Struktur bangunan sudah bertaraf kelas pertama tapi mentaliti minoriti masyarakat kita nampaknya masih bertaraf kelas ketiga.
Suatu ketika dahulu, masyarakat Malaysia cukup berbangga dengan menara berkembar Petronas aka Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia. Ketinggian KLCC bagaimanapun dipintas oleh beberapa menara baharu yang dibina selepas tahun 2000 seperti Burj Khalifa di Dubai dan Taipei 101 di Taiwan.
Kekaguman orang luar untuk melihat bangunan ikonik itu meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan popular di peringkat antarabangsa.
Terkini, Malaysia mula menjadi sebutan dengan kehadiran struktur Menara Merdeka 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada ketinggian 678.9 meter, ia sekaligus merupakan bangunan kedua tertinggi dunia buat masa ini selepas Burj Khalifa, Dubai.
Difahamkan, Menara Merdeka 118 kini sudahpun 85 peratus siap. Pemasangan lantai menara telah mencapai tingkat 118 manakala pemasangan panel kaca telah disiapkan hingga tingkat 114.
Gambaran artisGambaran sebenar Merdeka 118 setinggi 118 tingkat. Sumber Foto : The Star
Namun, perkhabaran yang baru diterima menerusi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Safwan Seth ini amat mendukacitakan.
Belum sampai dua minggu menara Merdeka 118 yang dibina dengan kos RM5 bilion ini dipasang, bahagian puncaknya sudahpun dicemari contengan tulisan yang mungkin dicat atau disembur pada bahagian strukturnya.
Antara nama yang jelas kelihatan adalah seperti ‘Raja’, ‘Syafiq’, ‘Johan’, ‘Kamal Survey’ dan bermacam-macam lagi.
Di mata dunia, Merdeka 118 gah dengan ketinggiannya. Malangnya, ia tidak terlepas daripada menjadi ‘mangsa’ vandalisme lantas membuatkan warganet Malaysia meluahkan geram di media sosial. Entah tangan siapalah yang ‘gatal’ menconteng mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur ini.
Di ruangan komen, ramai tampil mengecam perbuatan vandalisme terbabit dan menyalahkan individu yang menconteng namanya pada struktur tersebut.
Ads
*
Untuk pengetahuan, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB iaitu Ahmad Zulqarnain Onn pernah berkongsi fakta menarik mengenai puncak menara Merdeka 118. Ia berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan iaitu bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga.
Rekaannya pula amat menarik. Keseluruhan menara ini menggambarkan siluet Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman sewaktu Allahyarham mengangkat tangannya dan melaungkan “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957. Bahagian puncak menara atau ‘spire’ yang menjadi mangsa vandalisme ini melambangkan tangan beliau.
Nama Merdeka 118 diambil daripada mercu tanda sejarah negara iaitu Stadium Merdeka kerana lokasinya yang terletak di hadapan kedua-dua mercu tanda itu. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat menara.
Diharap selepas Menara Merdeka 118 disiapkan sepenuhnya, kesan-kesan contengan itu dapatlah dihapuskan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini ramai yang tergila-gilakan minuman bubble tea, sampai ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman viral tersebut.
Kini, salah sebuah antara jenama bubble tea terkenal, The Alley telah pun melancarkan minuman tersebut dalam botol besar bersaiz 5 liter. Dijual dengan harga RM79 sebotol, korang juga berpeluang untuk menyertai cahabaran yang dianjurkan oleh mereka dan sebagai ganjaran, korang bakal memenangi 5 liter lagi minuman bubble tea favorite korang.
Cabaran pertama yang korang kena hadapi ialah tongue twister, baca ayat berbelit yang terdapat dimana-mana store mereka, dan dapatkan diskaun sebanyak 12% untuk minuman 5 liter tersebut.
Seterusnya, kongsikan gambar korang bersama minuman 5 liter itu di media sosial dan pemenang akan diberi hadiah berupa minuman 5 liter dengan percuma.
Lepas ni korang tak perlu lagi nak beratur panjang hari-hari sebab nak dapatkan bubble tea. Beli saja botol 5 liter tu buat stok untuk seminggu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan rekod apabila hanya dilaporkan mempunyai satu kes import sahaja. Namun begitu, rakyat diingatkan lagi supaya tidak berasa lega kerana jika kita tidak lebih berhati-hati, kemungkinan wabak ini akan terus menular.
Sumber: KKM
Dalam pada rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan gembira kerana melihat pengurangan kes hari demi hari, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam sidang media semalam bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan lebih 1,400 individu masih ingkar untuk menjalani saringan kedua COVID-19 setelah tamat tempoh kuarantin kendiri di rumah.
Gambar hiasan
Oleh yang demikian, pihak KKM menggesa individu yang tidak melakukan ujian saringan kedua ini untuk melakukannya segera. Semua daripada mereka telah diambil maklumat ketika mula mendaftar di hari pertama kuarantin.
Pihak KKM telah pun melaksanakan swab hari pertama dan pada hari ke-13 mereka patut menjalankan swab. Hari ke-14 mereka patut datang ke klinik tetapi sebaliknya tidak hadir.
Justeru itu, kami berharap agar individu-individu tersebut menjalankan tanggungjawab besar ini demi membantu petugas barisan hadapan menangani kes ini dengan segera. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga memudaratkan orang lain.
Masih berkisar tentang majlis konvokasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang viral semalam.
Sebagaimana kita tahu, Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti
Majlis Konvokesyen diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.
Lantas, keputusan untuk mengadakan majlis istiadat konvokesyen stail ‘temu janji’ yang dicadangkan UiTM untuk pelajar diploma dan ijazah itu ternyata menyaksikan ramai yang luah rasa sedih terutamanya para pelajar UiTm sendiri.
Rata-rata komen dan respon yang ditunjukkan diinstagram Majalah Remaja mendapati pelajar meluahkan rasa tidak setuju dengan keputusan majlis secara ‘green screen’ atau pun skrin hijau didalam studio.
Ini antara luahan rasa para pelajar UiTM:
Sebenarnya bukan saja-saja Uitm mengambil keputusan sebegini. Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencadangkan agar istiadat konvokesyen dijalankan menggunakan kaedah ‘green screen‘ ekoran wabak Covid-19 yang telah melanda dunia beberapa bulan yang lalu, semua negara kini mengamalkan langkah berjaga-jaga demi mengelak virus pandemik itu daripada terus merebak.
Namun ada juga yang menyokong tindakan murni Uitm ini:
Ala kalau jadi buat majlis konvo secara ‘green screen’ atau pun skrin hijau didalam studio ni tak dapat la nak feeling baling mortar..huhuhu
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...