Penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil, Zubir Khan berkongsi kisah di mana dia pernah menangis teruk kerana sukar mendapat kerja disebabkan kekurangan dirinya yang tidak mempunyai tangan kiri akibat termasuk ke dalam mesin kek sewaktu berumur empat tahun.
Zubir atau nama penuh Muhammad Zubir Mohamad Ali berkata, dia juga mahu bekerja dan berdikari selepas selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana berhasrat untuk memberi wang kepada ibu bapanya hasil daripada titik peluh sendiri.
“Selepas SPM, walaupun saya anak bongsu yang manja, namun ibu bapa dan keluarga tak pernah paksa saya untuk belajar atau bekerja. Mereka beri kelonggaran untuk saya melakukan apa yang disukai dan saya rasa sangat okay”
“Saya juga tertarik dan berniat nak bagi duit kepada ibu bapa. Tak kisahlah sama ada keluarga kita ada bisnes ke apa, tapi saya nak bagi ibu bapa duit daripada hasil titik peluh sendiri”
“Jadi, saya pergi minta kerja dan mereka kata saya tak ada tangan. Kalau barang itu jatuh, siapa nak bayar. Mereka macam kutuk saya. Apabila balik rumah, saya menangis dan minta doa kepada Allah untuk diberi jalan keluar,” katanya
Pelantun Yennode Macha yang ditemui Harian Metro berkata, dia bersyukur apabila seorang sahabat yang berbangsa India datang berjumpa dan kerap memberikan semangat kepadanya supaya tidak bersedih.
Ads
“Kawan saya cakap jangan terus bersedih sebab tiada kerja sebab kamu boleh nyanyi. Cubalah menyanyi dan ‘post’ di TikTok ke, YouTube, mana tahu orang suka. Rakan itu beri saya jalan dan saya buat”
“Suatu hari, saya viral di Facebook sebab ada repost video saya dari TikTok. Jadi, saya fikir itu ‘jalan keluar’ yang Allah beri, di mana kejayaan saya dalam industri lagu. Ini seni awak dan pergilah dalam bidang itu”
Sejak itu, Zubir tidak melepaskan peluang dan terus berusaha sehingga namanya diakui oleh dalam industri muzik.
Dalam pada itu, Zubir juga turut berkongsi kisah bagaimana dia reda dengan takdir hidupnya dan sekaligus tidak berasa kekurangan tangan itu menghalang dirinya bangkit untuk meraih kejayaan seperti hari ini.
Ads
“20 tahun lepas, ketika umur empat tahun, tangan saya masuk dalam mesin kek. Ayah saya ada kilang roti dan tangan saya masuk mesin kek. Saya degil masa itu, nangis-nagis nak ikut ayah dan akhirnya ayah terpaksalah bawa saya (ke kilang). Saya main-main dan saya masuk tangan dalam mesin (kek)”
Kejayaan Zubir pada hari ini membuktikan walaupun tiada sebelah tangan, tidak bermakna individu sepertinya tidak boleh menunggang motosikal dan memandu kereta atau melakukan apa saja yang orang lain pandang rendah terhadap dirinya.
Ads
Sehingga kini, Zubir telah menghasilkan tujuh lagu Tamil ciptaan dan lirik ditulisnya sendiri sejak 2019, Zubir berkata, kunci kejayaannya kini adalah dia tidak malu belajar dan suka mempelbagaikan kemahiran bahasa.
Antara lagu Zubir Khan yang popular di YouTube adalah seperti Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha dan terbaharu, OMK (Oh My Khadhale) duet bersama Ezra Kairo.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cukup dua minggu selepas selamat melahirnya cahaya mata sulung mereka, pelakon dan pengacara Nurulain Binti Edruce atau Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa akhirnya berkongsi wajah serta nama bayinya.
Menerusi video baharu yang dimuat naik oleh Ain semalam, mereka telah menamakan bayi perempuan mereka Soraya. Yes, just Soraya.
Ain dan Amirul memilih untuk kekal dengan sepatah saja memandangkan nama Amirul agak panjang.
“Nama bayi kami ialah Soraya Binti Muhammad Amiful Hafiz. Soraya bermaksud ‘Cantik’.
“Kami memanggilnya Soraya kerana kami tentulah merasakan dia cantik.”
Selama tempoh berpantang setakat ini, Ain akui ramai pihak yang ingin melihat foto Soraya. Namun, Ain rasakan masih terlalu awal untuk tunjuk pada waktu itu.
“Kawan Ain pun (saya) tidak tunjuk. Tapi sekarang setelah memasuki berbelas hari, Ain ingin kongsikan dengan semua punca kegembiraan kami (iaitu) our little junior munchkin. Our little Soraya.”
Tambah Ain, mereka harapkan agar Soraya menjadi seorang anak yang baik dan dapat menceriakan hari-hari ibu bapanya itu. “Mommy tak kisah nak buat TikTok bersama-sama, mommy on saja. Nak buat dance move ke, mommy okay saja,” selorohnya.
Selain daripada menjawab soalan-soalan cepumas dari para peminat mereka, pasangan tersebut juga menyelitkan momen-momen menarik semasa Ain berada di dalam bilik bersalin dan wad hospital.
Ain memilih cara bersalin secara normal namun memanggil epidural untuk menenangkan diri serta tekanan yang dihadapinya. Baginya, kegusaran wanita mengenai kesan sampingan pengambilan epidural seperti sakit tulang belakang pada masa akan datang tidak harus ada kerana proses yang dilaluinya cukup lancar.
“Ain pun ada bertanya kepada ibu-ibu lain dan mereka juga katakan tiada apa-apa kesan. Sebab (pengambilan epidural) itulah, Ain sangat tenang dan enjoy proses bersalin itu. Tidak kelam kabut pun semasa bersalin.”
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada pasangan sama comel, sama padan ini!
Tonton video penuh perkongsian Ain dan Amirul di bawah:
Siapa saja yang belum pernah mendengar lagu Someone You Loved?
Hampir setiap hari lagu tersebut dimainkan di radio. Malah penyanyi dan penulis lirik lagu tersebut, Lewis Capaldi juga tidak menjangka lagu tersebut akan melonjak namanya naik sepantas ini.
Namun itu bukanlah tiket untuknya berlagak ‘diva’ dan dihanyut populariti.
“Saya tidaklah sepopular Ed Sheeran atau Justin Bieber. Apa yang berlaku pada saya sekarang adalah saya lebih dikenali berbanding dahulu. Terapi saya masih diri saya yang dulu.
“Populariti ini bagi saya boleh menimbulkan masalah jika seseorang penyanyi itu hanya fokus padanya. Populariti boleh menjadi sesuatu yang berbahaya.
“Jadi saya tidak terlalu memikirkannya kerana ia (populariti) ada pasang surutbya. Masih sukar untuk mempercayai penerimaan luar biasa pendengar terhadap album pertama saya,” katanya di sidang media sebelum konsert pertamanya dilangsungkan pada jam 9.00 malam ini di KL Live.
Penyanyi Scotland berusia 23 tahun itu juga tidak sabar untuk menantikan pengalaman pertamanya bersama peminat di Malaysia setelah di menjayakan konsert jelajah di Hong Kong, Singapura, Jepun dan beberapa lagi destinasi lain.
*
Bagi korang yang masih tercari-cari destinasi konsert sepanjang tahun 2020, mungkin kami ada cadangannya.
Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para Once, peminat memberikan sokongan mereka melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon
Kurang dari setahun yang lalu, ahli kumpulan K-pop TWICE iaitu Jeongyeon pernah dilaporkan berdepan serangan panik dan ‘psychological anxiety’. Disebabkan oleh keadaan yang berlaku pada Oktober 2020 itu, penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti bersama TWICE demi memulihkan kesihatan mentalnya.
Malangnya, Jeongyeon tidak terlibat dalam sesi promosi album kedua kumpulannya berjudul Eyes Wide Open. Hanya tiga bulan kemudian, dia kembali menyertai ahli TWICE lain sempena acara Seoul Music Awards ke-30 pada Januari tahun ini.
Malang sekali apabila syarikat label kepada TWICE iaitu JYP Entertainment berkongsi pada 18 Ogos 2021 bahawa Jeongyeon disahkan berdepan semula serangan panik dan ‘psychological anxiety’ yang sama. Oleh yang demikian, dia dijangka akan berehat bermula minggu ini hinggalah waktu yang ditentukan nanti.
“Jeongyeon sekarang sedang berdepan serangan panik dan psychological anxiety. Walaupun Jeongyeon semakin pulih selari dengan jadual (bersama TWICE) dengan mengambil tindakan pemulihan, kami mementingkan kesihatan artis kami sebagai isu yang lebih utama.
“Oleh itu, setelah perbincangan dalaman dilakukan dan disertai langkah-langkah perubatan profesional, kami memutuskan agar Jeongyeon tempoh masa mencukupi untuk berehat dan pulih semula.
“Setelah berbincang dengan Jeongyeon sendiri dan ahli-ahli TWICE lain, kami ingin memaklumkan bahawa Jeongyeon tidak dapat menyertai aktiviti TWICE buat sementara waktu ini. Sebaagi syarikat label artis tersebut, kami akan menyediakan prosedur terbaik untuk Jeongyeon pulih dalam tempoh waktu mencukupi.
“Dengan itu, kami memohon agar anda semua teruskan memberi sokongan kepadanya,” catat mereka.
Untuk pengetahuan, Jeongyeon bukanlah ahli pertama yang berdepan isu kesihatan mental kebelakangan ini.
Sekitar pertengahan tahu 2019, seorang lagi ahli TWICE iaitu Mina juga tidak muncul semasa konsert jelajah dunia TWICELIGHTS berikutan isu yang sama dan disebabkan rasa tidak yakin melakukan persembahan di atas pentas. Hampir enam bulan juga Mina tidak muncul bersama kumpulannya di lokasi terbuka (tidak termasuk penggambaran dan rakaman).
Nampaknya, bukan kita saja yang berdepan serangan panik dan anxiety. Kumpulan sepopular TWICE juga memahami apa yang kita lalui. Malah, ia juga boleh berlaku berulang kali walaupun telah mendapatkan rawatan dan kaunseling sebelum ini.
Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para ONCE (peminat TWICE), mereta telah memberikan sokongan melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi cara menenangkan diri sebagaimana yang pernah ditunjukkan dalam drama Korea popular, It’s Okay Not To Be Okay.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...