Terbaru, kumpulan sensasi dunia hiburan K-Pop dari generasi kedua, INFINITE mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah dunia bersempena ulang tahun mereka yang ke-15 dan paling menarik, Malaysia termasuk dalam senarai!
Kumpulan yang terkenal menerusi lagu ‘Before The Dawn (BTD)’ ini akan memulakan konsert jelajah dunia pada akhir tahun 2024 dan tahun 2025. Menerusi perkongsian di aplikasi X rasmi INFINITE, mereka telah mengeluarkan tarikh dan lokasi terpilih termasuk Kuala Lumpur, Malaysia.
Menurut perkongsian yang sama, INFINITE akan membuat persembahan di Mega Star Arena di Kuala Lumpur pada 22 Februari 2025. Selain Kuala Lumpur, antara destinasi lain di Asia yang dikunjungi oleh kumpulan ini adalah Seoul, Taipei, Macau, Jakarta, Singapore, Yokohama,dan Hongkong.
Dalam pada itu, selepas 11 tahun, konsert ‘INFINITE 15TH Anniversary Concert’ ini juga merupakan konsert pertama kali di Malaysia sejak tahun 2013. Kali terakhir mereka beraksi di Stadium Negara untuk konsert jelajah ‘One Great Step’.
Sebelumnya, pada awal tahun ini, ketua kumpulan SungGyu telah mengadakan konsert selama dua hari di Zepp Kuala Lumpur untuk jelajah solonya ‘LV3: Let’s Vacay’. Selain itu, penyanyi WooHyun juga akan membuat persembahan di EX-8, Subang Jaya pada 26 Oktober ini.
INFINITE mula muncul sebagai satu kumpulan pada tahun 2010 dan mula dikenali menerusi lagu-lagu ikonik mereka seperti ‘Be Mine’, ‘The Chaser’, ‘Nothing’s Over’ dan ‘Destiny’. Mereka juga popular dengan koreografi yang mencabar dan memikat selain persembahan yang mengasyikkan!
Sehingga kini, masih belum banyak butiran terperinci mengenai konsert ‘INFINITE 15TH Anniversary’ tetapi menerusi maklum balas daripada peminat, mereka pasti akan mempersembahkan semua lagu terbaik yang telah membentuk kerjaya INFINITE selama 15 tahun sebagai artis K-Pop.
Ads
Susulan itu, butiran tambahan, termasuk harga tiket dan pelan tempat duduk juga akan diumumkan tidak lama lagi. Kalau korang para peminat tidak mahu melepaskan peluang, jangan lupa untuk tunggu maklumat lanjut dan bersedia untuk merayakan ulang tahun ke-15 INFINITE bersama secara langsung pada Februari akan datang!
Sekadar info, INFINITE sebelum ini dianggotai tujuh (7) anggota iaitu Sungkyu, Dongwoo, Woohyun, Sungyeol, L, Sungjong dan Hoya tetapi pada 30 Ogos 2017, Hoya mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan dan bergerak mula bergerak solo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari lagi musim ketiga siri popular The Penthouse bakal disiarkan di kaca televisyen. Ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan drama tersebut untuk melihat kesudahan kisah yang penuh mendebarkan di Hera Palace.
Baru-baru ini, SBS telah pun melancarkan teaser pertama bagi drama hit tersebut. Video bermula dengan adengan sebuah kereta meletup dengan kuat dan Shim Soo Ryun mengatakan “Logan telah mati. Dia pergi ke suatu tempat untuk mengimbau kenangan bersama Logan Lee dan mengungkapkan “Pasti ada seseorang di sana” ketika Joo Dan Tae tertawa di belakang.
Joon Dan Tae muncul dan berkata “Aku merindukanmu, Shin Soo Ryun dan Joon Seok Hoon memberitahu Bae Ro Na, “Kita tidak akan berpisah sekali lagi”
Terdapat juga watak baru yang dibawa oleh On Joo Wan sebagai Baek Joon Gi, orang yang datang ke Korea bersama Logan Lee dan Chun Seo Jin mengatakan “Oh Yoon Hee tidak boleh berkomunikasi secara rahsia dengan Joo Dan Tae, bolehkah dia? Hati-hati dengan wanita itu”
Joo Dan Tae dilihat dengan marah menikam seseorang dan berkata “Shim Soo Ryun akan mati”. Chun Seo Jin dengan malu-malu mengatakan, “Seperti yang diharapkan Joo Dan Te.” Yoo Dong Pil (Park Ho San) juga sepertinya tidak ada gunanya, dan Shim Soo Ryun menolak seseorang dari tebing ketika dia menyatakan dalam suara, “Saya akan membawa mereka pada bila-bila masa. Saya akan mengambil nyawa mereka”.
Wah makin panas nampaknya musim ketiga ni.
So guys, jangan lupa saksikan musim ketiga The Penthouse yang dijadualkan akan bersiaran pada 4 Jun depan. Harapnya kesudahan filem ini buat penonton puas hati ya. Hiks!
Siapa sahaja tidak kenal dengan ikon perfileman, Tan Sri Michelle Yeoh. Ketangkasan beliau dalam melakukan adegan aksi semestinya mencuri perhatian setiap penonton.
Dan sebaik sahaja nama beliau disebut sebagai pemenang pelakon wanita terbaik di acara Oscar ke-95, bergema satu Malaysia dengan sorakan kegembiraan.
Menurut laporan dari Awani, dikhabarkan bahawa pelakon kelahiran Ipoh itu akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya dalam masa dua minggu lagi.
Dikatakan bahawa Yeoh akan bertemu peminatnya di acara karpet merah di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April jam 5.30 petang.
Sesi ramah mesra itu turut dibuka kepada orang ramai dan tiada pendaftaran awal diperlukan.
Menurut pihak Pavilion, satu sidang media akan berlangsung sebelum sesi ramah mesra berkenaan.
Di samping itu, Yeoh juga dijadualkan akan menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada malam yang sama untuk meraikan hari lahir ibunya, Datin Janet Yeoh.
Sekadar informasi tambahan, beliau merupakan pelakon pertama dari Asia yang memenangi anugerah berprestij itu. Tambahan lagi, beliau turut diangkat sebagai pelakon wanita terbaik bagi anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild.
Selain dianugerah filem terbaik, Everything Everywhere All at Once turut memenangi kategori pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita dan lelaki terbaik, lakon layar asal terbaik, dan suntingan terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehilangan isteri tercinta tiga tahun lalu akibat dihanyutkan ombak tsunami menjadi satu lipatan sejarah hitam dalam diri vokalis kumpulan Seventeen ini.
Peristiwa 22 Disember 2018 yang menyaksikan tsunami akibat letusan anak gunung berapi Krakatoa bukan sahaja meragut nyawa isteri bahkan nyawa ahli kumpulan Seventeen yang lain.
Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah telah mengumumkan bahawa dirinya selamat bertunang dengan seorang model yang dikenali dengan nama Citra Monica di laman Instagramnya.
Sumber foto: Instagram Ifan Seventeen
Menariknya pada majlis pertunangan itu, kehadiran bekas bapa mentuanya sangat menyentuh hati. Walaupun bekas menantunya telah menjadi milik wanita lain, dia tetap hadir memberikn tanda sokongan dan kasih sayang sebagai seorang bapa.
Berterima kasih kepada sahabat dan keluarga yang membantu melancarkan majlis pertunangan mereka, pasangan sama cantik dan sama padan ini dijangka akan melangsungkan pernikahan pada penghujung Mei atau Jun nanti.
Ini bagi memberi peluang untuk anak Ifan hasil perkahwinannya yang pertama dengan Ghea Astrid pada tahun 2006 hadir ke majlis kerana kini dia sedang menuntut di sebuah pesantren.
Untuk pengetahuan pembaca, Citra Monica juga memiliki seorang anak hasil perkahwinannya sebelum ini.
Sumber: Kompas
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...