Seperti dimaklumkan, penyanyi terkenal asal Korea Selatan, IU bakal mengadakan konsert secara langsung di beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Sejak kehadirannya pada tahun 2019, IU atau nama asal Lee Ji-eun akan kembali bertemu dengan peminat di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Jun ini!
Terbaru, penyanyi IU telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), untuk konsert jelajahnya ‘H.E.R. WORLD TOUR’ dan bagi menyambut kedatangan pelantun lagu Love wins all itu di Malaysia, peminat (UAENA) telah setia menunggu IU di lapangan terbang dan terus bersorak sejurus ketibaan penyanyi itu.
Menerusi aplikasi X, UAENA telah berkongsi beberapa momen ketika kehadiran IU. Malah, apa yang lebih menarik, IU turut memberikan snek buat mereka yang menunggunya di situ.
“Si manis Jieunnie beri snek pada kami! (Sudah tentu kami tahu ada beberapa UAENA muslim yang tidak dapat makan) Cuma ambil gambar untuk kenangan!” – @_HannanLM
Sekaligus, mengukuhkan lagi alasan mengapa IU sangat disayangi oleh peminat dan juga orang ramai.
Sekadar info, IU baru sahaja melancarkan album The Winning Februari lalu. Dalam pada itu, IU sedang melakukan konsert jelajah di beberapa negara termasuk Kuala Lumpur, Jakarta, Manila, Taipei, Yokohama, Singapore, Bangkok dan beberapa negara di eropah dan amerika.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.