Selepas memberi kelonggaran buat hal-hal kecemasan, kematian, pekerjaan dan lain lagi, ternyata Malaysia mula bersedia memberikan kelonggaran bagi kes-kes lain pula termasuklah berita baik untuk bakal pengantin.
Ya la, kalau sebelum ini tarikh sudah ada namun disebabkan PKPB, semuanya jadi tersangkut. Namun hari ini, ada berita baik untuk pasangan yang nak naik pelamin.
Laporan Harian Metro, bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan.
"Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.
"Jadi mesyuarat hari ini faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah dan tertakluk syarat sama perlu ada kelulusan polis.
"Juga prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebih 20 orang dan sebagainya," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Berdosa Beri Hadiah Tidak Senonoh, Jatuhkan Aib Pengantin Di Majlis Mulia
Baru-baru ini, tular video berdurasi dua minit 15 saat di TikTok yang memaparkan senario di mana rakan kepada pasangan pengantin beratur untuk memberikan hadiah tidak senonoh kepada mereka di atas pelamin secara bergilir-gilir.
Di antara hadiah tersebut termasuklah satu pek kondom dan juga barangan lain yang seharusnya hanya diketahui oleh pasangan suami isteri sahaja.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian warganet; ada sebilangan yang beranggapan ia hanyalah gurauan ‘manja’ terhadap rakan mereka yang baru sahaja menamatkan zaman bujang. Begitupun, majoriti tidak bersetuju dengan tindakan yang dianggap memalukan serta tidak beradab itu.
Lantas, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim terpanggil untuk menasihati anak muda yang menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka agar tidak terbawa-bawa dengan perangai seperti ini dan meminta agar ia dihentikan.
Pendakwah itu berkata, ini memandangkan majlis perkahwinan adalah majlis yang Nabi Muhammad SAW sendiri sangat memuliakan. Baginda katanya cukup suka memberi hadiah kepada orang untuk menggembirakan hati tuan rumah, lebih lebih lagi mereka yang melangsungkan perkahwinan.
“Ada riwayat Rasulullah menyuruh para sahabat yang sedang berpuasa sunat dan dijemput ke majlis perkahwinan untuk berbuka puasa. Sampai begitu sekali Rasulullah memuliakan pengantin dan keluarga.
“Sebab itu, Islam menyarankan kita menghormati pengantin, keluarga pengantin dan majlis yang diraikan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Tidak Perlu Malu, Halim Othman Pesan Pasangan Bernikah Di Thailand Untuk Daftar Perkahwinan – REMAJA
Dalam perihal jenis hadiah yang wajar diberikan kepada pasangan pengantin pula, Mohd Izhar berkata ia mestilah tidak menghina dan menjatuhkan maruah pengantin. Sekiranya ia boleh menjatuhkan aib mana-mana pihak hukumnya adalah makruh. Itu jika hadiah diberikan secara peribadi tau!
Hukum pemberian hadiah tidak senonoh seperti dalam video tersebut dalam persekitaran khalayak ramai sehingga boleh menjatuhkan aib pasangan pengantin, keluarga dan majlis perkahwinan itu sendiri boleh jatuh kepada berdosa dan haram.
Lagipun, Allah SWT katanya sangat suka dengan orang yang menutup keaiban. Siapalah kita untuk membuka aib orang secara terang-terangan seperti trend tular itu?
“Saya khuatir perkara ini menjadi amalan tidak baik kepada anak muda. Saya nasihatkan anak-anak muda supaya menjaga adab ketika menghadiri majlis perkahwinan, beri hadiah dan berseloroh,” ujarnya.
BACA LAGI : Tetamu Terkejut Terima Doorgift Mewah Di Perkahwinan Son Ye Jin & Hyun Bin – REMAJA
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Remaja Kena Tangkap Time PKP, Rekod Sebagai Banduan Kekal Hingga Akhir Hayat
Tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh pihak polis dengan kerjasama tentera untuk menangani sikap degil orang ramai yang masih berkeliaran tanpa arah tujuan di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menambah malang kebanyakan ditangkap ini terdiri dari orang dewasa membawa ke golongan remaja.
Mungkin ramai tak ambil peduli, sentiasa pandang remeh tapi risiko besar menanti bagi golongan remaja yang engkar dan degil.
Perkongsian dari satu fb atas nama Haji Asmadi Haji Amir mengenai nasib remaja yang ditangkap time PKP ini boleh kita jadikan renungan. Jangan kerana kita engkar dan berasa tidak bebas dalam masa sebulan ini tapi akhirnya kita terpenjara 6 bulan lamanya. Lagi lama dari kebebasan yang kita cari itu.
Lebih sedih, rekod kita sebagai akan kekal sebagai pesalah dan bagi yang nak mohon mana-mana kerja kerajaan, peluang sudah tertutup secara rasminya kerana ada rekod tersebut.
Bacalah perkongsian ini. Jadilah anak muda yang berwawasan dan berdisiplin tinggi. Kata orang, buat baik ramai orang sayang.
Asssalamualaikum, sekadar peringatan bersama dari kami warden penjara.
Penjara kini mula menerima pesalah-pesaah PKP kategori juvana & dewasa. Setiap hari pasti ada kemasukan. Saya merayu saudara mara, sahabat handai agar menjaga anak masing-masing.
Sedih tengok bebudak remaja khususnya bangsa kita yang akhirnya menjadi tetamu dalam tembok ni. Kesalahan mereka kecik sahaja jika dibandingkan dengan kesalahan jenayah lain yang lebih berat. Tapi kesannya hinga ke akhir hayat. Sebenarnya mereka tak layak untuk duduk bersama penjenayah-penjenayah lain. Tapi apa boleh buat, kesalahan ini di kategorikan sebagai kesalahan jenayah.
Untuk makluman tuan-tuan, apa yang anak-anak ini akan rugi:
#mereka terasing dengan keluarga sehingga tamat perintah PKP. Keluarga tak dibenarkan buat perjumpaan.
#rekod sebagai banduan akan kekal hingga ke akhir hayat. Tak berpeluang untuk jawat jawatan kerajaan. Tentera, polis, penjara jauh sekali. Sayangnya ada antara mereka amat berpotensi.
# walau hukuman maksimum 6 bulan, bagaimana dengan persediaan bagi mereka yang ambil UPSR, PT3, SPM dan lain-lain. Pasti banyak yang tertinggal.
#dalam masa PKP ni, pasti tak banyak program pemulihan banduan yang berlangsung seperti sebelum-sebelum ini. Tambahan tugas anggota penjara telah dihadkan. Rumusannya mereka sekadar ‘disimpan’ untuk dilepaskan.
Mohon semua awasilah anak masing-masing. Sayangilah masa depan mereka.
So Remaja ada aktiviti yang korang boleh buat, lets la join dapat hadiah tau.
Lets get creative ➕ active❣️
Sama ada korang berada di rumah ataupun hostel, REMAJA nak lihat bagaimana korang habiskan masa sepanjang tempoh PKP ini. 😎
.
• Muat naik video [ 1 minit ] & tunjukkan aktiviti korang di rumah/hostel
• Pastikan akaun public
• Sertakan caption menarik & #RemajaDengarKata #RemajaCare
.
ANY content okay, nak menyanyi, nak menari, nak buat vlog, nak timelapse – asalkan duduk di rumah/hostel. 💌 10 video paling menarik akan memenangi hadiah special daripada REMAJA.
#majalahremaja
#remaja
Senang je kan?so apa tunggu lagi.
2 Guru Lelaki Nekad Pakai Skirt Sebagai Tanda Solidariti Terhadap Pelajar Dibuli
Dua orang guru lelaki di sebuah sekolah tinggi dekat Sepanyol mula memakai skirt ke sekolah sebagai usaha mengekang tindakan membuli di kalangan pelajar lelaki.
Para guru dari Primary Virgen de Sacedon itu dikenali sebagai Manuel Ortega dan Borja Velazquez dan mereka telah mencuri tumpuan media dunia setelah mereka nekad untuk memakai skirt ketika mengajar anak murid masing-asing sepanjang bulan Mei lalu.
Ini berlaku sejurus Manuel Ortega terdengar beberapa pelajarnya mengucap kecaman berbaur perkauman dan homophobic terhadap seorang pelajar lelaki yang memakai baju bercorak anime ke sekolah.
Perkataan yang digunakan oleh grup pembuli itu dirasakan Ortega amat memedihkan dan mengejutkan beliau.
Justeru, Ortega mengajak rakan sekerja, Borja Velazquez untuk melakukan sesuatu di luar kotak demi memperbetulkan sikap para pelajarnya yang suka membuli. Mereka tidak memarahi mereka. Sebaliknya, dua orang guru itu mencabar cara berpakaian ‘normal’ dengan menyarungkan skirt ke sekolah.
Perbuatan ini adalah untuk mendidik pelajar di sekolah itu bahawa semua orang ada perasaan dan identiti masing-masing. Sepanjang Mei lalu, Ortega dan Velazquez mengajak pelajar untuk berpakaian mengikut kehendak sendiri.
“(Ini adalah) sekolah yang mengajar nilai hormat, diversiti dan bertolak ansur. Sarungkanlah pakaian yang kamu mahukan!” katanya menerusi akaun Twitter-nya. Akaun rasmi sekolah tersebut kemudian membalas ciapan itu dengan menyokong tindakan mereka berdua.
“Pengajaran bukan sekadar menyalurkan ilmu tetapi juga menyemat nilai hormat dan menerima perbezaan di antara kita.”
Kongsi mereka lagi, sejak projek solidariti itu dijalankan, grup pembuli tadi telahpun memohon maaf terhadap pelajar yang pernah mereka sakiti sebelum ini.
Malah, pihak sekolah telah menganjurkan kempen Anti-Buli dalam bentuk sesi khas untuk bercakap tentang perbuatan toksik sesama rakan sebaya dan bagaimana cara terbaik mempertahankan diri daripada ucapan serta perbuatan ganas.
Un cole que educa en el respeto, la diversidad, la coeducaión y la tolerancia. ¡Vístete como quieras! Nos sumamos a la inicitiva #LaRopaNoTieneGénero @CEIPVdeSacedon @educacyl @cfievalladolid @FTriangulo @fecylgtb pic.twitter.com/GgnoejXe2N
— Borja Velázquez (@borjamusico) April 29, 2021
Kesemua usaha ini menjadi topik perbualan yang besar di Sepanyol sehinggakan warganet di sana turut serta dalam kempen #ClothesHaveNoGender atau dalam bahasa Sepanyol, #LaRopaNoTieneGenero.
Dengan adanya pergerakan tanda pagar ini, isu ini terus diperkatakan dan warganet Sepanyol ingin membanteras pemikiran sempit dalam soal berpakaian.
Hace 20años sufrí persecución e insultos xmi orientación sexual en el instituto en el q ahora soy profesor, muchs profes, miraron para otro lado. Quiero unirme a la causa del alumno, Mikel, q ha sido expulsado y enviado al psicólogo por ir a clase con falda. #LaRopaNoTieneGenero pic.twitter.com/5PEN9vityY
— Jose Piñas (@joxepinas) November 9, 2020
Di Malaysia, sektor pendidikan negara pada tahun ini juga ‘sedikit goyah’ apabila warganet tempatan menolak isu ‘gurauan lucah’ dalam konteks bilik darjah serta isu ‘pengetua sekolah dipulau’ hanya disebabkan oleh ketegasan beliau.
ARTIKEL BERKAITAN : KPM Ambil Tindakan : Guru ‘Bergurau’ Tentang Rogol Dipindahkan Ke.. – REMAJA
BACA LAGI : Isu Banner ‘Pengetua Mental’ – Bekas Pelajar SMK St Mary Pertahankan Bekas Guru – REMAJA