Lebih Banyak Kawasan Boleh ‘Tenggelam’, Ikut 6 Langkah Jika Kereta Naik Air

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Foto dan video yang mungkin telah korang saksikan di media sosial sejak malam tadi adalah benar. Beberapa seksyen yang terletak di sekitar Shah Alam, Selangor ditenggelami air.

Ini berikutan hujan lebat berterusan yang turun di Lembah Klang sejak petang hingga ke malam tadi sehinggakan beberapa kawasan dinaiki air yang mencecah hingga ketinggian paras dada dan pinggang!

Antara kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar Seksyen 13 berdekatan Stadium Shah Alam. Aras air di Bukit Jelutong dan di Seksyen 9 juga dilihat membimbangkan.

Di Bukit Jelutong. Sumber Foto : Twitter
Keadaan di Seksyen 9, Shah Alam. Sumber Foto : Twitter

Biarpun keadaan sudah kembali stabil dan air telahpun surut mengikut tinjauan REMAJA pada pagi ini, namun ramai masih khuatir sekiranya ia akan berlaku semula memandangkan hujan lebat selalu turun pada waktu petang pada masa ini di seluruh negara.

Oleh itu, jom kita ambil langkah proaktif untuk mengurangkan kos kerosakan harta benda terutamanya kereta masing-masing sekiranya berlaku banjir kilat.

Jom tengok enam langkah yang wajib korang ingati ini.

 

01

Jangan panik.

Seeloknya, cari jalan alternatif dan jangan redah banjir. Kalau air masih tidak naik dengan deras, pandu kereta perlahan-lahan pada gear rendah (sekitar 20km/h) dan jangan lepaskan minyak. Kekalkan je

momentum.

 

02

Katakanlah terperangkap di dalam jalan sesak, Nauzubillah…

Sebelum air naik lebih tinggi, matikan enjin terlebih dahulu. Sumbatkan lubang ekzos kereta dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya, plastik.

 

03

Cabut terminal bateri kereta jika air sedang deras naik. Korang tak tahu berapa lama kereta akan berada di situ. Jadi lebih baik selamatkan ‘nyawa’ kereta.

 

04

Selamatkan semua barang berharga dan tinggalkan kereta. Bukan setakat air je naik dan memasuki kereta tau. Lumpur dan entah apa benda lagilah turut akan mengotorkan kereta korang.

 

05

Jangan sesekali hidupkan enjin jika kereta masih ditenggelami banjir besar. Lebih baik hubungi mereka yang profesional seperti trak tunda untuk handle kereta tersebut selepas air surut.

Tanyakan bengkel mana yang boleh dipercayai. Kadangkala, mangsa banjir sudah tidak mampu fikir panjang dalam situasi ini. Pakai hantar saja kereta ke bengkel terdekat asalkan kereta cepat siap.

Bila dah kena bayar mahal, baru tersedar. Perlu diingat, kos membaiki boleh menjadi tinggi jika komponen enjin rosak teruk.

 

06

Jika korang terpaksa juga redah jalan yang dilanda air banjir, pandu kenderaan dengan perlahan pada bahagian jalan paling tinggi dan jangan akibatkan ‘gelombang air’ di hadapan kereta.

Published by
FZ