Kes Virus Korana yang juga dikenali dengan nama nCoV2019 semakin menular setelah 17 mangsa disahkan meninggal dunia akibatnya.

 

Sementara itu, sebanyak 580 kes Virus Korona telah dikenal pasti dan kebanyakannya terjadi di dalam China.

*

Setelah beberapa kes disahkan berlaku di negara selain China seperti di Jepun, Macau, Korea Selatan, Thailand, Taiwan dan terbaru di Amerika Syarikat, China mengambil langkah berjaga-jaga.

Selepas Wuhan, bandar kedua di China akan ‘menutup’ operasi bermula hari ini. Pihak berkuasa di HUANGGANG telah mengumumkan bahawa mereka juga akan menggantung perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, subway dan feri.

Bukan itu saja, lokasi awam seperti pawagam dan kafe juga kebanyakannya menggantung operasi.

Ads
Bandar Kedua Di China TUTUP Operasi Selepas Virus Mirip Zaman SARS Tular
Stesen perkhidmatan awam di Huanggang bebas daripada pengguna dan pengunjung.

Bandar Kedua Di China TUTUP Operasi Selepas Virus Mirip Zaman SARS Tular

Perkembangan ini hadir selepas 11 juta orang penduduk di Wuhan tidak dibenarkan meninggalkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung virus semakin menular.

Tambahan pula dengan kadar trafik keluar masuk yang sesak menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina, pihak berkuasa khuatir sekiranya semakin banyak daerah di China yang akan mencatatkan kes.

Kesemua penerbangan keluar dari Wuhan juga telah dibatalkan serta-merta dan penduduk diminta memakai topeng muka di tempat awam.

Ads

Takut weh!

Bandar Kedua Di China TUTUP Operasi Selepas Virus Mirip Zaman SARS Tular
Pasar basah di Wuhan serta merta diarahkan tutup.
Bandar Kedua Di China TUTUP Operasi Selepas Virus Mirip Zaman SARS Tular
Orang ramai dilihat membeli sebanyak mungkin makanan dan barang keperluan di pasaraya.

Situasi mencemaskan seperti ini dilihat mirip dengan zaman semasa wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) tersebar.

Cuma apa yang membezakan kedua-dua virus ini adalah cara ia tersebar. Pada tahun 2002, SARS telah dikesan pada beberapa haiwan seperti musang, rakun dan spesis kelawar kuda di dalam gua China.

Virus Korona Wuhan pula didakwa terjadi akibat daging binatang eksotik yang tersebar daripada binatang ke manusia. Antara haiwan yang dijual termasuklah musang, buaya, ular, tikus dan bermacam-macam lagi.

Ads

Menurut professor di Universiti Hong Kong, kedua-dua virus ini mempunyai persamaan 80 peratus di mana ia ditemui pada spesis yang hampir sama. Namun perbezaannya adalah pada bahagian virus yang menentukan sama ada ia boleh memasuki sel haiwan atau tidak.

Wallahualam gaiss..

*

Di Malaysia, kita juga berhadapan dengan virus Influenza A Januari tahun ini sehingga memerlukan sekolah ditutup. Namun, pihak berkuasa sudah menidakkan yang ia mempunyai kaitan dengan Virus Korona Wuhan.

Virus Influenza A Makin Menular, Semua Masjid Di Johor Buat Solat Hajat Jumaat Ini

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI