Pelakon dan juga pemenang tempat ke tiga Hero Remaja 1990/91 iaitu Azhar Sulaiman , 49, mengakui terlalu gembira dengan kejayaan anak kembarnya Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona yang berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.
Azhar Sulaiman yang juga merupakan finalis Hero Remaja 1990/91 kini bergelar arkitek, namun aktor berusia 48 tahun ini masih aktif dalam hal melibatkan seni.
Syukur Alhamdullilah My Twins Rees & Leona Telah Berjaya Dalam Results SPM Mereka.
Dua dua pun sudah setuju untuk ambik jurusan Undang Undang.
Thanks A Zillion To My Wife Chempaka Yang Sentiasa Work Hard For The Kids & Telah Menjaga Family Kita Dengan Baik.
You’re The Best Mommy!
Sebelum ini, Azhar jarang memuatnaik gambar anak-anaknya namun setiap kali berkongsi bersama peminat ada sahaja pujian yang diterima apatah lagi pasangan kembar itu mempunyai wajah yang cukup cantik dan kacak mengikut iras bapa dan ibu mereka, Chempaka Emalin Pahamin
Jelas, anak kembarnya ini bukan saja mewarisi rupa paras namun turut mewarisi kebijakkan Azhar Sulaiman dan isteri.
Kejayaan tersebut membolehkan Leona meraih keputusan 7A,1B+.
“7As 1B+, I think I did okay,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, rata-rata menitip ucapan tahniah buat remaja berkenaan.
Sementara itu, Leona yang memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram sering berkongsi foto dan videonya di media sosial tersebut.
Tahniah kami ucapkan kepada Leona dan pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM!
Foto : Instagram Kasih Iris Leona & Azhar Sulaiman
Konsert Super Junior World Tour – Super Show 8: Infinite Time Di Malaysia Dibatalkan Akibat COVID-19
Sebelum ini konsert artis popular Korea Selatan, Super Junior World Tour – Super Show 8: Infinite Time in Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada 1 Mac lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil dikatakan telah ditunda kepada satu tarikh yang lain.
Namun, berita terbaru yang telah disahkan sendiri oleh penganjur konsert tersebut, Star Planet telah pun menjelaskan bahawa konsert jelajah Super Junior di Malaysia telah pun dibatalkan ekoran daripada larangan mengadakan perhimpunan besar-besaran kerana wabak COVID-19.
Bagi individu yang telah membeli tiket melalui saluran rasmi, korang akan mendapat bayaran balik dan pengembalian wang akan diproses mulai 11 Jun 2020 dan seterusnya.
(a) Sekiranya korang telah membeli tiket secara dalam talian melalui www.myticket.asia, korang tidak perlu mengambil tindakan kerana jumlah bayaran balik akan dikreditkan secara automatik ke kad kredit/debit yang digunakan semasa membuat pembelian.
(b) Sekiranya korang telah membuat pembelian secara langsung di pejabat Star Planet atau dari mana-mana kedai sah My Ticket Asia, korang diminta untuk mengisi Refund Authorisation Form (https://bit.ly/SS8RAF20) dan emailkan kepada ss8.ticketing@starplanet.com.my pada atau sebelum 5/6/2020 untuk proses bayaran balik.
Hm, berita ini mungkin membuatkan peminat Super Junior di Malaysia berasa kecewa dan sedih, namun kita perlu sedar dan akur tentang kepentingan keselamatan masyarakat terlebih dahulu.
Mungkin selepas situasi sudah mula stabil, siapa tahu Super Junior akan ke Malaysia lagi. Hiks!
Sumber: Star Planet
Sanggup Kembara Sejauh 236km, Lelaki Ini Kena ‘Reject’ Teman Sepermainan Mobile Legends Pula
Cinta sememangnya tidak mengenali erti susah payah. Jika hati sudah terpaut, sapa saja perkara sanggup kita lakukan.
Orang kata, lautan api sanggup kita renangi, gunung tinggi sanggup didaki..
.. or in this case, motosikal sanggup ditunggang..?
Seorang remaja lelaki menjadi tular di media sosial Indonesia setelah videonya menangis di hadapan sebuah kedai menjadi topik utama warganet di negara seberang itu
Video yang dimuat naik oleh akaun Instagram bernama @fakta.indo ini langsung tidak ‘filter’ kesemua emosi dan perasaan sedih remaja tersebut semasa dia menceritakan usahanya untuk bertemu dengan seorang gadis yang dikenalinya menerusi permainan digital Mobile Legends tidak berakhir dengan baik.
Kata remaja tersebut, dia sanggup menunggang motosikal sejauh 236 kilometer dari Pekanbaru, Riau hingga ke di Kota Padang Panjang di Sumatra Barat semata-mata untuk bertemu gadis yang mencuri hatinya itu setelah mereka semakin rapat semasa bermain secara maya. Biarpun masing-masing belum pernah melafazkan perasaan cinta masing-masing, remaja lelaki ini begitu yakin gadis tersebut juga menyimpan hati padanya.
Namun, setelah mengembara sejauh itu, bertemu dengan gadis tersebut dan akhirnya meluahkan perasaannya, si gadis pula dengan mudah menolak cintanya!
Kedengaran seseorang bertanya kepadanya, “Adakah dia memanggil kamu jahat? Adakah dia menolak cinta kamu”, dan dia menjawab ya sambil menganggukkan kepalanya. Remaja yang dikelilingi oleh orang ramai di Padang Panjang itu turut ditawarkan minuman mirip Teh ‘O Ais.
Sambil itu, suara di belakang kamera itu juga menasihatinya agar ‘move on’ saja dari gadis tersebut dan pastinya akan ada orang lain yang akan meminatinya selepas ini.
Entah siapa yang merakamkan video remaja ini menangis, Wallahualam. Namun apa yang pasti, video tersebut telahpun mula tular di Malaysia sehinggakan ramai yang bersimpati terhadap nasib remaja yang mempunyai niat romantik ini.
TAPI, tidak kurang juga yang berpendapat remaja ini terlalu ‘buta’ dengan perasaan cintanya sehinggakan tidak berfikir panjang untuk hanya melakukan panggilan video atau video call sebelum mengambil keputusan untuk menunggang motosikal sejauh itu.
Isu Kena Boikot Kerana Imej Perempuan, Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember
Wajar ke nak boikot Safiey Ilias?
Selepas kecoh dua minggu lalu apabila pengasas kosmetik berusia 23 tahun ini dilaporkan telah kembali kepada identitinya sebagai seorang ‘perempuan’, kini Safiey llias kembali diperkatakan netizen atas tindakannya memuat naik gambar bersama teman lelaki di akaun media sosial.
Ramai mempertikaikan apakah motif Safiey perlu berbangga dengan memiliki teman lelaki walaupun perkara tersebut adalah salah dan menyalahi fitrah dirinya sebagai seorang lelaki yang beragama Islam.
Ada orang suka tengok, ada orang meluat. Ada juga yang menyamakan tindakannya seperti Nur Sajat, seorang lagi jutawan kosmetik Malaysia.
Haih, semua ‘perempuan’ ni memang pandai buat bisnes, eh?
Motif Safiey Ilias Seakan Memancing Kutukan Netizen
Jika niat Safiey Ilias hanya semata-mata untuk melariskan bisnes kecantikan, banyak lagi strategi lain yang boleh digunakan. Mengapa perlu memancing kutukan dan cercaan netizen sehingga komen yang dibaca berbaur cercaan keluarga malah fitnah yang ditokok tambah.
Bagi penulis, apa jua cara untuk melariskan perniagaan, jangan sesekali mempermainkan agama. Tindakan Safiey Ilias itu juga secara tak langsung membuatkan peniaga lelaki lembut lain yang banyak mencari mencari rezeki dalam bidang kosmetik seakan teraniaya. Mereka turut terkena tempias daripada isu Safiey Illias ini walaupun mereka tidak terlibat.
Penulis tidak keseorangan dengan pendapat sedemikian kerana influencer di media sosial, Mohd Fauzi Yusoff atau Abang Gee juga menyatakan tindakan Safiey IIlias itu tak wajar dan pesannya, “Jangan aniaya ‘pondan’ lain yang cari rezeki dengan cara halal.”
“Kalau dia mempersendakan agama, dari lelaki jadi maknyah, kemudian jadi lelaki balik dan kemudian menjadi maknyah kembali, menayang boyfriend. Bagi saya itu wajar diboikot!
“Tempiasnya pasti kena pada orang lain yang mencari rezeki,’ katanya ketika diminta mengulas sama ada Safiey Ilias wajar diboikot.
“Kalau betul niat kita semata-mata mahu mengejar dunia, mempermainkan agama, itu wajar diboikot. Tetapi jangan boikot lelaki lembut lain yang cari rezeki secara halal hanya kerana Safiey Ilias seorang,” katanya yang selalu menjadi pengacara majlis dan melakukan posting reviu makanan, lokasi menarik dan banyak lagi.
Tindakan Safiey Illias juga telah mendapat teguran dari Dr. Syahr Musafir yang juga seorang pensyarah, penulis buku dan pakar motivasi di Facebook miliknya.
Baca komen Dr Syahr Musafir tentang isu boikot Safiey Illias ini.
Saya tak pernah komen tentang identiti #Nursajat sebab saya tak ada bukti dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.
Tetapi tentang #SafieyIllias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah. Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.
Concern utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.
Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak?
Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.
Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.
Bukan lelaki kahwin lelaki.
Bukan perempuan kahwin perempuan.
Bukan lelaki kahwin perempuan jadian.
Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.
Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti.
Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya.
Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…
Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ni… Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk diorang. Makin kaya mereka makin terpesong
Dr Syahr Musafir
Rahimah Ab.Rahman
26/12/2017
Safiey Ilias Minta Tunggu 31 Disember
Selepas lama berdiam diri, akhirnya Safiey Ilias hari ini menjawab kritikan yang dilemparkan ke arahnya setelah isu kembali dengan imej ‘perempuan’ hangat diperkatakan.
Menerusi akaun Instagram-nya, dia menafikan niat mempersendakan agama atay menjadi penunggang agama. Bahkan, Safiey merasakan adalah normal untuk iman seseorang itu untuk adakalanya naik dan adakalanya turun.
Dia turut bersedih apabila ada rakannya yang pernah diturunkan ilmu perniagaan sambil dibantu dengan bermacam-macam cara turut serta berkata buruk tentangnya.
“Masa ini kita jumpa siapa kawan siapa lawan. Siapa mengampu siapa penjilat. Paling sedih, kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun, cakap macam-macam dekat kita. Tapi tak apalah, itu bukan dosa kot.”
“Apa-apa pun, tunggu 31 Disember ini”
Nak buat press conference ala Fattah Amin dan Fazura ke Safiey?
A post shared by THE ONLY 1 SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on
Susah sebenarnya untuk penulis simpulkan isu ini kerana ia melibatkan banyak pihak dan maruah. Lebih baik jika jangan muat naikkan perkara sensasi yang terang-terangan berlawanan dengan fitrah umat Islam seperti itu di media sosial. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, malah menambahkan dosa cercaan adalah.
Seperkara lagi, seharusnya isu peribadi seperti seksualiti dan perhubungan janganlah sesekali DICAMPUR ADUKKAN dengan perniagaan dan karier. Kalaupun nak lakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah, ‘sorok-soroklah’ sedikit. Tak perlu berbangga.
Nak jadi apa pun, itu antara individu tersebut dengan Tuhan. Kita sebagai orang yang melihat dari jauh lebih baik doakan supaya dia kembali ke pangkal jalan.