Ditaja RM13.5 Juta, Harris Alif Umum Bakal Nikahi Intan Ladyana

Share

 

Rahsia jodoh ternyata terletak di tangan Tuhan.

 

Jika sebelum ini, ramai yang mempersoalkan perbezaan usia 17 tahun di antara pasangan selebriti, Harris Alif, 21 dan pelakon, Intan Ladyana, 38.

Siapa sangka, kurang setahun setelah saling mengenali hati budi masing-masing, mereka hari ini telah mengumumkan perancangan untuk mengikat tali perkahwinan tak lama lagi.

Menerusi sidang media yang dilakukan di atas talian sebentar tadi, Intan dan Harris telah memberikan pengesahan kepada berita tersebut.

“Kami telah mula mengenali sejak bulan Mac 2020. Jadi hari ini, saya dan Intan ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua. Tarikhnya adalah pada 6 Februari 2021, kira-kira sebulan dari sekarang.

“Kami sebenarnya inginkan tarikh lain, cuma ia telah diambil oleh pihak lain. Jadi kami berbincang dan memilih 6 Februari ini sebagai hari yang bermakna untuk kami berdua,” jelas Harris.

Tambah Intan, mereka telah memperolehi pelbagai jenis tajaan bagi majlis tersebut.

“Kami mendapat tajaan yang besar daripada Ceres iaitu RM13.5 juta nilai barang kemas untuk akad nikah dan malam resepsi. Jadi tidak salahlah untuk kami lakukan sidang media di sini (lokasi penaja) setelah mendapat tajaan sepenuhnya daripada mereka.

“Ada juga tajaan lain dari segi persalinan kami daripada Dato Riffai untuk malam berinai dan akad nikah. Untuk malam resepsi pula, kami akan memakai persalinan Hatta Dolmat dan daripada Khairi Sufi serta KhaiBK untuk acara potong kek. Bagi majlis bertandang pula, kami akan menyarungkan Jimmy Couture dan Epul Sinatra,” katanya.

Menurut Harris, mereka telah melakukan persiapan awal dan kira-kira 90 peratus telahpun siap. Malah, dia berkongsi majlis merisik telahpun dilakukan pada bulan Julai 2020; kira-kira sebulan selepas hari kelahiran Intan.

 

Tamat Zaman Bujang Usia 22 Tahun

Rasanya, umum mengetahui tentang perbezaan usia 17 tahun yang wujud di antara Harris dan Intan. Lalu, apakah yang menyakinkan Harris untuk menamatkan zaman bujang pada usia semuda 22 tahun ini?

ARTIKEL BERKAITANApa Sebab Utama Lelaki Gemar Memilih Perempuan Lebih Berusia? Nah 5 Penjelasan Mereka – REMAJA

“Jodoh ini datang secara sendiri. Bila saya semakin rapat dengan Intan, saya rasakan chemistry kami kuat. Walaupun pengenalan tak sampai setahun, kita tak boleh nak buat-buat perasaan yang wujud. Jadi yang paling penting bagi saya adalah kepercayaan di antara kami berdua. Orang kata bila dah bersama itu, kita akan tempuhI sampai bila-bila.

“Saya nampak dia seorang yang sempurna dan saya sayangkan dia. Bila saya nampak dia tidaklah sesempurna pada awalnya, ia membuatkan saya lebih sayangkan dia.”

Sumber Foto: Instagram @harrisalif

Kata-kata manis tersebut turut dibalas oleh Intan yang berkata, “Started to love you, I realized that I have never loved anyone like this before.”

Untuk pengetahuan, mereka bakal disatukan di sebuah masjid yang terletak di Kuala Lumpur. Manakala tema perkahwinan untuk majlis bersanding nanti juga telah dipilih namun mereka tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan tema tersebut.

*

Jom tonton lagu berjudul Anugerah yang merupakan hadiah istimewa Harris Alif kepada Intan Ladyana.

 

Published by
FZ