Kes ini pernah terjadi di Malaysia di mana pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikecam hebat oleh warganet gara-gara mahu pembuktian fizikal mahu penama hadir ke premis untuk mengeluarkan wang simpanan.
Ternyata hal yang sama berlaku di India di mana seorang ibu tua berusia 120 tahun perlu hadir ke bank untuk mengeluarkan wang pencennya. Lebih menyayat hati, anaknya berusia 70 tahun perlu menyorong katilnya untuk membawa ibu tuanya itu.
Laporan Harian Metro menyebut, demi mengeluarkan wang pencen, seorang wanita tiada pilihan kecuali menyorong ibunya yang uzur dan berbaring di atas katil untuk dibawa ke bank. Gulf News melaporkan Gunja Dei, 70, hadir bersama ibunya, Labhe Baghel yang berusia 120 tahun selepas pihak bank meminta pemegang akaun hadir sebagai bukti fizikal.
Sebaik tiba di bank dan melihat kehadiran mereka berdua, baru pegawai bertugas menyerahkan wang berkenaan.
Insiden itu dilaporkan berlaku di kampung Baragan dekat daerah Nuapada, Rabu lalu.
Ads
Pegawai Daerah Nuapada, Raju Dholkia berkata, dia kesal dengan apa yang berlaku.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti ini. Diharap, kerajaan menjalankan siasatan segera berhubung perkara itu," katanya.
Ads
Selepas rakaman video insiden berkenaan tular di laman sosial, Ahli Dewan Perundangan (MLA) dari Khariar, Adhiraj Panigrahi menyelar tindakan pihak bank dan menuntut tindakan undang-undang diambil.
Dalam perkembangan sama, Pengurus Wilayah Bank Gramya bersama Panigrahi dilapor bertemu bagi membincangkan isu berkenaan.
Ads
Panigrahi berkata, pegawai bank itu mengganggu wanita warga emas berkenaan sejak tiga bulan lalu.
"Dia (pegawai) melanggar undang-undang dan tindakannya bertentangan dengan hak asasi manusia kerana setiap orang harus mendapat hak mereka.
"Saya mengutuk perbuatan ini dan orang yang bertanggungjawab di sebalik ini harus disingkirkan daripada jawatan mereka. Perbuatan ini dapat dilihat di pelbagai daerah di Odisha," katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Odisha menghantar surat kepada pengurus wilayah agensi kerajaan, swasta dan bank wilayah pedalaman (RRB) untuk menawarkan khidmat rumah ke rumah bagi warga emas.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disebabkan golongan vegetarian di kalangan remaja adalah kecil, tak ramai yang tahu akibat apabila mereka mengambil daging secara tidak sengaja.
Seorang pelajar di United Kingdom merupakan seorang vegetarian yang tidak pernah langsung menyentuh daging sepanjang hidupnya.
Clancy Bogue, 19 tahun, telah ke cawangan McDonald’s di Bristol pada Isnin lalu dan memesan Vegetable Deluxe Burger. Yes guys, McDonald’s di UK ada menyediakan pilihan vegetarian.
Namun apabila pelajar University of the West of England itu menjamah burger tersebut, dia baru tersedar mereka memberikannya Chicken Mayo Burger dan bukannya Vegetable Deluxe Burger.
Akibatnya, dia merasakan tekanan tanpa sedar setelah melakukan kesalahan itu dan tidak mampu untuk makan dengan baik untuk 3 hari seterusnya – hinggalah hari ini.
“Apabila membuka bun burger dan melihat intinya berwarna putih (ayam) saya terus mempunyai rasa tak sedap dalam perut dan hampir muntah. I felt like being sick and distressed,” katanya kepada media di DailyMail.
Clancy terus ke tingkat bawah cawangan itu dan ingin bercakap dengan pengurus restoran. Walaupun, cawangan McDonald’s itu telahpun mengeluarkan kenyataan maaf dan menawarkan burger baru, namun Clancy menolaknya dan ingin melakukan laporan terhadap kesalahan itu.
Untuk pengetahuan, McDonald’s UK menyediakan kotak burger dan kertas dulang berlainan warna untuk membezakan makanan biasa dan vegetarian.
Namun disebabkan oleh kesalahan pekerja sambilan, isu ini tercetus dan Clancy masih cuba untuk menahan rasa mual ketika ingin makan hingga hari ini.
Sumber: DailyMail
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fair & Lovely bukan jenama asing di negara ini dalam membantu wanita mendapatkan ton kulit lebih sekata melalui pencerahan kulit.
Rasanya masa penulis masih kecil, produk penjagaan kecantikkan ini dah popular dikalangan masyarakat kita.
Baru-baru ini, syarikat pembekal barangan keperluan harian, Unilever di India akan menukar nama produk penjagaan wajah Fair & Lovely selepas berlaku bantahan besar-besaran yang menentang sentimen perkauman di seluruh dunia.
Isu ini terjadi selepas tragedi George Floyd di Amerika Syarikat. Sebilangan syarikat, termasuk gergasi produk kecantikan Perancis L’Oreal dikecam berhubung produk-produk pencerahan kulit selepas tercetusnya gerakan Black Lives Matter yang menegakkan keadilan menyusuli kematian lelaki kulit hitam.
Syarikat Inggeris-Belanda itu menyatakan ia akan berhenti menggunakan perkataan ‘Fair’ yang membawa erti cerah pada nama produk itu memandangkan jenama itu ‘komited dalam meraikan semua jenis rona kulit’.
“Kami menyedari bahawa penggunaan kata-kata ‘cerah’, ‘putih’ dan ‘terang’ menunjukkan ideal kecantikan yang kami anggap tidak betul, dan kami ingin mengubahnya,” kata Sunny Jain, presiden Unilever’s Bahagian Kecantikan dan Penjagaan Diri.
Unilever dilaporkan mengaut keuntungan sebanyak AS$500 juta (S$697 juta) menerusi penjualan produk Fair & Lovely di India pada tahun lalu.
Kulit cerah di India digambarkan sebagai mereka yang daripada golongan berdarjat.
“Kami akan menjadikan portfolio jagaan kulit kami lebih inklusif dan kami mahu menerajui usaha yang memaparkan kecantikan yang lebih pelbagai,” kata ketua Unilever di India, Sanjiv Mehta
Elok juga produk kecantikan Fair & Lovely ni rebrand nama baru. Yela, tak semestinya berkulit putih tu cantik dan orang yang berkulit gelap tu tak cantikkan.
Sumber: Reuters
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baginda mengetahui apa yang rakyat tidak tahu.
Lewat malam semalam melalui akaun Facebook untuk Johor Southern Tiger, Tunku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim telah berkongsi pendapat baginda di dalam sebuah kenyataan yang panjang lebar. Ia berkenaan kedudukan rakyat Johor sempena Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Antara inti pati menarik yang dikongsikan oleh baginda yang mesra dikenali sebagai TMJ itu adalah berkenaan perubahan yang boleh dilakukan oleh rakyat dan kerajaan akan datang demi membangunkan Malaysia.
TMJ memulakannya dengan terlebih dahulu berkata, baginda tidak memberi nasihat sebagai ahli politik tetapi sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyat.
Kata baginda, dirinya dan DYMM Sultan Johor selalu berkongsi pandangan dan inisiatif terbaik untuk masa depan negeri tersebut. Dalam senario politik sekarang tak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, baginda menasihati agar rakyat bijak menilai apa yang terbaik untuk negeri dan negara meraka.
Apa yang rakyat dengar melalui media nasional atau media sosial hanyalah janji manis ahli politik, namun DYMM Sultan Johor dan baginda TMJ lebih mengetahui ‘situasi sebenar’.
Baginda juga berkongsi mengenai pandangan rakyat yang semakin lama semakin jauh hati dengan parti UMNO yang dilahirkan di negeri Johor.
“Bagi pandangan saya, UMNO perlu lebih aset daripada liabiliti. Mereka perlu menukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi. Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.”
Selepas menyentuh mengenai ‘individu tertentu’ yang merosakkan kepimpinan demi nasib keluarganya, TMJ menasihati agar rakyat terutamanya rakyat Johor terus melaungkan suara sekiranya mereka tidak suka dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
DYMM Sultan Johor dan TMJ berada di tampuk tersebut untuk menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah. Mereka juga ingin memperbaiki apa-apa kelemahan yang ada di dalam kerajaan, sama seperti rakyat lain.
“Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara, kita perlu mengubahnya daripada dalam. Jika kita mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan boleh memastikan dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh berubah dari dalam.
Untuk membaca perkongsian penuh TMJ, klik di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...