Bangkok Dibuka Kepada Individu Lengkap Dos Vaksinasi Pada 1 Oktober

Share

Nampaknya negara jiran kita, Thailand terus memberi kelonggaran kepada masyarakat awam untuk berkunjung ke negara mereka, selepas merancang membuka semula Bangkok kepada pengunjung yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.

Industri pelancongan antara penyumbang pendapatan terbesar buat negara itu, maka dengan sekatan perjalanan yang dikenakan sepanjang tempoh pandemik ini, ia telah memburukkan keadaan ekonomi Thailand.

Foto: Tom Bixler

Justeru itu, dengan pembukaan semula Bangkok ini, ia sebagai salah satu usaha yang diambil oleh kerajaan bagi menyelamatkan industri pelancongan mereka yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Menurut Astro Awani, pihak berkuasa pelancongan Thailand memaklumkan, bermula 1 Oktober depan, penggembara asing yang sudah menerima dos lengkap COVID-19 dibenarkan melawat Bangkok dan empat daerah lain tanpa perlu dikuarantin selama dua minggu di hotel.

Foto: Florian Wehde

Selain itu, lima kawasan termasuk Wilayah Chiang Mai, Chon Buri, Phetchaburi dan Prachuap Khiri Khan dijangka mengikuti model sandbox, yang dilaksanakan di Phuket sejak Julai lalu.

Jika di luar negara kebanyakkannya sudah membuka sempadan negara buat pelancong luar, tetapi rakyat Malaysia masih menantikan untuk diberi kelonggaran merentas negeri. Dengarnya keputusan bakal diumumkan minggu ini. Sama-sama kita nantikan..

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman