Hiburan

Bakal Muncul Dengan Album Baru 25 Oktober Ini! G-Dragon Bakal Gegarkan Industri K-Pop Selepas 7 Tahun!

Share

Penyanyi terkenal, G-Dragon baru-baru ini dilaporkan bakal membuat kemunculan semula pada 25 Oktober ini dan kini sedang sibuk menyelesaikan beberapa persiapan terakhir.

Menurut laporan News1 pada 8 Oktober, G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong (36) bakal melancarkan album solo terbaru buat pertama kali selepas tujuh (7) tahun melancarkan album mini kedua pada Jun 2017 lalu.

Sebelumnya, G-Dragon yang juga merupakan anggota kumpulan sensasi BIGBANG juga mengejutkan para peminat apabila muncul sebagai tetamu istimewa di konsert solo Taeyang pada bulan lalu.

Hal tersebut juga adalah pertama kali beliau membuat persembahan di atas pentas dan meningkatkan lagi jangkaan untuk kemunculannya semula sebagai artis terbaik K-Pop masih dinantikan oleh ramai penggemar.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Heartbreaker’ itu juga baru sahaja selesai penggambaran rancangan tvN ‘You Quiz On The Block’ awal bulan ini dan dijangka bakal membincang sekaligus mempromosi album terbarunya di episod akan datang.

Selain itu, beliau juga dijadualkan untuk membuat persembahan bersama dua lagi anggota BIGBANG iaitu Daesung dan Taeyang di Anugerah Mnet MAMA yang bakal berlangsung di Jepun pada November ini.

Terdahulu, syarikat pengurusan G-Dragon telah memberi bayangan bahawa penyanyi rap berkenaan bakal membuat kemunculan semula pada penggal kedua tahun 2024. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi yang dikeluarkan.

Susulan itu, pada 18 Ogos iaitu semasa hari lahir G-Dragon, beliau mengumumkan pembukaan akaun Instagram @fanplusonedotcom sebagai hadiah istimewa kepada para peminat untuk mengetahui sebarang kemas kini mengenai kemunculan semula G-Dragon.

Sumber Foto: Instagram G-Dragon

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE