Bantu Bangunkan Ekonomi Negara Selepas COVID-19, Ini 5 Perkara Yang Korang Boleh Buat

Share

Selepas pengumuman Bantuan Nasional Prihatin yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, sebanyak hampir 250 billion telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia meneruskan kehidupan sewaktu negara menghadapi situasi COVID-19.

Jumlah wang yang dikeluarkan bukan sedikit ya, jadi untuk membantu menaikkan lagi ekonomi negara selepas ini, ada beberapa inisiatif yang korang boleh buat daripada hasil perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, Naim Mustafa

.

Bangunkan ekonomi setempat dahulu

1. Makan di gerai/restoran di kawasan rumah kita

2. Belanja di gerai runcit kawasan rumah kita

3. Gunakan servis yang ditawarkan di kawasan rumah kita

4. Sokong penjaja tepi jalan di kawasan rumah kita

5. Bercuti di dalam Malaysia

Dengan usaha korang melakukan perkara-perkara tersebut, ekonomi setempat akan berkitar. Bila orang mula membeli di kawasan itu, pekedai akan restock barang dari supplier dan mereka akan gunakan logistic chain untuk hantar barang. Kitaran ini sahaja dah melibatkan 4 pihak, iaitu pembeli, pekedai, supplier dan logistik.

Maka, duit akan berputar kepada:

1. Pembeli bagi duit dekat kedai

2. Kedai bayar barang dekat supplier

3. Supplier bayar postage dekat logistik

4. Logistik akan gajikan driver

5. Kemungkinan driver tersebut adalah pembeli di kedai runcit tersebut

Apa kebaikan sekiranya korang membangunkan ekonomi setempat? Secara tidak langsung ia akan membawa kepada pembangunan ekonomi negeri dan juga negara. Jika kita tidak boleh support banyak, dapat support sikit pun jadilah.

Sekiranya ekonomi gagal berpusing dengan baik, misalnya:

– Jika orang kurang berbelanja

– Demand terhadap barang runcit menurun

– Supplier tak untung, terpaksa buang pekerja

– Bila tak ada demand juga, logistik terpaksa downsizing, buang lagi pekerja

So, ini adalah kitaran ekonomi yang kurang sihat. Maka disebabkan itu kita sebagai rakyat yang prihatan perlu memberi sokongan dan bantuan semula untuk terus berbelanja di kawasan setempat bagi meningkatkan semula ekonomi negara.

Published by
Noor Ain Norman