Taufan teruk yang membawa hujan lebat dan angin kuat membadai bahagian tengah dan timur Jepun telah mengakibatkan angka kematian meningkat kepada 25 orang sejak semalam.
Menurut Sinar Harian yang memetik kenyataan daripada laporan Kyodo News, seramai 15 mangsa masih hilang dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Taufan Hagibis ini juga telah menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat, serta dilaporkan lebih daripada 100 orang cedera manakala ratusan ribu penduduk terutama di Tokyo dinasihatkan berpindah.
Masyarakat dunia turut meninggalkan komen di laman Facebook NHK World Japan dengan mengirimkan doa buat seluruh rakyat Jepun.
Khabarnya lagi, rumah di sepanjang sungai Chikuma di bandar Nagano hampir ditenggelami sepenuhnya sehingga penduduk terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.
Berikut merupakan antara gambar yang dikongsi di media sosial berkenaan dengan bencana Taufan Hagibis yang melanda Jepun.
Kami mengucapkan takziah buat kesemua keluarga mangsa dan turut mengirimkan doa agar seluruh masyarakat di Jepun dilindungi daripada bencana ini.
Pray for Japan!
Demam Kasut Bata Penangan Kurt Cobain Bakal Melanda Minggu Ini
Apa perkara pertama bila kamu mendengar jenama Bata? Paling tidak, kasut sekolah akan terus bermain di minda. Tapi jangan pandang jenama berasal dari Czech Republic ini dengan sebelah mata. Sebagai jenama yang telah diperkenalkan pada tahun 1894 oleh Tomas Bata, jenama ini mempunyai sejarah cukup kaya.
Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, penggemar sneakers dan Nirvana atau mendiang Kurt Cobain telah heboh memperkatakan tentang kemunculan semula kasut Bata model Hotshot yan dikeluarkan di menerusi edisi Bata Heritage.
Apa kaitan kasut Bata ini dengan Kurt Cobain? Selaku legenda grunge dan juga salah seorang pemuzik moden yang telah berjaya mengubah lanskap peta muzik dunia, pengaruh Kurt Cobain masih lagi kuat berakar umbi di hati peminatnya. Muzik Nirvana merupakan seni yang tidak akan pernah luput ditelan zaman. Dan dengan pengaruh itulah membuatkan apa sahaja yang disentuh oleh mereka akan menjadi perhatian peminatnya.
Bata Hotshot dahulu merupakan antara sneaker kegemaran Kurt Cobain selain jenama lain seperti Converse One Star, Chuck Taylor dan Jack Purcell. Dahulu model Bata Hotshot ini merupakan hasil sebuah kolaborasi Bata bersama sebuah lagi jenama popular pada tahun 70-an, Wilson.
Untuk edisi yang dikeluarkan semula pada kali ini, Bata memperkenalkan 3 jenis warna iaitu hijau, biru navy dan warna ikoniknya, hitam dan kuning seperti yang dipakai oleh Kurt Cobain. Ia telah mula dipasarkan di beberapa buah negara sejak beberapa bulan lalu.
A post shared by Bata Heritage (@bataheritage) on
Namun kini tiba giliran untuk peminat kasut ini di Malaysia untuk mendapatkannya di butik mereka. Bata telah mengumumkan ia akan mula di jual bermula jam 10 pagi, 18 November 2017 di butik mereka di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur. Kasut yang pastinya menjadi rebutan peminat grunge ini berharga RM299 dan hanya boleh didapati di lokasi yang dinyatakan sahaja.
Menurut tinjauan Remaja di beberapa laman jualan talian seperti di Mudah.my dan Carousell, harga jual semulanya mencecah sehigga RM650.
Remaja berharap tiada lagi kes tumbuk-menumbuk berlaku untuk release kasut ini. Beraturlah dengan baik dan tersusun serta berhemahlah antara satu sama lain. At the end of the day, it just a pair of shoes!
Kepada yang ingin mendapatkan kasut ini Remaja ucapkan good luck!
Indonesia Desak Malaysia Minta Maaf Insiden Di Stadium Bukit Jalil?
Setiap kali perlawanan bersama Indonesia, ada sahaja tanggapan negatif tentang penyokong tegar negara mereka.
Kemenangan pasukan negara disudahi dengan insiden lontaran suar dan balingan kerusi daripada penonton di stadium. Situasi ini memang sudah tidak asing kerana masyarakat kita sudah sedia maklum jika bertemu dalam perlawanan bola sepak dengan negara jiran tersebut, mesti akan ada insiden yang tidak diingini berlaku.
Terbaru, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) melalui Wakil Ketua Umum PSSI, Cucu Soemantri mendesak agar pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ataupun pemerintah Malaysia melakukan permohonan maaf kepada Indonesia berikutan insiden kekecohan yang berlaku yang melibatkan penyokong Indonesia di Stadium Bukit Jalil Selasa lalu.
Cucu yang menyatakan kekecewaan kepada Malaysia melalui temu bualnya bersama media CNN Indonesia semasa mengiringi kumpulan Indonesia U-23 di Filipina menjelang SEA Games 2019 turut mendesak agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat keadaan tersebut dengan segera serta berhasrat mengajukan protes.
Ini kerana terdapat satu kejadian tular di media sosial yang mana seorang penyokong Indonesia yang tiba sehari sebelum perlawanan telah dirampas pasport dan begnya sehingga menyebabkan tanda pagar #GanyangMalaysia menjadi trending.
Walaupun Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah meminta pihak PDRM menjalankan siasatan lanjut, beliau masih tidak berpuas hati kerana kenyataan tersebut tidak disertakan dengan permohonan maaf.
Saya sudah maklumkan kepada pihak polis untuk siasat.
Kalau ada pihak yang dipukul, tolong suruh dia buat laporan ke pihak polis.
We will ensure that there will be a proper & transparent investigation.
Keadilan adalah untuk semua, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia. https://t.co/guCZfsUZxo
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 21, 2019
Bagi beliau, insiden ini tidak dapat diterima kerana PSSI sebelum ini sudah bekerjasama dengan FAM dan PDRM bagi menjamin keselamatan penyokong Indonesia selama berada di Malaysia.
Sebelum ini terdapatnya laporan bahawa ada penyokong Indonesia yang maut dalam insiden kekecohan di Stadium Bukit Jalil, namun khabar ini dikhabarkan sebagai palsu oleh Kementerian Luar Negeri Indonesia.
Pelawanan semalam menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia dengan kumpulan mata 2-0 menerusi dua gol hasil jaringan Safawi Rasid pada minit ke-30 dan ke-73.
Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut selepas Malaysia berjaya menewaskan Thailand dengan mata 2-1 (Kelayakan Piala Dunia) dan Tajikistan 1-0 (persahabatan antarabangsa).
Ish macam-macam la dorang ni, kalau dah tak suka tu bak kata peribahasa melayu “Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.”
Harap dapat la selesaikan masalah ini dengan cara yang baik. Tak elok la gaduh-gaduh, kita kan serumpun.
Sumber: CNN Indonesia
Tarikh Akhir Pengeposan Sempena Aidilfitri Melalui Pos Laju & Mel Pada 16-18 Mei Ini
Kebiasaannya di hujung Ramadan, warga kota akan beramai-ramai pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Tradisi balik kampung sudah sinonim dengan norma orang ramai. Namun tahun ini pastinya sangat berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 dari terus merebak.
Malah bila menyebut Aidilfitri juga, kebanyakan anak-anak akan membelikan pelbagai barangan buat orang tua di kampung sebagai hadiah terutama melibatkan baju raya, kuih raya dan lain lagi. Namun disebabkan perintah PKP ini hati kita pasti meronta untuk mengirim sesuatu buat sanak saudara di kampung.
Bagi yang biasa menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia iaitu Pos Laju dan Mel, pihak Pos Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan tarikh akhir menghantar barangan melalui Pos Malaysia adalah pada 16 Mei bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak manakala pada 18 Mei ini bagi dalam Malaysia sahaja.
Manakala tarikh akhir menghantar kad ucapan hari raya pula ialah pada 20 Mei ini. Pengguna yang ingin menggunkan perkhidmatan Pos Malaysia adalah diingatkan agar segera berbuat demikian bagi memastikan barangan dikirim sampai sebelum Aidilfitri ini . Namun jika lewat mengepos barangan dijangka tiba selepas Aidilfitri.
So mana anak-anak yang buat kiriman buat ahli keluarga di kampung bagi meraikan Aidilfitri ini jangan bertangguh ya.