Bantu Cepatkan Masyarakat Dapat Vaksin, Agnez Mo Buka Klinik Tanpa Bayaran

Share

Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat diseluruh dunia.

Semalam, melalui perkongsian di laman Instagram penyanyi terkenal dari negara jiran Indonesia, Agnez Mo yang dahulunya dikenali sebagai Agnez Monica berkongsi sebuah video dimana beliau telah membangunkan sebuah klinik khusus untuk memberi vaksin secara percuma kepada masyarakat setempat.

 

Siap dengan #hashtag AG PEDULI, Agnez Mo menyatakan bahawa program vaksinasi secara percuma di klinik itu merupakan salah satu usahanya dalam membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kebangsaan di negara itu.

Penyanyi terkenal itu menyarankan masyarakat setempat untuk segera mendapatkan vaksin secara percuma.

Tambahnya lagi, klinik tersebut bukan sahaja tempat untuk menerima suntikan vaksin tetapi juga telah disediakan dengan pelbagai jenis kemudahan seperti ambulans, ruang kecemasan, makmal dan lain-lain.

Klinik vaksin itu ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pademanga yang dibantu oleh 60 orang staf kesihatan termasuk sukarelawan.

Selain daripada memberi vaksin secara percuma, Agnez Mo juga melakukan amal kebajikan dengan membahagi-bahagikan makanan secara percuma kepada penerima vaksin.

Untuk info, Indonesia kini bersedia untuk membuka beberapa destinasi hangat mereka termasuk Bali, mulai Julai 2021 bagi melonjakkan semula sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik.

Bagus inisiatif yang dilakukan oleh pelantun yang popular lagu ‘matahariku’ ini.

Sumber : Instagram Agnes Mo

 

 

Published by
Nana