Hobi & Minat

Bakal Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Di AFC Asia Cup, 6 Fakta Arif Aiman!

Share

Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke AFC Asia Cup

ARTIKEL BERKAITAN : Pemain Tempatan Termahal, Nilai Arif Aiman Kini Mencecah RM2.82 Juta

Skuad kendalian pengendali negara, Kim Pan-gon itu juga diundi dalam Kumpulan E dan akan bertemu Jordan yang berada di ranking ke-87 dunia sebelum menentang Bahrain (86) serta Korea Selatan (23) yang juga juara dua kali Piala Asia.

Skuad Harimau Malaya sudah tidak mahu mengangkat bendera putih terlalu awal dengan mahu memastikan Jordan menjadi mangsa pertama pada aksi kumpulan E pada malam ini. Malah,  mata rakyat Malaysia pasti tertumpu pemain sayap skuad Harimau Malaya dan bintang muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi.

5 fakta tentang Arif Aiman yang mungkin korang tak tahu :

1. Merupakan seorang pemain bola sepak kelab JDT

Arif bermula dengan menyertai skuad utama JDT dengan membuat penampilan sulung dalam pasukan itu pada Mac 2020 dan pada ketika itu beliau berusia 17 tahun. Dikala pemain seusia dengannya giat bersaing di Piala Presiden atau Belia, Arif telah berada dengan kelab terbaik di Malaysia.

2. Pernah dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP)

Arif pernah dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK 2021) dan merupakan penyerang terbaik dan pemain muda terbaik pada edisi tersebut.

3. Anak kelahiran Pahang.

Arif merupakan anak kelahiran negeri Pahang. Untuk rekod, beliau mempunyai fizikal tubuh yang berketinggian 170cm.

4. Diberi gelaran ‘Messi Malaysia’

Arif mendapat jolokan nama sebagai ‘Messi Malaysia’ kerana ‘dribbling skills’nya dan aksi larian pantas dipertontonkan salin tak tumpah bak pemain dunia itu.

5. Pernah mempunyai ketinggian lebih pendek daripada pemain lain.

Walaupun mempunyai ketinggian 170cm, Arif pernah mempunyai ketinggian yang lebih pendek daripada pemain lain di atas padang sewaktu peringkat pembangunan.

Walau bagaimanapun, ia tidak menghalangnya untuk berjuang membuktikan dirinya sebagai seorang yang profesional.

6. Nilai Kini Mencecah RM2.82 Juta

Prestasi gemilang pemain muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman, kini telah meningkat secara signifikan dengan nilai pasaran yang mencapai RM2.82 juta (550,000 euro), berbanding RM638,000 pada tahun sebelumnya.

**

BACA LAGI : 10 Tip Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta, Confirm Berkesan!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Olahan artikel dari Maskulin.

 

 

Published by
Nana