“Ini Adalah Pencapaian Yang Besar..” – Aura & Kefasihan Bahasa Kebangsaan Kimberly Chuah Memikat!

Share

Niat pemilik nama Kimberly Chuah Ching Li ini ke uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 hanyalah satu; untuk mengejar impian dan keinginan mendaki puncak dunia semi tanah air sebagai seorang pelakon dan pengacara.

ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Menang Sudah..”, Sumandak Sabah ‘Tapau’ Dua Gelaran, Juara Dewi Remaja Dan Dewi Favourite

Justeru, kemenangan gadis berbangsa Cina dari Kuala Lumpur ini sebagai pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2022 ibarat satu batu loncatan buatnya melebarkan lagi sayap mengikut misinya itu.

“Saya amat tidak menyangka akan menamatkam saingan di tempat ketiga. Sukar untuk gambarkan betapa bangga saya rasakan dengan pencapaian ini, it is a ver

y a big achievement for me.

”Seperti saya pernah katakan sebelum ini, semua peserta datang dengan bakat dan pakej tersendiri. Menerusi kemenangan ini,  saya berharap dapat ‘terbang’ dengan lebih jauh, dapat kejar impian saya dan berharap kejayaan ini dapat memberikan ispirasi terhadap ‘adik-adik’saya yang ingin mengikut jejak langkah yang sama,” ujar gadis berusia 22 tahun ini.

Jawapan Memukau Ratusan Hadirin

Jika dilihat pada malam tersebut, Kimberley jelas merupakan salah seorang speaker terbaik ketika menjawab soalan. Lontaran suara dan buah fikirannya diluahkan dengan cukup bernas. Apa rahsianya, Kimberly?

“Sebenarnya saya dulu rajin menyertai pertandingan perbahasan, Jadi, saya sudah didedahkan dengan cara mengupas isu-isu semasa. Syukur, malam ini urusan saya dipermudahkan dan mendapat soalan yang pernah saya bahaskan sebelum ini.

“Pada masa yang sama, poin dalam jawapan sata di atas pentas itu adalah sesuatu yang ingin saya benar-benar ingin tekankan.

”Saya memang merasakan sudah tiba masanya Malaysia menghalang penipuan di media sosial dan aktiviti buli siber dengan mewajibkan pengesahan identiti seperti sistem e-wallet

. Ia adalah sesuatu yang saya rasakan kerajaan Malaysia pada masa ini perlu buat,” tegasnya.

 

Perancangan Kimberly

Sebagai antara peserta yang pernah menceburi dunia seni lakonan sebelum ini menerusi drama-drama tempatan, Kimberly yang mesra disapa sebagai Kim mengharapkan agar kerjayanya akan lebih meluncur laju ke hadapan selepas Dewi Remaja 2022.

“Saya berharap exposure saya menerusi Dewi Remaja akan menolak perjalanan karier saya dalam bidang lakonan dan pengacaraan lebih ke hadapan.

“Saya sangat passionate dalam bidang lakonan sejak kecil lagi. Seboleh mungkin, saya ingin lebih banyak belajar ilmu tersebut di luar sana seperti yang telah saya lakukan dalam program Dewi Remaja ini,” katanya.

Pelbagai cabaran telah diberikan kepada finalis untuk mengasah kemampuan setiap seorang daripada pelbagai aspek berbeza sepanjang tujuh minggu ia ditayangkan di saluran Astro Ria.

Pencarian Dewi Remaja 2022 telah disokong dengan kehadiran penaja bersama, Kinohimitsu Malaysia dan WonderDewi by WonderLab.

Pentas akhir Dewi Remaja 2022 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama rakan penyiar Astro ini telah dihoskan oleh Fikry Ibrahim.

Juaranya, Tracie Sinidol yang berasal dari Sabah akhirnya dipilih sebagai penerus legasi gelaran juara Dewi Remaja yang telah melahirkan ramai selebriti wanita berbakat antaranya Tengku Anis, Aleeza Kassim, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Scha Alyahya, Neelofa, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan ramai lagi.

BACA : Tracie Sinidol Dinobatkan Sebagai Dewi Remaja 2022

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana