Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Jad Rizalman Washif telah mencipta rekod baharu Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Ranau menerusi dua kategori berbeza iaitu acara pecut 100-meter dan 200-meter.
Pelajar berusia 17 tahun itu memadam rekod lama 11.0 saat acara 100-meter yang dipegang Rozaidi Ismail Othinin sejak 2016 dengan catatan baharu 10.5 saat. Manakala dalam acara 200-meter pula Jad mencatat masa 21.9 saat sekaligus memadam rekod lama 22.2 saat yang dipegang Azhad Khatidin Masile sejak 2018.
Selain itu, dia turut membantu pasukan sekolahnya untuk memenangi acara 4 x 100-meter. Dia yang diletakkan sebagai pelari terakhir beraksi cemerlang dengan mempamerkan kepantasan hingga ke penamat sebaik menerima baton daripada pelari ketiga.
Kecemerlangan anak jati Sabah ini bukanlah baharu, sebaliknya dia sudah berjinak dalam dunia olahraga sejak dibangku sekolah rendah lagi dan pernah mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Ads
Jad menjadi tumpuan pada tahun 2017 apabila merangkul empat pingat emas kategori bawah 12 tahun bagi acara 100-meter, 200-meter, 4×100-meter, dan 4×200-meter pada Kejohanan Sekolah Kebangsaan yang diadakan di Pulau Pinang.
Bersama pasukan Malaysia yang menyertai kejohanan di Australia pada 2019
Pada 2019 pula, dia terbang jauh ke Australia mewakili negara dalam pertandingan Western Australia Little Athletics. Membuktikan kejaguhannya, dia berjaya menggondol pingat emas dalam ketegori pecut 200-meter.
Bapanya Washif Jafri merupakan figura penting dalam kejayaan Jad selama ini. Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram bersama piala yang dimenanginya, remaja berbakat besar ini berkata, “Saya tahu bagaimana cara nak bermain, tetapi dengan pertolonganmu ayah, kamu mengajar saya bagaimana untuk menang. Terima Kasih.”
Ads
Adakah Jad bakal bergelar permata dan raja pecut negara yang baharu? REMAJA wishing all the best to you young lad! Teruskan kecemerlangan sekali gus memberi inspirasi kepada generasi kini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila berjaya merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 yang berlangsung dari 15 hingga 20 Oktober lalu.
Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan ‘straight set’ di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
Walau bagaimanapun, situasi yang mendebarkan itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir ditamatkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penerjun sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri mengulangi pencapaiannya di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara terjun 3m papan anjal individu wanita.
Di peringkat separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi, Dhabitah menamatkan saingan di tangga kelapan terbaik setelah mengumpul 286.95 mata daripada lima pusingan.
Dhabitah sekaligus menempatkan diri dalam kelompok 12 penerjun terbaik untuk perebutan pingat di peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung esok.
Nur Dhabitah Sabri.
Di peringkat separuh akhir, penerjun berusia 25 tahun itu memulakan saingan dengan langkah kanan apabila meraih 67.50 mata sekaligus menamatkan pusingan pertama di tangga kedua keseluruhan di belakang penerjun dari China.
Dhabitah kemudian melakukan terjunan 55.50 mata di pusingan kedua dan 46.50 mata di pusingan ketiga; sedikit meresahkan peminat sukan tempatan yang setia menonton siaran secara langsung petang tadi.
Dhabitah kembali bangkit apabila meraih 57 mata untuk terjunan keempat dan mengakhiri saingan separuh akhir dengan penuh bergaya apabila meraih 60.45 mata.
Sebagai rekod, Dhabitah pernah menamatkan saingan dalam acara 3m papan anjal individu wanita di tangga keempat ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung tiga tahun lalu dengan mengutip 326.15 mata.
Ini merupakan penampilan Sukan Olimpik ketiga Dhabitah sejak berjaya melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu di Sukan Olimpik Rio 2016.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada empat partikel dalam bahasa Melayu, iaitu “-lah”, “-kah”, “-tah”, dan “pun”. Cara penulisan partikel ini adalah berbeza-beza seperti yang berikut:
(a) Partikel “-lah”, “-kah”, “-tah”, dan “pun” hendaklah ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Contoh:
1. “Kamulah yang akan menggantikan aku nanti,” ujar Adib kepada rakannya.
2. “Mungkinkah kita pernah berjumpa sebelum ini?” soal Aina kepada seorang jejaka yang memakai baju hijau.
3. “Sudah beberapa hari aku tidak makan. Apatah lagi badan juga sudah semakin lemah. Tidak terdaya aku menahannya.” Luah Ajid sambil berehat di bawah sebatang pokok.
(b) Partikel “pun” yang membawa maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya. Contoh:
1. Jika Izu pergi, Mila pun akan pergi.
2. Apabila sampai di hadapan rumah berhantu itu, dia pun cabut lari.
3. Apa pun yang dipakainya, dia tetap tidak berpuas hati.
(c) Ada 13 patah perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel “– pun”, iaitu:
Adapun
Sekalipun
Meskipun
Biarpun
Sungguhpun
Mahupun
Walaupun
Kalaupun
Kendatipun
Lagipun
Ataupun
Andaipun
Bagaimanapun
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel Ini Ditulis oleh Faridah Mohamad Saad.
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...