Foto: Kaleena Sampley

Majlis konvokesyen merupakan satu momen indah buat pelajar kerana setelah berhempas pulas menamatkan pengajian, inilah masanya untuk mereka meraikan kejayaan selepas beberapa tahun menyambung pelajaran.

Bagi Dr Kaleena Bulan Michael, beliau memilih untuk memperagakan pakaian tradisional Orang Ulu sewaktu menghadiri majlis konvokesyen di University of Glasgow, Scotland. Kaleena menamatkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Kajian Klinikal dan Pembedahan Sains Optometri ingin berkongsi keunikan pakaian tradisi kaumnya itu di Eropah kerana mahu mempamerkan tradisi dan kebudayaan Sarawak di luar negara.

 

Bangga Jadi Anak Sarawak, Hadir Majlis Konvo Di Luar Negara Dengan Busana Orang Ulu
Foto: Kaleena Sampley
Bangga Jadi Anak Sarawak, Hadir Majlis Konvo Di Luar Negara Dengan Busana Orang Ulu
Foto: Kaleena Sampley

Anak kelahiran Miri, Sarawak ini sebelumnya pernah berpakaian tradisional ketika dua majlis konvokesyen yang terdahulu. Dia mengenakan busana Pata ketika menerima Ijazah Sarjana Muda (Perubatan dan Pembedahan) di University of Dundee pada 2008, manakala sewaktu menamatkan Ijazah Sarjana di Kolej Oftalmologi Diraja London pada 2018, Kaleena mengenakan Tapong Laka’ Anyam sehingga diberi gelaran ‘Pocahontas’ oleh pensyarah dan rakan-rakan.

BACA: Gadis Sabah ‘Angkat’ Etnik Murut Nabai, Berbusana Tradisional Terima Ijazah Sarjana Di UK

Ramai yang tertarik melihat wanita ini menggayakan pakaian tradisional Sarawak, gabungan Kenyah dan Lun Bawang. Dia sering menjadi perhatian sehingga ada yang ingin bergambar kerana ibu dan ayahnya juga mengenakan pakaian tradisional Orang Ulu itu.

Ads
Bangga Jadi Anak Sarawak, Hadir Majlis Konvo Di Luar Negara Dengan Busana Orang Ulu
Foto: Kaleena Sampley

Kaleena yang kini sudah bergelar doktor mata turut memberikan nasihat kepada orang Sarawak, terutamanya masyarakat Orang Ulu dan Dayak supaya tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian.

“Ada ketika kita tersadung dan terjatuh, namun ada harinya kita dapat berlari dan mengejar impian,” katanya.

BACA: #GirlPower: Tamat Pengajian Di Universiti Stanford. Maudy Ayunda Cantik Berkebaya Merah Ketika Majlis Konvokesyen

Ads
Bangga Jadi Anak Sarawak, Hadir Majlis Konvo Di Luar Negara Dengan Busana Orang Ulu
Foto: Kaleena Sampley

Oleh yang demikian, amat penting untuk kita mencari rakan yang baik dan menerima sokongan daripada ahli keluarga kerana tanpa mereka kita tidak akan pergi jauh.

Diharap dengan kejayaan yang dikecapi Dr Kaleena Bulan Michael ini dapat menyuntik semangat lebih ramai anak muda khususnya yang berada di luar bandar untuk mengejar impian mereka. Tidak ada yang mustahil sekiranya kita berusaha gigih.

Betul tak?

Ads

Sumber: (1), (2)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI