Bangun Seawal 5 Pagi Untuk Ulang Kaji, Pelajar Ini Terima Biasiswa Presiden Amerika Syarikat

Share

 

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Cita-cita yang tinggi pastinya akan menjadi milik mereka yang berhak.

Inilah yang terjadi kepada Faris Irwin Wald yang merupakan pelajar dari Sekolah Tinggi Santa Fe Kampus Selatan.

Dia yang baru sahaja menamatkan pembelajaran di peringkat menengah telah dianugerahkan Biasiswa Presiden Amerika Syarikat atas kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan kokurikulum.

Dia juga merupakan penerima gelaran ‘salutatorion’ dan diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis graduasi sekolahnya untuk edisi 2021.

Faris dicalonkan oleh pengetua sekolahnya, Carl Marano, atas ciri kualiti dan bakat yang dimiliki serta karakter yang menarik.

Bukan calang-calang orang boleh disenaraikan untuk Biasiswa Presiden. Untuk menerima biasiswa ini calon perlu menjalani proses permohonan yang sukar dan akan dipilih oleh Suruhanjaya White House berdasarkan kualiti seperti kejayaan akademik, penglibatan dalam masyarakat dan komitmen terhadap cita-cita tinggi.

Apa Rahsianya?

Menariknya, Faris yang berdarah Malaysia di sebelah ibunya memiliki satu rutin yang tidak banyak dilakukan oleh remaja-remaja lain. Ketika alam persekolahan, remaja berwawasan ini akan bangun pada jam 5 pagi setiap hari untuk melakukan ulang kaji sebelum ke kelas.

Merupakan bakal kadet dalam Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat, Faris juga mencipta nama apabila merangkul wang tunai bernilai US$25’000 dalam Eskpo Sains Broadcom MASTERS di Washington D.C. S

elain dari cemerlang dalam bidang akademik serta sains, remaja ini juga aktif dalam pasukan pancaragam sewaktu persekolahan.
Faris di sekolahnya. Sumber gambar: Santa Fe Reporter

Menceritakan detik apabila namanya tersenarai dalam penerima biasiswa presiden, Faris berkata, “Bila saya dapat tahu yang saya bakal menjadi penerima biasiswa Presiden, saya menjerit dengan begitu kut. Kuat sehinggakan ibu datang dan bertanya apa yang terjadi.”

Buat masa ini, dia merancang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan kimia di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat, West Point, New York.

Menurut Faris kepada wartawan Santa Fe New Mexican, “Ada sesuatu tentang graduan West Point, atau graduan Naval Academy atau graduan Akademi Tentera Udara yang menjadikan mereka menonjol antara yang terbaik. Pandangan berbeza pada mata adalah satu perkara yang saya juga mahu memilikinya. Itulah salah satu sebab saya memilih untuk ke West Point.”

***P/S – Tip belajar terlebih dahulu sebelum memasuki kelas mempersiapkan diri kita dengan lebih baik apabila guru mengajar. Ini satu langkah positif yang boleh para pelajar yang membaca artikel ini contohi.

Sumber: santafenewmexican.com

 

Published by
Fiezreen