
Kala ini negara Vietnam sedang berduka. Hujan lebat yang mencurah melebihi 2000 milimeter sejak 10 hari lalu menyaksikan beberapa tempat di negara tersebut di tenggelami air.
Dilaporkan, seramai 55 orang maut akibat dihanyutkan hujan deras, tujuh masih hilang dan lebih 332,700 ekor haiwan ternakan mati dalam banjir besar yang menyaksikan negara berkenaan lumpuh dan terputus hubungan bagi sesetengah kawasan.
Tidak hanya melibatkan nyawa orang awam, seramai 13 orang anggota penyelamat turut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh seperti dilaporkan di Wilayah Phong Dien, Thua Thien Hue ketika melakukan operasi menyelamat dilakukan.
Lapor agensi berita Xinhua, bencana alam yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam sejak 10 hari lalu dijangka berlarutan.Malah kebanyakan mangsa yang dihanyutkan arus deras datang dari Wilayah Quang Tri, Thua Thuen Hue dan Quang Nam.
Menurut Jawatankuasa Pemandu Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam pada Jumaat, kebanyakan kematian melibatkan daerah tersebut.
Tidak hanya orang ramai maut, lebih 135,700 rumah ditenggelami dengan 585 daripadanya runtuh atau rosak. Sementara, banyak sawah padi dan kawasan tanaman lain digenangi air banjir.
Bencana itu turut menyebabkan kerugian ekonomi sekitar 5 trilion dong Vietnam (RM903.82 juta).
Hujan lebat diramal kembali melanda kawasan tanah tinggi bermula 16-21 Oktober, menurut pusat meteorologi negara itu. – Bernama / AFP.
Kucing Jalanan Malaysia Bergelar Juara Dunia 2024, Tewaskan Ribuan Pesaing!

Siapa sangka seekor kucing jalanan bergelar juara dunia dan mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul gelaran juara dunia di World Winner 2024.
Dinamakan ‘Baby’, kucing betina berusia sembilan tahun ini mencipta sejarah apabila berjaya dinobatkan sebagai juara dunia dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa, atau secara rasmi dikenali sebagai World Winner Show 2024, yang diadakan di Oslo, Norway pada 3 November lepas.
ARTIKEL BERKAITAN : Nak Bela Kucing Di Singapura Kini Perlu Ada Lesen Dan Mikrocip!
Baby, seekor kucing betina yang dimiliki oleh pasangan Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, berjaya meraih kemenangan besar dengan menewaskan ribuan pesaing dari pelbagai negara, menjadikannya ikon kebanggaan Malaysia.
Dengan kejinakan dan sifat manja, Baby berjaya memikat hati juri dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa anjuran FIFe! Keperibadian Baby yang tenang dan bersahaja sepanjang sesi penilaian membuatkan dia menonjol, malah mendapat perhatian besar daripada semua yang hadir.
Difahamkan, penjagaan rapi yang diberikan oleh pemiliknya, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, juga memainkan peranan penting—bulu Baby sentiasa nampak kemas dan berkilau, menyerlahkan lagi kecantikannya di pentas pertandingan.
Lebih mengagumkan, Baby yang sudah berusia sembilan tahun ini turut bersaing di peringkat akhir bersama seekor lagi kucing jantan milik pasangan tersebut, menjadikan pentas akhir benar-benar milik Malaysia!
Kucing lain turut dibawa untuk wakili Malaysia di Oslo
Selain Baby, beberapa lagi ekor kucing dari pelbagai baka turut dibawa hasil inisiatif Kelab Kucing Malaysia (KKM) untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan antaranya:
Empat ekor kucing baka British Short Hair.
Tiga ekor kucing jalanan dan Seekor kucing Bengal.
“Penyertaan kali kedua ini membuahkan hasil apabila juri tertarik dengan perwatakan Baby selain piawaian lain yang memenuhi spesifikasi pemarkahan.
“Ini merupakan kali kedua Baby menyertai FIFe World Cat Show, selepas kali pertama bertanding pada 2017 di Amsterdam, Belanda, di mana Baby berjaya melangkah ke pentas final untuk pencalonan World Winner.
“Ini adalah penghargaan yang tinggi diterima kerana Baby perlu bersaing sengit dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukkan ini,” jelas Rooaida, dipetik Kosmo.
Selain pasangan itu, Timbalan Presiden KKM iaitu Habil Hussain serta Setiausaha Agong, Muhammad Hasbullah Ibrahim turut mengiringi kontinjen dari Malaysia ini ke Oslo untuk pertandingan tersebut.
Menurut Rooaida, dia dan suaminya memberikan pendedahan awal kepada Baby dengan sering membawanya menyertai pertunjukan kucing di dalam negara. Langkah ini bertujuan membantu Baby menyesuaikan diri dengan suasana yang terbuka dan ramai orang.
“Pendedahan ini penting supaya Baby terbiasa dengan orang ramai, sekali gus memupuk sifat jinak dan manjanya,” jelas Rooaida.
“Baby hanyalah kucing baka biasa. Kami ambil dia dari jalanan dan pelihara dengan penuh kasih sayang sehingga dia menjadi seperti sekarang.”
Sumber: The Official Site of Kelab Kucing Malaysia (KKM
BACA LAGI : Kucing ‘Oyen’ Paling Gemuk Di Dunia Meninggal Dunia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tak Perlu Ke Korea Nak Tonton Wayang Konsep ‘Drive-In’, Dekat Malaysia Pun Dah Ada


Mengunakan konsep tonton dari dalam kereta, tayangan akan dilakukan di kawasan terbuka yang terbuka.
View this post on InstagramA post shared by M-Junction (@mjunction2020) on
Mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya menyatakan keterujaan, lokasi dan tarikh tayangan bagaimanapun masih lagi belum diumumkan lagi
Meskipun panggung wayang sudah mula dibuka bermula 1 Julai lalu selepas ditutup selama hampir empat bulan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ada pihak yang berjaga-jaga enggan ke panggung wayang kerana risau akan keselamatan kesihatan mereka.
Tetapi dengan adanya wayang secara drive-in ini, maka bolehlah mereka menonton tanpa rasa risau. Untuk kaki wayang pula, selepas ini lebih bervariasilah pilihan tontonan mereka.
Wah bestnya, sebelum ini negara jiran Indonesia juga dah ada wayang ‘drive in ‘ ni. So jom lah dapatkan tiket korang sekarang! Tapi jangan pula buat wayang sendiri nanti…hiks
12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

Sejak kali pertama ditemui di Wuhan, China pada Disember 2019, hingga ke hari ini sudah lebih 5 juta penduduk dunia dijangkiti virus corona. Bilangan kematian juga sudah lebih 354,000 orang meninggal akibat wabak yang diisytiharkan sebagai pandemic ini.
Namun di sebalik 187 buah negara yang dijangkiti ada lagi 12 buah negara yang bebas dari wabak yang belum ada penawarnya ini lagi hingga ke saat ini.
Tentu kita ingin tahu apakah 12 negara tersebut. Jangan pulak korang kata tak pernah dengar nama negara ini ya.

- Kiribati – Kiribati adalah sebuah negara kepulauan kecil yang terletak di Lautan Pacifik. Daratannya hanya beberapa meter dari permukaan air laut. Akibat perubahan iklim, permukaan air laut meningkat dan membahayakan kehidupan di pulau-pulau kecil seperti Kiribati. Kedudukannnya seperti terumbu karang melingkar. Salah satu yang paling terkenal di Kirimati ialah Pulau Nanaba. Pulau ini turut unik kerana menjadi tempat pertama di bumi yang menerima sinar matahari. Malah di kepulauan ini juga turut diadakan Festival Hari Yap (Yap Day Festival) yang begitu dikenali dunia yang diadakan setiap Mac. Ia seperti festival tarian kerana masyarakatnya akan menari sambil memakai baju tradisional mereka.
- Kepulauan Marshall – Selain Kiribati, Kepulauan Marshall juga antara negara yang dilaporkan tiada kes corona virus. Ia terletak di Kepulauan Pacific di bahagian Barat bersempadan dengan Nauru dan Kiribati di sebelah Selatan.
- Micronesia – Negara ini juga belum ada catatan kes COVID-19. Micronesia terletak berdekatan dengan Nauru, Kiribati dan Kepulauan Marshall di Lautan Pacific.
- Nauru – Sebuah negeri kecil yang terletak di Kepulauan Pacific. Negara ini hanya memiliki keluasan 21 kilometer persegi dengan penduduknya seramai 10,000 orang. Hingga kini tiada kes COVID-19 dicatatkan di negara kecil ini.
- Korea Utara – Satu-satunya negara di Asia yang belum ada kes COVID-19 adalah Korea Utara. Namun ada isu mengenai hal ini di mana seorang Profesor dari Johns Hopkins University di Amerika Syarikat iaitu Prof W Courtland Robinson mengakui ia agak curiga dengan tiada kes dilaporkan. Ini kerana negara ini terletak berdekatan dengan China, jadi adalah agak musykil tiada kes dilaporkan langsung.
- Pulau Palau – Negara ini terletak di Lautan Pacific. Letaknya tiada jauh dari Papua Barat dan Maluku Utara serta Filipina. Sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan iaitu Danau Ubur-Ubur, belum ada kes dilaporkan di negara ini lagi.
- Samoa – Negara ini terletak di Lautan Pacific yang terdiri dari dua pulau utama dan tujuh pulau kecil. Dua pulau utama adalah Sava’I dan Upolu dan ibu kotanya adalah Apia. Samoa termasuk dalam negara yang mempunyai wilayah terkecil di dunia, agak dekat dengan Hawaii.
- Kepulauan Solomon – Juga terletak di Lautan Pacific di bahagian Timur bersebelahan dengan Papau New Guinea.
- Tonga – Tonga merupakan negara yang tidak berdaulat Polinesia yang berbentuk negara kepulauan yang terdiri dari 177 pulau yang luasnya hanya 750 kilometer persegi. Pulau ini terletak di Lautan Pacific selatan.
- Turmenistan – Antara negara yang tiada kes COVID-19 dicatatkan. Langkah pencegahan awal dilakukan termasuk larangan perjalanan, membasmi kuman dan penyebaran bahaya virus ini kepada masyarakatnya dengan pantas membuatkan antara yang masih selamat.
- Tuvalu – Negara kecil ini terletak di Lautan Pacific. Sama berjiran dengan negara di atas seperti Naulu, Kiribati dan lain lagi.
- Vanuatu – Ini juga negara yang selamat dari COVID-19. Mereka mengamalkan penguncian dari awal wabak ini dikesan.