Awas jika bangun dari tidur dan terasa belakang badan terlalu sakit. Jika kita sangkakan itu lenguh-lenguh badan dan hal biasa sahaja tetapi jangan tak tahu, tanda sakit belakang awal dialaminya sebahagian tanda “kelumpuhan” sedang berlaku.
Pada awalnya, dia menyangka sakit dialami kerana terlalu penat dan bekerja keras tetapi tanpa diduga, beberapa minit selepas dia meminta isterinya memicit bahagian yang sakit, dia terus jatuh pengsan.
Bila dibawa ke unit kecemasan hospital, doktor memaklumkan, dia baru terkena “strok” sebelah badan. Tubuhnya lumpuh sebelah. Malangnya, pembuluh darahnya sudah banyak pecah dan bahagian otaknya juga sudah terjejas hingga darah beku terbentuk di kepala. Hal ini memaksa doktor membuat satu keputusan untuk membuang sebahagian tempurung kepalanya demi menyelamatkan nyawanya dari terancam.
Inilah pengalaman yang dilalui oleh Rosley Mustapha, 50 yang dahulunya adalah seorang chef dan pakar dalam ukiran hiasan buah-buahan. Kerjanya memang banyak, tambah jika ada majlis diadakan di hotel tempatnya bekerja.
Hari ini, sudah berbulan dia hidup tanpa tempurung kepala. Masa yang sama, otaknya masih bengkak sehingga membuat dia hanya mampu terbaring kaku di katil rumahnya.
“Abang tak ada tempurung kepala. Sebelah kanan sudah dipotong separuh ketika otaknya bengkak. Doktor memberi dua pilihan, potong atau membahayakan nyawa. Saya lebih fikirkan nyawa dan terus bersetuju!
“Sejak dari pembedahan, abang terus terlantar di katil kerana keadaannya belum lagi menunjukkan tanda-tanda pulih. Ditambah lagi separuh dari tubuhnya lumpuh. Sayalah yang bantu dia mandi, suapkan makanan dan sebelum ini menjaganya berbulan-bulan di hospital.
Ads
Kata Azlina Mohd Azraai yang juga isteri Rosley, di awal pembedahan dahulu, sebaik tempurung kepala suaminya dibuang secara tidak langsung otaknya akan mula mengecut tetapi timbul pula risiko lain kerana otaknya masih lagi membengkak. Sebab itulah boleh nampak bahagian otak kirinya membonjol berbanding sebelah,” katanya memaklumkan suaminya sudah berbulan terlantar selepas diserang strok ketika bangun awal pagi untuk ke tempat kerja.
Bercerita lebih lanjut, kata Azlina, disebabkan otak masih membengkak, doktor mencadangkan satu pembedahan lain iaitu memasang sejenis tiub untuk mengeluarkan air yang terkumpul di kepala selain memasang implant bagi membolehkan tempurung kepalanya bulut kembali,” katanya sambil menunjukkan lekuk dalam di kepala suaminya. Jelas dari hadapan, otak sebelah kiri masih lagi bengkak dan perlu dibedah dengan segera.
Ads
“Pihak hospital minta bayaran RM10,000 tapi sejak abang tidak lagi bekerja empat bulan lalu, kami memang tak ada sumber pendapatan tetap. Buat masa ini abang masih menerima gaji dari majikan tetapi hujung lalui adalah yang terakhir kerana sudah lebih tiga bulan begini,’ katanya yang hanya seorang suri rumah sahaja.
Strok dan bengkak otak yang dialami oleh suaminya akui Azlina menyukarkan dia untuk keluar bekerja bagi membantu meringankan beban kewangan namun jika dia keluar, suaminya akan tinggal seorang diri di rumah dan situasi itu dijangka lebih membahayakan,’ katanya memaklumkan, dia tidak pasti adakah majikan suaminya sudah menghantar borang tuntutan cuti sakit ke Sosco kerana sebelum ini setahunya belum lagi dihantar.
Ads
Dalam pada itu, Azlina akui dari hari ke hari, dia semakin susah hati kerana doktor mahu menyegerakan pembedahan tersebut namun dia sendiri tiada pilihan kerana kewangannya begitu terhad.
‘Saya banyak bergantung kepada pendapatan anak sulung, Ros Ameera Aryani, 21 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai. Sementara anak bongsunya, Ros Aleeya Aryani pula masih bersekolah menengah,” katanya yang merayu bantuan kewangan dari orang ramai agar suaminya dapat menjalani pembedahan dengan kadar segera.
Dalam meringankan beban keluarga ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah ada memberikan sedikit sumbangan awal bernilai RM500 selain kerusi roda untuk keperluan Rosley.
Namun nilai RM10,000 itu cukup besar bagi Azlina dan dia mengharapkan adanya bantuan dari mereka yang bersimpati dengan penderitaan oleh suaminya. “Suami ada ketikanya menangis. Dia orang yang kuat bekerja tetapi strok ini membuatnya terlantar sejak berbulan lalu,” jelasnya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan kewangan boleh salurkan terus kepada Azlina dengan menghubunginya di talian 012-3228673 atau salur ke akaun Maybank atas nama Rosley Mustapha 11217414 9900.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau hendak diikutkan populariti drama tempatan yang tular di Malaysia pada tahun 2021 saja, drama Takdir Yang Tertulis (TYT) yang bersiaran di saluran TV3 selayaknya menduduki tangga tiga teratas buat masa ini.
Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan agak sukar untuk drama tempatan akan datang sepanjang tahun ini untuk mengatasi populariti drama arahan Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) ini sementelah saban malam ia menjadi topik trending pertama di Twitter tanpa gagal.
Rata-rata penonton tertarik dengan jalan ceritanya yang sentiasa membuatkan mereka tidak boleh duduk diam dan enggan terlepas satu episod pun. Jika tidak, memang tak faham lah jalan cerita episod akan datang. Hehe..
Episod terakhir drama TYT semalam tidak terkecuali daripada sekali lagi mengekalkan kedudukan pertama dalam carta trending. Ini berikutan pengakhirannya yang langsung tidak dijangkakan baik oleh penonton mahupun oleh pelakon utama drama itu sendiri! Ini kerana para pelakonnya sendiri tidak mengetahui langsung bagaimanakah ‘plot twist’ yang disimpan oleh Budak Ijat dan produksi.
Pelakon TYT, Alvin Chong (Ean) dan Elvina Mohamad (Ruhila) semalam masih sukar untuk menerima siapakah gerangan bapa Mika lakonan Isaac Iman. Adakah dia anak Ruhila bersama Ean ataupun Hakim (lakonan Muaz Fitri Maslan)??
“I stres, I tak boleh terima! Macam mana Ucheefukada, Rian semua boleh simpan rahsia ini selama beberapa bulan. Sepanjang penggambaran pun kami tidak tahu mereka sempat merakamkan babak akhir itu.
“Kami ingatkan ending sampai babak kami saja, sekali ada plot twist ya.
“Kami memang tak boleh nak tidur malam ini (semalam) sebab asyik fikir benda ini,” luah Elvina.
Alvin dan Elvina turut berseloroh bahawa mereka enggan lagi bercakap dengan Uchee buat masa ini kerana ‘tertipu’ dengan skrip drama TYT.
Penulis kira hanya Muaz Fitri, Budak Ijat, Uchee, jurukamera dan penyunting drama TYT saja yang tahu mengenai rancangan mereka itu. Selain mereka, semuanya clueless!
Lebih kelakar lagi, Alvin dan Elvina juga teringat bagaimana produksi telah’mempergunakan’ Juweta untuk mengelirukan semua orang di set. Juweta pernah berkata anak Ruhila itu bermata sepet dan mempunyai rupa paras ‘Chinese look’.
Apapun, penulis suka apabila semakin ramai pengarah di Malaysia yang berani untuk lari daripada jalan cerita drama Melayu klise. Barulah tergerak hati nak tonton setiap episod tanpa gagal, kan!
Namun, drama TYT bukanlah drama yang bebas daripada kontroversi. Ingat lagi tak babak kejar peragut?
Kisah keluarga DiRaja Britain sering kali mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia yang ingin mengetahui apa sahaja yang terjadi dalam keluarga besar ini.
Terbaharu, Putera Harry dan Meghan telah membenarkan perkongsian foto baharu anak kedua mereka, Lilibet Diana Mountbatten-Windsor yang meraikan ulang tahun pertama di Frogmore Cottage di Windsor, United Kingdom (UK), Sabtu lalu.
Walau bagaimana pun, bukan Duke and Duchess of Sussex yang berkongsi foto anak perempuan mereka itu, tetapi ia telah dikongsi oleh Misan Harriman, kawan rapat keluarga DiRaja itu yang memuat naik foto Lilibet di laman instagramnya ketika sambutan hari lahir yang pertama.
Lilibet Diana comel menggayakan gaun biru dengan cekak bunga yang dipakainya menarik perhatian ramai.
Menurut info, Duke and Duches of Sussex menganjurkan pesta kecil di Frogmore Cottage di Windsor untuk berkongsi detik istimewa ini bersama keluarga dan rakan rapat. Pasangan DiRaja itu juga sangat terharu dengan ucapan selamat ulang tahun buat anak perempuannya itu.
Parti itu turut dihadiri oleh beberapa sepupu Lilibet, iaitu anak Zara Tindall dan abangnya, Peter Phillips. Walau bagaimanapun, Putera George dan Puteri Charlotte tidak dapat hadir kerana bersama ibu bapa mereka di Cardiff yang menghadiri sebuah majlis rasmi.
Comel betul Lilibet Diana, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ya, wabak influzenza A kini semakin merebak ke seluruh negara.
Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.
Arah lakukan solat hajat
Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Shamsudin telah mengarahkan agar semua surau dan masjid kerajaan di negeri Johor melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan daripada virus Influenza A.
Dilakukan selepas solat Jumaat
Surat rasmi yang ditulis dalam tulisan jawi itu juga memberitahu bahawa solat hajat akan dilakukan pada esok hari iaitu selepas solat Jumaat diadakan.
Ramai yang beri sokongan
Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang dilakukan. Hal ini kerana dlam kegawatan menghalang virus tersebut daripada terus menular, doa memohon kesembuhan kepada Sang Pencipta adalah jalan yang paling utama untuk dilaksanakan.
Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.
Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.
Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.
Moga virus ini cepat hilang di negara kita. Take care guys!
Penyanyi versatil, Aisha Retno berharap isu yang melibatkan dirinya dengan pihak penganjur konsert dapat diselesaikan secara baik.Dalam temu bual bersama Remaja, Aisha juga menyatakan...