Kebiasaannya, majoriti di antara kita suka memulakan hari-hari dengan aura positif tetapi apabila dah balik dari melakukan kegiatan harian seperti bekerja, balik dari kelas, dan sebagainya. Ramai sebenarnya yang tidak perasan bahawa korang ‘terbawa’ aura tak best atau aura negatif itu ke rumah.

Kalau korang nak tahu, antara faktor utama yang menyebabkan hal itu terjadi adalah disebabkan kepenatan. Boleh jadi juga sebab korang baru kena marah dengan boss ke, tiba-tiba bergaduh dengan kawan ke, hadap kesesakan lalu lintas yang luar biasa dan lain-lain.

Jadi, apa kata korang cuba lakukan tip yang kami nak kongsi ini sebelum jejak pintu rumah…

Beli Makanan atau Minuman Manis

Sugar brings happiness’! Dah alang-alang on the way ke rumah kan… Apa kata korang singgah beli dessert atau air yang best! Selain bagi korang energy, ia juga boleh membantu meningkatkan mood korang agar lebih ceria dan gembira.

Ads
Balik Rumah Bawa Aura Negatif? 4 Tip Yang Korang Boleh Buat Sebelum Jejak Rumah
Kredit: What’s New Indonesia

Luahkan yang Tersimpan Dalam Hati

Rasa geram? Boleh jerit kuat-kuat. Rasa stress? Nak nangis boleh, nak mengomel pun boleh. Tapi pastikan korang jerit, nangis, bebel dan apa sahaja korang nak buat tu, buat dalam kereta atau di mana sahaja tempat yang korang rasa selesa nak buat. Elak tunjuk reaksi atau bawa vibe tak best tu ke rumah sebab secara tidak langsung ia akan mempengaruhi orang tersayang. Kita balik mestilah nak seronok dengan keluarga kan!

Balik Rumah Bawa Aura Negatif? 4 Tip Yang Korang Boleh Buat Sebelum Jejak Rumah
Kredit: Rolling Stone

Singgah Solat Di Masjid atau Surau

Ads
Balik Rumah Bawa Aura Negatif? 4 Tip Yang Korang Boleh Buat Sebelum Jejak Rumah
Kredit: The News Straits Times Press

Ini sesuai sangat untuk dipraktikkan oleh orang Islam. Korang bukan sahaja dapat ketenangan selepas singgah solat. Malah, korang juga boleh dapat kesempatan untuk berdoa supaya hati diberikan ketenangan dan mana tahu ia boleh redakan sedikit ‘jiwa kacau’ yang korang alami setelah lakukan aktiviti seharian.

Maafkan Semua Orang Termasuk Diri Sendiri

Ads

Apa kata cuba take a time dan maafkan semua orang yang dah lukakan hati korang dan juga jangan lupa maafkan diri sendiri. Mungkin perasaan akan lebih lega lepas korang buat yang satu ni kan?

Selepas ini, bila cuba tip-tip ini, bolehlah korang pergi dan balik ke rumah dengan hati yang lebih tenang. Bukan keluar rumah je mood positif tapi make sure sampai rumah semula tu pun positif!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI