fun and charismatic. Bagi saya, fesyen itu tidak perlu terlalu serius. Asalkan persalinan itu menutupi bahagian yang perlu, bagi saya ia tetap sopan untuk digayakan.
***
Koleksi S U C I oleh BEHATI (drop 1 & 2) kini boleh didapati di laman web rasminya. BEHATI turut terlibat dalam beberapa acara jualan Aidilfitri termasuklah di acara StarVendor, Absolut Bazaar dan di perkarangan Starhill Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun Baru Cina tiba sekali lagi dalam tempoh beberapa hari saja lagi and that can only mean one thing – SHOPPING!
Cumanya, bagi sebilangan besar daripada kita, kalau boleh apa yang ingin kita miliki itu haruslah boleh dipakai melebihi tempoh sambutan Tahun Baru Cina. Barulah pembelian kita itu berbaloi kan, boleh dipakai pada bila-bila masa bagi tujuan kasual.
Jom lihat tiga koleksi pilihan REMAJA yang sesuai untuk korang beli sepanjang tempoh kempen perayaan sekarang.
01
Triumph
Haa, bukan hanya pakaian luaran seperti Cheongsam, kemeja dan seluar saja yang perlu mempunyai ‘semangat’ Tahun Baru Cina tau.. tetapi pakaian dalam yang bersesuaian juga akan membuatkan pemakai lebih selesa, yakin dan gembira menyambut perayaan tersebut.
Untuk sambutan tahun 2022, Triumph menyediakan dua koleksi baharu yang diberi nama Aqua Carnival dan Aqua Bloom.
Bagi Aqua Carnival tanpa wayar, ia mengambil inspirasi daripada bunga kertas atau Bougainvillea yang cukup feminin. Dari segi sokongan , Aqua Carnival mempunyai tali sokongan tersembunyi dan rekaan cup Bra Air Foam yang lembut untuk keselesaan pemakai. Padankan pakaian Tahun Baru Cina korang nanti dengan pilihan warna Rosso Masai atau Pebble Grey.
Untuk koleksi Aqua Bloom pula, ia diinspirasikan daripada kelopak bunga Dahlia. Rekaan coli tanpa wayar ini mempunyai rekaan tepi istimewa bagi menyerlahkan gaya elegan pemakai. Menariknya, ia juga boleh didapati dengan rekaan berwayar serta rekaan khusus untuk individu bersaiz D+. Koleksi Aqua Bloom didatangkan dengan warna hitam, Vanille dan Soft Mauve.
Koleksi Aqua Carnival dan Aqua Bloom ini boleh didapati pada harga RM269 untuk coli dan RM79.90-RM89.90 untuk seluar dalam. MILIKINYA DI SINI
.
.
02
Levi’s
Tidak semua harus tampil sempurna pada Tahun Baru Cina kali ini. Dalam ketidaksempurnaan itulah terserlah keunikan serta keindahan. Begitulah yang cuba untuk disampaikann menerusi koleksi Levi’s Red edisi 2022. Biarpun jaket yang ditampilkan kali ini tidak simetri (poket hadapan pada sebelah kiri berbeza daripada yang di kanan), ia sebenarnya membuatkan keseluruhan stail korang lebih menarik untuk digayakan.
Jangan terkejut jika ramai bertanyakan di mana korang dapatkan jaket, seluar dan aksesori apabila korang menyarungkan Levi’s Red 2022. Yang penting, ia mudah disuai padankan dengan pelbagai pakaian lain yang telah korang miliki.
(Dari kiri) : LEVI’S® RED™ Women’s High Loose Cuffed (RM359), Men’s Relaxed Western (RM259) dan Men’s Type II Trucker Jacket (RM449).
.
.
03
Crossover
Korang sedang mencari sesuatu yang unik? Well, look no further than this collection. Menerusi koleksi ‘The Roar Tiger Tee’, butik pakaian kontemporari Crossover tampil berkolaborasi dengan artis lokal terkenal, Taco Joe daripada Semata Prints.
Hasilnya, gabungan ini telah mencipta koleksi kapsul paling rare untuk menyambut Tahun Harimau kali ini. Menurut Crossover, ia inspirasi utama di sebalik koleksi ini adalah sejarah peperangan Vietnam. Motif serta corak harimau jelas dapat dilihat pada pakaian seperti jaket Sukajan. Ia merupakan simbol kebanggaan dan keberanian si pemakai.
The Roar Tiger Tee, Crossover collaborated with renowned local artist, Taco Joe of Semata Prints to create a festive collaboration project to celebrate the year of the Tiger. The collection is inspired by Vietnam war era, Sukajan jacket, reflecting the spirit of a Tiger that symbolizes pride, courage and tenacity
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat fesyen sedunia kini mempunyai sebuah lagi filem untuk mereka saksikan tidak lama lagi
Sejak foto-foto belakang tabir dari set penggambaran filem House of Gucci tersebar sekitar bulan Mac 2021, keterujaan peminat filem, peminat fesyen dan tentunya Little Monsters (gelaran yang diberikan kepada peminat Lady Gaga) tidak dapat dibendung lagi.
House of Gucci bukan saja mengimbas peristiwa penting dan dramatik yang pernah berlaku kepada keluarga Gucci dari era 1970-an hingga 1990-an. Filem ini juga menjadi medan gaya fesyen terbaik dipertontonkan semula kepada penonton dan ia khabarnya mendapat inspirasi daripada arkib Gucci sendiri.
Jalan cerita House of Gucci melangkaui tiga dekad dan akan menampilkan perubahan trend fesyen selama 30 tahun menerusi karakter yang dilakonkan oleh Lady Gaga sebagai Patrizia Reggiani bersama sama pelakon lain seperti Adam Driver, Salma Hayek, Jared Leto dan Al Pacino.
Tanggungjawab menyiapkan pakaian para pelakon ini dipikul oleh pereka kostum filem House of Gucci, Janty Yates.
Untuk pengetahuan, Janty juga merupakan individu yang menjayakan kostum filem-filem epik seperti Gladiator (2000) di mana dia memenangi anugerah Oscars bagi kategori Rekaan Kostum Terbaik, Kingdom of Heaven (2005), Robin Hood (2010) dan The Martian (2015).
Poster pertama Lady Gaga sebagai Patrizia Reggiani. Sumber FOTO : LA TIMESPatrizia Reggiani semasa acara pengebumian suaminya. Sumber FOTO : BUZZ FEED
Tumpuan tentunya terarah kepada gaya Patrizia Reggiani (Lady Gaga) semasa beliau membesar, mengikut jejak langkah ibunya berkahwin ahli perniagaan kaya-raya (Maurizio Gucci) dan semasa beliau merancang pembunuhan Maurizio pada tahun 1995.
Jom lihat enam gaya Gaga paling ikonik dalam filem House of Gucci berdasarkan poster dan teaser filem tersebut.
01
Gaya di lapangan ski dengan memakai goggle berjenama Christian Dior dan sut ski merah kedam sambil menyisip minuman espresso. *Ahh.. bau duit*
02
Masih di lapangan ski tetapi kali ini bersama-sama suaminya yang dilakonkan oleh Adam Driver. Masing-masing tampil mewah dengan padanan klasik hitam-krim-putih. Patrizia pada waktu ini sedang bersiap sedia dengan perancangan jahatnya dan dia menyarungkan topi bulu jenis Cossack, turtleneck dan juntaian rantai bagi melengkapkan gayanya. Hhm, penulis tidak dapat gambarkan Patrizia bermain ski dalam persalinan ini. Hehe..
03
OMG. Ini mungkin adalah persalinan kegemaran kami pada Lady Gaga setakat ini. Walaupun ringkas dalam dress Bvlgari keemasan dengan neckline dramatik yang diperbuat daripada batuan permata kecubung, nilam serta berlian, persalinan ini mengingatkan penulis kepada gaya aktres dalam filem-filem retro dahulu. Think 007
04
Bukan keluarga Gucci lah namanya jika gaya mereka tidak berubah-ubah. Kali ini, Patrizia tampil berlainan dalam persalinan lace putih dengan tali pinggang hitam yang membuatkannya kelihatan ‘bossy’ dan bersesuaian dengan usianya dalam filem ini.
05
Era 80-an terkenal dengan corak retro seperti polka dot dan filem House of Gucci pantas mengambil ‘reference’ tersebut bagi watak Patrizia. Ditambah pula dengan potongan lengan ‘puffed’ dan statement necklace besar, Patrizia kelihatan semakin bersedia untuk perancangan pembunuhannya!
06
Akhir sekali adalah gaya yang ‘paling Gucci’ dalam teaser tersebut. Gaga tampil mahal dalam dress rekaan sebenar Gucci dengan kot berbulu labuh. Inilah salah satu persalinan kostum yang mengambil inspirasi daripada arkib Gucci kerana ia mempunyai momen signifikan bagi jalan ceritanya.
*
Bagi yang belum menonton teaser House of Gucci, klik pada pautan di bawah.
Dan bagi yang ingin menonton tayangan perdana filem House of Gucci pada awal Januari ini, jom sertai peraduan #WayangRemaja dengan menjawab soalan mudah dalam pautan di bawah.
Viral di media sosial tentang penggunaan ‘health tag’ yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide dan dikatakan mampu menghapuskan virus dan bakteria dalam radius 1 meter daripada si pemakainya. Ia juga dikatakan mampu bertahan selama 45 hari.
Namun begitu, keberkesanan produk ini telah pun mendapat penafian daripada Pusat Racun Negara yang mengesahkan bahawa satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama itu telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa:
1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku
2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung
Kajian ini juga jelas menunjukkan pemakaian ‘health tag’ adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah. Lebih membimbangkan lagi, kepercayaan terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
Akibatnya, masyarakat akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.
Oleh itu, korang jangan percaya jika terlihat mana-mana penjual yang menjual produk ini secara online atau pun di kedai-kedai kerana ia sama sekali tidak membantu menjauhkan korang daripada virus COVID-19.
Sampaikan berita ini kepada keluarga dan insan tersayang agar mereka lebih peka dan tidak terpedaya.
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...