Sejak beberapa hari lalu, ramai masyarakat di Malaysia terutama bagi yang beragama Islam sudah pun mula pulang ke kampung bagi menyambut musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Seperti kebiasaan sebelum ini, kesesakan lalu lintas pada musim perayaan memang tak dapat dielakkan tapi berita baik untuk anda semua apabila baru-baru ini PLUS Malaysia mengumumkan akan mengaktifkan 28 lokasi ‘Smart Lane’ di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi melancarkan trafik semua pemandu yang mahu ke destinasi masing-masing.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook rasmi PLUS baru-baru ini, mereka memaklumkan sistem ‘Smart Lane’ sebenarnya berfungsi sebagai pembukaan laluan kecemasan secara sementara untuk digunakan sebagai laluan tambahan semasa waktu puncak. Jadi, pastikan anda ambil maklum dan jangan pula marah pemandu lain bila mereka gunakan laluan ini nanti ya!

Ads
Balik Kampung Lebih Lancar, Ini 28 Lokasi ‘Smart Lane’ Lebuhraya PLUS Yang Korang Patut Tahu!
Kredit: Plus Malaysia
Balik Kampung Lebih Lancar, Ini 28 Lokasi ‘Smart Lane’ Lebuhraya PLUS Yang Korang Patut Tahu!
Kredit: Carsome Malaysia

Bagi yang belum mengetahui bagaimana cara laluan itu dibuka, anda cuma perlu perhatikan lampu hijau berkelip dan papan tanda ‘Smart Lane’ dekat lokasi yang terlibat. Bila lampu hijau menyala dan papan tanda dipaparkan, itu bermakna anda boleh guna laluan kecemasan tersebut sebagai lorong biasa.

Walau bagaimanapun, jika tiada lampu yang menyala, semua kenderaan dilarang untuk berada di lorong berkenaan.

Ads
Balik Kampung Lebih Lancar, Ini 28 Lokasi ‘Smart Lane’ Lebuhraya PLUS Yang Korang Patut Tahu!
Kredit: Plus Malaysia
Balik Kampung Lebih Lancar, Ini 28 Lokasi ‘Smart Lane’ Lebuhraya PLUS Yang Korang Patut Tahu!
Kredit: Plus Malaysia

Pada masa yang sama, para pemandu juga perlu patuhi had laju 60 km/j semasa menggunakan laluan ‘Smart Lane’ dan sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati.

Setakat ini, hanya 28 lokasi yang akan diaktifkan secara berperingkat mengikut tarikh dan masa tertentu. Apa pun, untuk maklumat dan info terkini, pastikan anda rujuk akaun media sosial rasmi PLUS Malaysia.

Ads

Kami di Remaja mengucapkan Selamat Hari Raya dan pastikan anda berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa untuk ingat keluarga tersayang yang sedang menanti di kampung okay!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI