Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekali lagi, ada diantara kita yang dibuang kerja, dan hilang punca pendapatan, ada juga diantara kita yang terpaksa mengambil kerja sambilan part-time untuk menampung perbelanjaan harian keluarga mahupun kendiri.
Buat remaja yang berusia 20 tahun ini, Nur Adilah Mayamin Jama’amal, beliau mengakui yang ianya bukan mudah untuk mendapat pekerjaan terutama dalam pandemik Covid-19 ini.. dia mula bertugas di syarikat Domino’s Pizza sejak awal Januari tahun ini, tanpa merisaukan hujan panas, beliau terus komited dengan kerjanya kerana permintaan pesanan makanan melalui atas talian meningkat dua kali ganda berbanding biasa.
Adilah juga berkata yang sejak PKP dilaksanakan semula, ternyata ramai yang takut keluar dari rumah untuk membeli makanan terutamanya pada kawasan yang berstatus Zon Merah dan ianya sekaligus membawa peningkatan permintaan pesanan makanan melalui aplikasi dalam talian ‘Food Panda’ yang melonjak sehinggakan beliau terpaksa mengejar giliran.
Beliau juga berkata yang dia terpaksa membuang rasa malu kerana mahu meringankan beban ibunya yang bekerja di kilang sahaja, dengan gaji yang tidak seberapa, dan ibunya juga perlu menyara dia dan kakaknya setelah ibunya berpisah dengan bapanya pada tiga tahun yang lalu.
Menurut beliau lagi, dalam tempoh lapan jam waktu bekerja, beliau akan menghantar lebih 12 penghantaran membolehkannya untuk meraih kira-kira RM70 sehari dan upah itu tidak masuk kerja sambilan di dapur dimana beliau dibayar RM600 dan RM700 sebulan.
Walaupun jumlah nya tidak seberapa, namun jika rajin, dan pesanan bertambah, dia boleh menerima upah dua kali ganda sehari dengan hanya membonceng motosikal dan menghantar pesanan makanan pelanggan.