Bakal Juara Dari Sini? Lihat 12 Wakil Benua Asia Di Miss Universe 2021

Share

 

Tinggal kira-kira lima hari saja lagi sebelum pentas akhir pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 bakal ditayangkan secara langsung dari Eilat, Israel.

Sedikit berbeza daripada edisi terdahulu, kali ini ia diadakan hanya 7 bulan selepas kemenangan juara terdahulu dari Mexico, Andrea Meza disebabkan penangguhan edisi 2020 akibat pandemik COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN : Subang Bintang Jadi ‘Lucky Charm’ 4 Jelitawan Ini, Mana Satu Pilihan Korang? – REMAJA

Miss Universe 2020, Andrea Meza hanya sempat menghiasi satu saja cover majalah sepanjang bergelar Miss Universe.

Biarpun edisi istimewa yang menyambut ulang tahun penganjuran Miss Universe ke-70 ini penuh dengan kontroversi dari aspek pemilihan negara tuan rumah iaitu Israel, isu wakil dari Perancis yang disahkan positif COVID-19 setelah tiba di Israel (dia kini sudahpun pulih sepenuhnya dan akan bertanding) dan macam-macam isu lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Malaysia Pertahan Prinsip Tidak Sertai Miss Universe 2021 Di Israel – REMAJA

Namun keterujaan penonton dari seluruh dunia untuk menyokong wakil negara masing-masing tetap dapat dirasai terutamanya di platform media sosial.

Tahun ini, beberapa negara Asia telah menolak daripada menyertai Miss Universe 2021 disebabkan pemilihan Israel sebagai tuan rumah. Ini termasuklah Malaysia, Indonesia dan Myanmar.

Tapi tak mengapa. Sebanyak 12 negara lain dari benua Asia bakal memberikan tentangan sengit dan cuba membawa pulang tiara Mouawad ke tangan wakil Asia semula selepas kali terakhir ia dimenangi oleh Catriona Gray dari Filipina pada edisi 2018.

Jom lihat siapakah 12 wakil Asia yang dimaksudkan itu.

 

BAHRAIN

Manar ‘Jess’ Nadeem Deyani 25

INSTAGRAM

: JESS DEYANI

Manar aka Jess mencipta sejarah sebagai wanita pertama dari Bahrain yang dibenarkan bertanding di Miss Universe. Dia kini bergelar pelajar jurusan fesyen dan bercita-cita melancarkan jenama pakaian mesra alam. Jess juga merupakan salah seorang duta pertama untuk Sephora Timur Tengah.

“Personality has power to uplift, power to depress, power to curse, and power to bless.” – Paul P. Harris. Choose your power wisely.

 

CHINA

Shiyin Yang 21

INSTAGRAM : MILEY_YANG1005

Pelajar Sastera dan Arahan Seni di Communication University of China ini telah mula bergiat dalam aktiviti sukarelawan sejak berusia 13 tahun lagi. Shiyin juga selalu melibatkan diri dalam mempersiapkan program menarik bagi mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.

“Hi Israel #环球小姐# 以色列·特拉維夫國際機場..”

 

FILIPINA

Beatrice ‘Bea’ Luigi Gomez 26

INSTAGRAM : BEATRICELUIGIGMZ

Wanita jelita ini berkhidmat sebagai pegawai pembangunan komuniti dalam pasukan tentera laut dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa. Sebagai wanita biseksual pertama dari Filipina di pentas Miss Universe, Bea banyak melibatkan diri bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Sosial menerusi program-program yang dianjurkan di kampung halamannya, Cebu City.

ARTIKEL BERKAITAN : Calon LGBT Ini Wakili Filipina Ke Miss Universe 2021? Tapi Memang Cantik Pun – REMAJA

“First day in Eilat.”

 

INDIA

Harnaaz Sandhu 21

INSTAGRAM : HAARNAZSANDHU_03

Sebagai salah seorang wakil paling popular pada edisi kali ini, Harnaaz ingin menggunakan platform Miss Universe untuk memperkasakan wanita. Sejak kecil, dia telah membantu ibunya mengajar mengenai kepentingan kebersihan dan kesihatan di khemah-khemah pelarian di India. Kini sebagai seorang pelakon, Harnaaz ingin menyampaikan mesej perkasaan wanita menerusi watak yang diterimanya.

 

JEPUN

Juri Watanabe 26

INSTAGRAM : JURIWATANABE_

Pengalaman Juri yang dilahirkan di Jepun namun dibesarkan di Amerika Syarikat dan China telah mengakibatkan dia bergelut dengan isu kesihatan mental dahulu. Kini, graduan Pengajian Pembangunan Antarabangsa ini ingin menyampaikan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental secara maya dan fizikal.

“Ready to take on the preliminary round.”

 

KEMBOJA

Marady Ngin 22

INSTAGRAM : MARADY_NGIN

Pelakon yang telah mula bekerja sejak usia 14 tahun ini sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa. Marady kini merupakan duta organisasi Love Is Diversity yang menolak diskriminasi yang berlaku di Kemboja. Selain itu, dia juga aktif mengumpul dana bagi menyokong NGO bernama Sok Sabai yang menyediakan perkakas pembelajaran dan kebersihan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

“Today visiting @dolphin_reef_eilat. So excited to see them. They are so cute and adorable..”

 

KOREA SELATAN

Kim Jisu 23

INSTAGRAM : JISU_KIM_KOREA

Graduan Seoul Institute of Art ini ingin sekali bergelar seorang penganjur konsert profesional. Kebolehannya untuk bertutur dalam bahasa Korea, Inggeris dan Jerman pasti akan membantunya mengejar cita-citanya itu. Jisu juga khabarnya merupakan seorang pemain golf dan pernah bertanding dalam kejohanan profesional.

 

LAOS

Tonkham Phonchanheuang 26

INSTAGRAM : JENNIE.TONKHAM

Pelakon dan model ini merupakan salah seorang personaliti muda paling dikenali di Laos disebabkan kecantikannya dan juga semangatnya untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Tonkham aktif memberi sokongan kepada warga emas dan berusaha bersama persatuan-persatuan di Laos dalam menghentikan isu kemiskinan di negara itu. Tonkham gemar mempelajari muzik tradisional negaranya agar dia dapat satu hari nanti menyerahkan ilmu serta budaya itu kepada generasi seterusnya.

“Finally, a day that I have been waiting for a long time has arrived. Its called Personality Interviews ( Black Room ) all the contestants can speak what they think , showing their mindset to the honest judges. What we thought and speak will be judged by the professional psychologist.”

 

NEPAL

Sujita Basnet 28

INSTAGRAM : JITABASNET

Sebagai salah seorang peserta tertua di Miss Universe 2021, Sujita jelas mempunyai banyak pengalaman di dalam ‘koceknya’. Graduan Kejuruteraan Biomedik ini membuktikan bahawa wanita cantik juga boleh berjaya apabila dia kini bekerja di Fortune 500 company Accenture. Sejak tahun 2016, Sujita telah mengemudi LiberatED iaitu sebuah NGO yang ingin memberi akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan kepada wanita muda di Nepal.

“Eilat is treating us pretty well. Escape to the sun.”

 

SINGAPURA

Nandita Banna 21

INSTAGRAM : NXNDITA

Apa saja yang belum pernah dilakukan oleh gadis ini? Nandita merupakan seorang model, penari dan pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan dan Sistem Maklumat. Sebagai penyokong setia organisasi Care Corner Singapore yang memberi tumpuan kepada golongan kanak-kanak di sana, dia juga ingin menggunakan kelebihan teknologi demi menjadikan memperbaiki kualiti kehidupan semua.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Pengurusan Perniagaan Dan Sistem Maklumat Dinobat Miss Universe Singapura 2021 – REMAJA

 

THAILAND

Anchilee ‘Ann’ Scott-Kemmis 22

INSTAGRAM : ANNSCOTTKEMMIS

Penyertaan Ann dalam pertandingan Miss Universe Thailand baru-baru ini telah mencuri tumpuan dunia dek kerana slogan ‘Real Size Beauty’ yang dilaungkan olehnya. Sebagai salah seorang peserta paling tinggi, dia juga lebih ‘berisi’ berbanding wakil lain dan ingin menggunakan bentuk fizikalnya itu bagi mengubah persepsi mengenai ‘body standard’ yang selalu disasarkan pada wanita.

ARTIKEL BERKAITAN : Miss Universe Thailand 2021 Perjuangkan Keyakinan Wanita Tanpa Mengira Saiz Badan – REMAJA

“I am so proud to be Thai, I’m so proud to show a new light of Thainess on a world stage. Thank you Thailand for trusting me to represent us.”

 

VIETNAM

Kim Duyen 26

INSTAGRAM : KIMDUYEN.NGUYENHUYNH

Tidak dinafikan, Duyen merupakan salah seorang wakil tercantik pada edisi ke-70 ini. Namun, itu tidak bermakna dia tidak mempunyai gaya intelek yang tinggi. Duyen merupakan simbol ‘Beauty with Brain’ apabila dia mengasaskan persatuan Spreading the Love yang menyokong pelajar mendapatkan pendidikan selain aktif bekerjasama dengan komuniti perubatan sejak 2020 disebabkan isu global COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN : Kisah Miss Universe Vietnam 2021, Pernah Dibuli Sebab Fizikal Gempal Dan Gemuk – REMAJA

“I was able to take a lot of beautiful photos because the view here is so amazing!”

*

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ