Muzik

Bakal Temui Peminat Di KL Base November Ini! Alan Walker Tunai Janji Kembali Ke Malaysia!

Share

Terbaru, DJ terkenal, Alan Walker menunaikan janjinya untuk mengadakan konsert di Malaysia selepas membatalkannya pada Jun lepas.

Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsert sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.

“Persembahan sebelum ini dibatalkan disebabkan faktor keselamatan yang kritikal dan isu penyalahurusan yang dikemukakan kepada kami menjelang tarikh persembahan. Laporan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak ketiga menegaskan masalah-masalah berhubung persediaan pentas. Vendor-vendor tempatan juga berdepan dengan isu-isu bayaran”

“Keputusan terpaksa dibuat dengan membatalkan konsert tersebut demi mengutamakan keselamatan dan pengalaman peminat serta mengelakkan kerugian lanjut yang bakal dialami oleh vendor-vendor tempatan,” katanya.

Bagi konsert kali ini, pihak pengurusan Alan telah memilih untuk menganjurkannya di KL Base, Sungai Besi kerana konsep persembahan yang akan ditampilkan sesuai dengan lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, DJ yang terkenal dengan lagu ‘Alone’ ini juga memaklumkan bahawa peminat yang sudah mendapatkan tiket konsert sebelum ini tidak perlu mendapatkan tiket baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengumuman Mengejutkan! Alan Walker Tunda Konsert Di Kuala Lumpur Sehari Sebelum!

Selain itu, pemegang tiket terdahulu juga boleh menukar tiket mereka kepada tiket baru, serta boleh menebus diskaun 15% untuk pembelian tiket tambahan sebelum 26 September ini.

Sementara itu, tiket untuk konsert yang akan berlangsung 8 November ini juga kini sudah pun mula dijual. Konsert ini dibuka kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas dan bagi peminat yang berumur 18 tahun ke bawah perlu ditemani oleh penjaga berumur 19 tahun ke atas.

Sebelumnya, konsert Walkerworld Tour 2024 (Walkerworld) yang sepatutnya diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 22 Jun lalu telah dibatalkan oleh Alan Walker di saat akhir atas sebab tertentu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE