Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat diseluruh dunia.
Semalam, melalui perkongsian di laman Instagram penyanyi terkenal dari negara jiran Indonesia, Agnez Mo yang dahulunya dikenali sebagai Agnez Monica berkongsi sebuah video dimana beliau telah membangunkan sebuah klinik khusus untuk memberi vaksin secara percuma kepada masyarakat setempat.
Siap dengan #hashtag AG PEDULI, Agnez Mo menyatakan bahawa program vaksinasi secara percuma di klinik itu merupakan salah satu usahanya dalam membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kebangsaan di negara itu.
Ads
Penyanyi terkenal itu menyarankan masyarakat setempat untuk segera mendapatkan vaksin secara percuma.
Tambahnya lagi, klinik tersebut bukan sahaja tempat untuk menerima suntikan vaksin tetapi juga telah disediakan dengan pelbagai jenis kemudahan seperti ambulans, ruang kecemasan, makmal dan lain-lain.
Ads
Klinik vaksin itu ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pademanga yang dibantu oleh 60 orang staf kesihatan termasuk sukarelawan.
Selain daripada memberi vaksin secara percuma, Agnez Mo juga melakukan amal kebajikan dengan membahagi-bahagikan makanan secara percuma kepada penerima vaksin.
Untuk info, Indonesia kini bersedia untuk membuka beberapa destinasi hangat mereka termasuk Bali, mulai Julai 2021 bagi melonjakkan semula sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik.
Ads
Bagus inisiatif yang dilakukan oleh pelantun yang popular lagu ‘matahariku’ ini.
Sumber : Instagram Agnes Mo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor antarabangsa, Beyonce mencipta sejarah apabila menjadi penerima trofi terbanyak sepanjang zaman selepas merangkul empat trofi pada malam kemuncak Anugerah Grammy Ke-65 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Bekas anggota kumpulan Destiny’s Child itu telah memenangi anugerah Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik menerusi album Renaissance, Lagu R&B Terbaik (lagu Cuff It), Rakaman Tarian/Elektronik Terbaik (lagu Break My Soul) dan Persembahan R&B Tradisional Terbaik (lagu Plastic Off The Sofa).
Maka, Beyonce sekaligus meleburkan rekod dipertahankan selama 20 tahun oleh konduktor bertaraf legenda, mendiang Georg Solti yang memiliki 31 anugerah Grammy sepanjang hayatnya.
“Saya cuba tidak terlalu emosi. Saya hanya mahu menerima anugerah malam ini sahaja. Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya, ibu bapa menyayangi dan menjadi pendorong.
“Juga buat suami dan tiga cahaya mata yang sedang menonton di rumah. Tidak lupa terima kasih kepada peminat dan mereka yang membantu dalam menjayakan setiap karya.
“Moga Tuhan merahmati kamu. Terima kasih Grammy,” kata Beyonce ketika menerima trofi tersebut.
Selain kehadiran bintang R&B dan pop itu, anugerah berprestij tersebut turut menampilkan pengacara dan pelawak terkenal Travor Noah sebagai hos.
Penganjuran pada tahun ini juga diserikan dengan persembahan daripada barisan penghibur berkelas dunia seperti Harry Style, Lizzo, DJ Khaled, Bad Bunny dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari usia serendah 3 tahun sehingga ke atuk dan nenek kita, semua orang boleh mengalami masa menyeronokkan apabila menonton persembahan sarkas, terutamanya jika ia dilakukan oleh sekumpulan profesional yang bertaraf dunia.
The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018 kini berada di Padang Timur Petaling Jaya sejak 10 Ogos lalu. Penulis sempat meluangkan 2 jam untuk menyaksikan persembahan mereka
AND IT WAS WORTH IT.
Jom tengok 5 stun kegemaran REMAJA dari The Moscow Circus.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Dua orang je dah cukup untuk membuatkan semua penonton tercengang dengan skil roller skating mereka. Takut juga apabila si lelaki membawa keluar tali besi untuk mengikat lehernya kepada tangan skater perempuan. Tapi sekali dia pusing, we could not help but to think, “Tak pening ke..?”
Selain daripada kasut roda, mereka berdua juga persembahkan skil mengimbangi yo yo yang kita selalu lihat di kalangan circus show dari China.
2 The Tokmachev Troupe
Tak pernah tengok persembahan trapeze berterbangan di udara? Okay, sekarang korang ada chance untuk menontonnya di The Moscow Circus.
The Tokmachev Troupe adalah antara pasukan trapeze yang paling berpengalaman dan hebat di peringkat dunia. Buktinya, ada di kalangan mereka yang sudah berumur tapi masih berupaya untuk melakukan somersault dari ketinggian lebih 10 meter. Walaupun mengambil masa 20 minit untuk menyiapkan set mereka, it was all worth it!
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Selain daripada filem The Wire yang dibintangi oleh Joseph Gordon Levitt, penulis tidak pernah melihat sesiapa berjalan di atas wayar secara live.
Jadi apabila Svezhov Duo mula berjalan, berlari, duduk di tengah-tengah udara (what?!), membuat pusingan U dan macam-macam lagi trik, penonton di bawah hanya tergamam, tak berani untuk menepuk tangan terlalu kuat dan – hhm – berdoa untuk keselamatan mereka berdua?
Sebab itulah mereka merupakan penghibur profesional.
4 Olga, Svetlana & Nadezhda
Bukan atlet gimrama dan perenang berirama je yang memakai pakaian leotard neon okay, The Air Trio yang terdiri daripada Olga, Svetlana dan Nadezhda juga tak terkecuali! Cumanya mereka tergantung di udara, dan bukannya di atas lantai ataupun berenang di dalam air.
10 minit menyaksikan mereka melakukan pelbagai aksi tergantung dan berpusing membuatkan penonton menahan nafas kerana takutkan keselamatan mereka.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Ada ramai lagi penghibur yang melengkapkan jelajah The Moscow Tour ini seperti badut berbakat Armen Asiryants, The Moskalov Duo yang boleh menukar baju sepantas laluan angin dan juga The Skokov Troupe yang ‘bermain; dengan pusingan somersault di atas buaian gergasi.
Namun, penulis tertunggu-tunggu untuk melihat skil Semion Krachinov yang terkenal dengan skil juggler-nya. Cepat weh dia tangkap!
Semion juga sentiasa tampil gentleman dengan para penonton yang melihatnya.
* * * * *
Overall, penulis merasakan semua orang perlu datang menonton The Moscow Circus sekurang-kurangnya sekali sementara mereka berada di Kuala Lumpur sehingga 2 September 2018 ini. Buat masa sekarang, mereka masih berada di Padang Timur Petaling Jaya sebelum bergerak pula ke Pulau Pinang pada pertengahan September sehingga awal tahun hadapan.
Bukan selalu kita dapat peluang menerima kehadiran sarkas Rusia terkenal.
Korang boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM50 sehingga RM280 di laman web ticket pro. Tak adalah mahal mana pun untuk persembahan selama 2 jam. Sebahagian daripada hasil jualan itu juga akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia. Love!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan yang serba moden ini, masyarakat tidak lagi khuatir sekiranya tidak sempat menonton siri drama di kaca televisyen kerana semuanya sudah mudah hanya dihujung jari. Dengan menggunakan gajet yang korang ada, kebanyakan program siri televisyen kini sudah pun ditayangkan secara streaming di aplikasi mudah alih.
Terbaru, sebuah drama yang berjudul Covid Oh Covid telah ditayangkan di TV3 dan saluran digital iQiyi. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Syafiq Kyle, drama 13 episod ini akan mewarnai slot Lestary setiap jam 9.00 malam bermula pada 2 April hingga 23 April 2021.
Covid Oh Covid mengisahkan tentang tentang kehidupan Tok Wan yang dilakonkan oleh pelakon popular tanahair, Umie Aida dan keluarganya yang unik yang berhadapan dengan pelbagai peristiwa lucu semasa tempoh MCO 2.0, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Habsah (Adibah Noor), anak perempuan Tok Wan, terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya jatuh cinta dengan seorang janda yang tinggal di sebelah surau. Selama ini suaminya sering menggunakan alasan ini untuk pergi ke surau. Namun, anak mereka, Shazrul (lakonan Nasiruddin Alaydrus) mendapat tahu mengenai matlamat ayahnya. Bersama kakaknya, Shazrul membuat rancangan untuk memecah belah keduanya.
Manakala cucu perempuan Tok Wan, Safura (lakonan Tiz Zaqyah) yang mengahwini penyanyi merancang untuk mengadakan konsert maya bagi mengumpulkan dana membantu mereka di sektor kreatif yang terjejas oleh wabak itu.
Seorang lagi cucu perempuan Tok Wan, Suhaila (Nora Danish), juga berdepan dengan masalah rumahtangga apabila suaminya mendapat tahu yang dia tidak boleh memasak dan hanya memesan makanan dari restoran selama ini!
Banyak lagi insiden yang melucukan dan menggelikan hati berlaku dalam kehidupan Tok Wan dan keluarganya. Bagaimanakah Tok Wan menghadapi dan mengatasinya? Adakah Tok Wan dapat menyatukan keluarganya kembali?
Drama ‘Covid Oh Covid’ boleh distrim secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja korang berada di platform penstriman iQiyi. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Tomok baru-baru ini meraih perhatian peminat dan pengikutnya apabila berkongsi perkembangan terkini beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih di tinggi...