Keberadaan pelakon yang semakin meningkat naik, Siti Khadijah Halim dan rakan pelakon lain seperti Ikmal Amry, Sophie Koshka dan Fimie Don di Saga, Jepun untuk menjalani penggambaran naskhah baharu terbitan VIU Malayisa, ‘From Saga With Love’ telah mendapat tumpuan media dari Jepun.
Menerusi hantaran di Instagram Siti dan akaun produksi Red Comms Films, mereka berkongsi detik membanggakan apabila pasukan produksi tersebut disambut oleh Gabenor daerah Saga sendiri, Mr. Yamaguchi Yoshinori sebagai tanda penghargaan kerana mempromosikan lokasi luar bandar itu menerusi naskhah tempatan.
Pada kesempatan itu, Siti mewakili rakan pelakon ‘From Saga With Love’ telah ditemu bual oleh petugas media Jepun bagi paparan segmen berita di sana.
“Saya berharap menerusi naskhah ini, ia dapat menemui penonton di negara-negara luar dari Jepun yang mempunyai platform penstriman VIU termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand misalnya.
Ads
“Moga-moga mereka berminat untuk melawat Saga, Jepun untuk mendalami budayanya dan menikmati kecantikannya,” ujar Siti yang manis menyarungkan busana kurung moden merah jambu rekaan Rizman Ruzaini pada acara tersebut.
Turut ditemubual oleh pemberita di sana ialah pengarah naskhah From Saga With Love, Umie Salwana Omar.
Ads
Tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati rakan-rakan selebriti Malaysia turut berbangga apabila melihat Siti dan para pelakon lain mendapat peluang untuk secara tidak langsung mewakili Malaysia di kaca televisyen Jepun.
Penggambaran ‘From Saga With Love’ dijadualkan bermula pada hari ini bersama empat orang pelakon utamanya itu.
Hhm, agaknya bagaimana jalan cerita nashkah bagi Viu Malaysia itu ya? Tak sabar nak menonton!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar bapa hampir dua tahun lalu, penyanyi popular Yonnyboii mengakui dia kini lebih banyak bekerja di belakang tabir demi memberi tumpuan kepada anak tercinta.
Ketika ditemui REMAJA pada sesi sidang media Latihan Pestapora di The Campus, Ampang, Yonnyboii berkongsi bagaimana keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada keluarga, terutamanya anak lelakinya yang kini berusia setahun sembilan bulan.
“Selama setahun lebih ini, saya banyak memberikan fokus kepada anak saya.
“Dan dalam masa empat tahun, saya nak berikan fokus yang lebih kepada anak berbanding karier tapi tak bermakna saya akan tinggalkan kerjaya saya.
“Kalau sekarang dia dah besar sikit, adalah juga sedikit masa untuk saya berkarya. Pada saya buat masa ini saya nak ada lebih banyak masa bersama dengan dia sebab masa depan mungkin saya tak ada banyak masa sangat dengan dia. Orang kata momen beginilah yang kita sebagai ayah akan rindu,” katanya.
Pelantun lagu Salahku itu turut mengakui bahawa menjadi seorang ayah merupakan pengalaman yang benar-benar baharu baginya, namun tetap menyeronokkan dengan adanya sokongan daripada isteri dan ibu mentuanya.
“Ini satu pengalaman yang baharu buat saya walaupun sibuk semua benda disenangkan.
“Ianya menyeronokkan dan saya harap dapat tengok anak saya membesar dengan baik.
Walaupun sibuk saya ada isteri dan mak mentua yang banyak membantu saya,” ujarnya.
Apabila ditanya tentang penjagaan anak, Yonnyboii turut berkongsi bahawa dia dan isteri tidak menggunakan khidmat pengasuh memandangkan mereka lebih selesa menjaga anak sendiri.
“Kalau ada ‘show’ di luar saya akan bawa anak juga sebab saya dan isteri kurang sikit percayakan orang luar. Kami pun memang tak ada pengasuh, semuanya kami lakukan sendiri.
“Sebab banyak sangat isu yang tular macam kes culik, kes pukul dan kes orang yang jaga tak betul. Kalau sibuk macam mana pun, kami akan cuba juga untuk jaga anak sendiri,” jelasnya lagi.
Untuk info, Yonnyboii mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira Narriman pada 20 November 2021 selepas sebulan bertunang. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Naskhah fenomena, Projek: High Council sememangnya menaikkan nama bakat baharu seorang ini. Amir Ahnaf, dengan cemerlang membawa watak Kapla menerusi drama berkenaan sekaligus dikenali ramai pada masa ini.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah peserta Hero Remaja 2021 ini juga mempunyai suara yang ‘merdu’ dalam mengalunkan bacaan surah.
Terbaharu, Amir Ahnaf sekali lagi meraih tumpuan warganet apabila klip videonya menghafaz dan melantunkan Ayatul Kursi tular di aplikasi TikTok.
Menerusi sebuah video berdurasi seminit yang dimuat naik seorang pengguna (@areafullsun), jejaka berusia 23 tahun itu kelihatan khusyuk sambil memejamkan mata ketika membaca Ayatul Kursi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji suara pelakon itu yang sangat merdu tatkala mengaji dan membaca surah selain ada yang berseloroh menyifatkan Amir sebagai calon suami yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
“Bakal suami siapalah ini, setiap malam sebelum tidur kena dodoi dengan suara ini, solat suara ini, nyanyi suara ini, I cannot lah melting,” komen seorang pengguna.
“MasyaAllah, merdunya suara cinta hati saya,” pujian pengguna lain.
“Ini baru betul… bila bercakap macam suara Kahar Kapla… sekali mengaji macam imam Masjid Nabawi,” komen peminatnya lain.
Sehingga kini, hantaran klip video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan 177,500 tanda suka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fenomena gerhana matahari separa sedang berlaku pada waktu ini di kawasan tertentu sekitar Malaysia.
Dalam pada semua orang teruja berdiri di luar bangunan untuk menyaksikan kejadian yang Gerhana Anulus ini dengan mata sendiri, jangan dilupa pula tuntutan sunat Muakkad. Islam menyarankan agar kita menunaikan solat sunat gerhana sempena gerhana matahari separa seperti yang berlaku pada hari ini.
Di masjid dan surau seluruh negara, kebanyakan daripada mereka telah melakukannya secara berjemaat selepas solat Zuhur sebentar tadi.
Bagi korang yang tak sempat untuk menyertai mereka, jangan risau kerana korang masih boleh bersolat sunat gerhana sepanjang masa ia berlaku.
Menurut kenyataan Planetarium Negara, gerhana matahari separa telah bermula sejak 11.26 pagi tadi. Ia kemudian bersambung dari 1.23 tengah hari dan dijangka selesai pada jam 3.17 petang ini. Jadi korang masih ada masa untuk menunaikannya.
Niat solat sunat gerhana matahari ialah, "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala". Cara paling ringkas untuk menunaikan solat sunat gerhana adalah seperti solat sunat Zuhur.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal dan anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT, Taeyong baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya meraih kenaikan pangkat daripada koperal kepada sarjan dalam...