Pelakon jelita dari negara seberang, Raline Shah tampil berbeza di karpet merah pada temasya Festival Filem Cannes di Paris hujung minggu lalu. Raline Shah kelihatan begitu cantik dan anggun dengan kebaya rona biru.
Pelakon filem hit Surga Yang Tak Dirindukan itu yang dipilih mewakili jenama barang kemas Chopard dan Bvlgari itu sekaligus berjaya menarik perhatian dengan mengenakan kebaya biru digabungkan dengan kain batiknya.
Penampilannya jelas berbeza berbanding para selebriti hadir yang lain kerana memakai pakaian tradisional.
Menjengah menerusi perkongsian di Instagram miiknya, dia menzahirkan rasa bangga apabila mengenakan kebaya dan berkain batik di acara antarabangsa tersebut.
Ads
“Bangga apabila dapat menghadiri #festivaldecannes dengan pakaian kebangsaan saya, iaitu kebaya.
“Felt so much joy to be able to bring a part of home with me. Bangga jadi perempuan Indonesia,” coretnya ringkas.
Ads
Lebih-lebih lagi, kebaya yang digayakan Raline nampaknya mempunyai makna yang mendalam. Ini didedahkan sendiri jenama fesyen, Maison Baaz Couture yang telah mereka bentuk kebaya tersebut.
Menerusi hantaran di Instagram @maisonbaazcouture, pihaknya berkongsi bahawa Raline ‘request’ bagi membuat kebaya moden untuk memperkenalkan budaya Indonesia.
Ads
Selain itu, rata-rata warganet turut memuji kecantikannya apabila mengenakan pakaian kebangsaan pada majlis berprestij ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Itulah pandangan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan isteri tercinta yang juga model terkenal, Hailey Bieber mengenai ibadah puasa.
Penyanyi lagu popular Love Yourself dan isterinya menerima kritikan hebat daripada warganet apabila melontarkan pandangan yang kurang bijak mengenai bulan Ramadan yang sedang dijalani oleh seluruh umat islam di dunia, pada waktu ini.
Justin berpendapat bahawa dia perlu berfikir dengan teliti sebelum memutuskan untuk tidak makan atau minum sepanjang hari kerana dirinya tidak pernah berpuasa.
“Saya perlu fikirkannya terlebih dahulu dengan mendalam sebab saya tidak pernah melakukannya. Saya rasa badan saya perlukan nutrisi untuk berfikiran dengan betul,” katanya,” tuturnya.
Di samping itu, isterinya pula menyelar amalan puasa di bulan Ramadan seolah-olah tidak masuk akal. Baginya, dia percaya terdapat banyak cara lain untuk berpuasa seperti berhenti menonton televisyen dan berhenti bermain telefon pintar, namun berpuasa tanpa makan tidak masuk akal.
“Puasa bagi saya tidak masuk akal. Kalau berpuasa televisyen atau telefon bimbit itu saya percaya.
“Tapi kalau berpuasa makanan itu tidak masuk akal. Tapi kalau berpuasa gula-gula atau gula minuman itu mungkin sesuai untuk saya,” ujar model itu.
Difahamkan, Justin dan Hailey berkata demikian semasa melakukan sesi siaran langsung (live) di Instagram, dan akaun TikTok bernama Insertlive memuat naik semula potongan klip dari video live tersebut.
Disebabkan kekurangan pengetahuan pasangan itu mengenai Ramadan, peminat menggesa mereka untuk mempelajari serba sedikit tentang ibadah puasa serta menghormati bulan mulia ini.
“Nampaknya pasangan ini memang secocok sebab sama-sama kurang bijak,” kata salah seorang peminat.
“Tolong didik diri Justin dan Hailey. Berfikir dengan baik dan cari ilmu mengenai puasa, ujar peminat lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hari ini, umat Islam menyambut Awal Muharram atau disebut juga sebagai Maal Hijrah iaitu permulaan tahun baru 1440 H. Jika kita memikirkan Awal Muharram adalah sekadar hari cuti biasa yang bersambung sehingga esok, sebenarnya ada sesuatu yang lebih daripada itu.
Awal Muharram adalah hari penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Banyak kejadian-kejadian penting terjadi dalam bulan Muharram ini termasuklah Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah). Jika di zaman sekolah dahulu, kita diajar bahawa segala buka-buku amalan iaitu dosa dan pahala yang kita lakukan selama setahun diangkat ke langit untuk disimpan sebelum dibuka semula pada hari akhirat. Waallahualam.
Ada sesuatu yang harus kita fahami iaitu selepas masuk Asar, kita disarankan membawa doa akhir Tahun dan kemudian amalan ini disambung selepas Maghrib iaitu membaca doa Awal tahun. Semoga segala amalan kita dipermudahkan oleh Allah Taala.
Ini doa akhir tahun. Doa akhir tahun Hijrah ini perlu dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar). Doa ini dibaca sebanyak tiga kali.
Barang siapa yang yang membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut, maka mengeluhlah syaitan kerana usahanya selama setahun menggoda anak Adam sia-sia. Malah Allah mengampuni dosa setahun lalu dilakukannya..
Ini pula doa akhir tahun dibaca selepas Maghrib. Juga dibaca sebanyak tiga kali. Jika dibaca bahawasanya Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memelihara dari fitnah syaitan.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan berkat dalam semua kehidupan yang kita lalui dalam kehidupan seharian.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama pempengaruh masakan, Khairul Aming dan bulan Ramadan memang tidak boleh dipisahkan.
Saban tahun, ramai pengikut jejaka berusia 29 tahun ini yang tidak sabar menantikan resepi mudah (tetapi dijamin sedap!) baharu yang akan dikongsikan oleh Khairul Aming menerusi projek “30 Hari, 30 Resepi”-nya sepanjang bulan mulia ini.
Menariknya pada tahun 2022, semakin ramai terinspirasi dengan caranya itu dan mereka turut muncul dengan perkongsian resepi pada bulan ini. Cuma malangnya, inisiatif pempengaruh masakan ini tidak begitu disenangi oleh sebilangan warganet yang menggelar mereka sebagai ‘peniru’.
Minggu lalu, Khairul Aming terpanggil untuk memberi pendapatnya mengenai tohmahan warganet di gelanggang Twitter. Baginya, konsep ‘the more the merrier’ perlu dipupuk dalam industri penciptaan kandungan digital di Malaysia.
“Kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ini. Negara jiran pun dah ramai maju ke depan dengan content hebat-hebat. Aku harap dah tak berbangkit isu iini dan kita semua enjoy dan appreciate content setiap orang,” catatnya.
Khairul Aming
Begitupun, tidak semua warganet sama pandangannya dengan Khairul Aming. Terbaru, cef cilik lagi berbakat, Danish Harrazmenjadi mangsa keadaan apabila dia dituduh meniru kandungan Khairul Aming oleh seorang warganet tidak bertauliah.
Dik, dah nama pun cef yang memasak. Memanglah seakan sama!
Khairul Aming pantas menempelak semula komen tersebut dengan nada kecewa dan berkata, “Mulut macam inilah yang rosakkan habis vibe puasa tahun ini. Sebelum ini enjoy buat video puasa, tahun ini habis jadi toxic di Twitter. Lepas itu, habis jadi gaduh semua orang. Please lah stop.”
*
Bagi Danish yang aktif memuat naik resepi baharu walaupun sedang bersekolah, dia turut sedih memikirkan sentimen negatif yang dimainkan sesetengah warganet.
“Kasihan Abang Khairul Aming. Dia tak buat salah apa-apa tetapi dia yang kena tempiasnya.”
Danish Harraz
“Hope kita semua boleh kembali seperti sebelum-sebelum ini. Raikan setiap perkongsian dan apa saja content tak kira dari siapa dengan pandangan positif dan membina. Semua tahu bukan senang untuk buat content. Video masak 1-2 minit itu ambil masa berjam-jam untuk shoot.
“Belum lagi preparation, mengemas dan editing; kerana itu siapa saja akan down bila diperlekehkan,” catatnya sambil menghargai segala bentuk sokongan dan pendapat yang diterimanya selaman ini.
Kasihan Abang Khairul Aming. Dia tak buat salah apa-apa tetapi dia yang kena tempiasnya.
Tinjauan REMAJA ke ruangan komen berharap agar Danish memekakkan saja telinga apabila muncul komen-komen negatif di media sosial.
Kata @amalinaseroun, “It is okay Danish, keep moving forward. Kakak follow kedua-dua Khairul Aming dan Danish sejak awal dan korang memang ada content tersendiri. Tak ada siapa yang tiru siapa.”
@deedeee97 pula telah lama mengikuti Danish dan berkata, “Resepi cookies Danish sangat lah membantu bulan puasa macam ini. Thank you Danish for all your hardwork and recipes ya.”
Buat @shafinahmj pula, Danish memperagakan minda yang lebih matang daripada sesetengah warganet dewasa yang kerjanya hanya untuk menghentam semberono.
Benar, ada gula adalah semut. Hakikatnya, dunia penciptaan kandungan digital di Malaysia ini kecil sahaja. Jangan disebabkan minoriti warganet berfikiran cetek lagi sempit, kelompok kreatif ini hilang rasa ghairah untuk mencipta kandungan baru bagi tontonan korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...