Diskriminasi terhadap golongan berhijab di luar negara baru-baru ini semakin hangat diperkatakan
Jika sebelum ini di utara India, terdapat golongan cetek minda yang menghalang pelajar berhijab memasuki institusi pendidikan sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum. Kemudian peragawati Bella Hadid pula telah tampil ke hadapan menggunakan platformnya sebagai seorang selebriti untuk menentang penindasan terhadap gadis berhijab.
ARTIKAL BERKAITAN : Muskan Khan, Gadis 19 Tahun Berani Tuntut Keadilan & Perjuangkan Hijab Di India
BACA LAGI : Bella Hadid Pertahan Hak Hijabi Menutup Aurat Di Negara Yang Mendiskriminasi – REMAJA
Disebabkan itulah, kemunculan seorang ballerina yang berhijab ini telah menarik perhatian REMAJA. Imej penari balet yang sinonim dengan kostum berskirt dan melekap di tubuh badan kini telah berubah imej setelah ia disarungkan oleh gadis berdarah kacukan Rusia-Australia yang dikenali sebagai Stephanie Kurlow ini.
Stephanie yang kini berusia 20 tahun telah membuktikan bahawa dia mampu mengejar impiannya untuk bergelar seorang ballerina dan pada masa yang sama, beriltizam untuk menjaga auratnya daripada menjadi tontonan orang ramai yang hadir menyaksikan persembahannya.
Revolusi pemakaian ballerina yang dibawakan oleh Stephanie ini sekaligus membuatkannya digelar sebagai ballerina berhijab pertama di dunia.
Fakta Tentang Stephanie Kurlow
2. Keluarganya memeluk agama Islam ketika Stephanie berusia 9 tahun dan dia turut sama mempelajari kepercayaan baharu mereka itu.
3. Bakatnya sebagai seorang ballerina dicungkil dan digilap sehinggalah memasuki usia 11 tahun. Pada usia meningkat remaja itu, Stephanie telah mengambil keputusan untuk mula berhijab dan kebanyakan studio tarian enggan menerimanya sebagai pelajar mereka.
4. Selepas tiada sebarang studio tarian mahu menerima Stephanie, ibunya sendiri mengambil inisiatif untuk membuka studio tarian bagi membolehkan anaknya itu terus berlatih tarian balet. Minat itu diteruskan sehinggalah sekarang.
5. Tidak mahu orang lain mengalami pengalaman yang sama sepertinya, Stephanie bercita-cita untuk membuka studio tarian yang membolehkan sesiapa sahaja menari tanpa halangan.
6. Selain berbakat dalam tarian balet, Stephanie juga berminat dalam industri kreatif seperti bidang penulisan dan lukisan. Yang menariknya, dia telah mengambil cuti selama 3 tahun untuk beri tumpuan penuh pada bidang ini. Pada masa yang sama, dia juga ingin menyertai kumpulan muzik kanak-kanak Australia iaitu The Wiggles yang menjelajah seluruh Australia.
7. Lebih membanggakan apabila Stephanie pernah menerima biasiswa daripada jenama fesyen sukan Sweeden, Björn Borg kerana kisahnya ini.
Bukan mudah untuk berada di posisi Stephanie dan semestinya, dia merupakan seorang remaja contoh bagi hijabi lain
Menerusi peluang untuk terlibat dengan kempen jenama Converse dan Lenovo sebelum ini, Stephanie telah memberi semangat kepada para hijabi untuk mengejar cita-cita tanpa menghiraukan cabaran serta dugaan yang terpaksa mereka tempuhi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.