Balenciaga Keluarkan ‘Beg Beli Belah’ Inspirasi Beg Plastik TESCO

Share

Tiada apa yang mustahil dalam dunia fesyen…

Jika sebelum ini, jenama fesyen terkemuka Balenciaga yang sering mewujudkan kontroversi kerana mengeluarkan rekaan beg seolah meniru rekaan ‘beg murah’ dan dijual pada harga ribuan dollar kini tampil pula dengan versi beg gergasi diadaptasi dari rekaan beg plastik TESCO.

ARTIKEL BERKAITAN : Nina Ricci Popularkan Stail ‘Baldi Plastik’ Di Minggu Fesyen Paris, Kalau Dekat Sini Tak Sampai RM10

Foto Via Twitter Kyle Jones

Diinspirasi dari plastik Tesco

Reka bentuk tersebut dilihat menyerupai beg plastik Tesco keluaran tahun 1980-an yang sudah tidak digunakan pada masa kini.

Aksesori buatan Itali yang dikeluarkan sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2022 itu dijual pada harga £925, iaitu bersamaan dengan RM5,113.

Diperbuat dari kulit anak lembu
Tapi memang patutlah mahal, menurut laporan  Daily Mail. Beg tersebut dikatakan dibuat daripada kulit anak lembu yang dicetak pada kertas dan mempunyai zip untuk menutup bahagian atas serta dalam beg.

Menurut Balenciaga, rekaan itu merupakan tafsiran moden bagi sebuah beg asas.

So korang rasa berbaloi tak beli dan miliki beg ini?

BACA LAGI : Ingat Lagi Kostum Balenciaga Ala Ninja Ini? Kim Kardashian Dedah Awalnya ENGGAN Pakai

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana