
Kerajaan telah pun mengumumkan pelaksanaan i-Citra sebagai Bantuan Khas COVID-19 untuk individu yang terkesan dengan PKP 3.0 ini mengeluarkan simpanan KWSP mereka. Permohonan telah pun dibuka hari ini (12 Julai 2021) hingga 30 September ini.
Pemohon boleh memohon i-Citra dengan jumlah maksimum pengeluaran sebanyak RM5,000 bergantung kepada baki akaun pemohon.
Berikut kami kongsikan cara-cara untuk korang memohon i-Citra.
1. Layari laman web icitra.kwsp.gov.my
2. Pilih Permohonan
3. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
4. Sahkan identity korang melalui Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
5. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN jika setuju dengan jumlah yang dipaparkan
6. Semak JADUAL BAYARAN yang dipaparkan dibawah
7. Klik pada butang yang ditunjukkan jika korang ingin mengurangkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
8. Gerakkan penunjuk untuk memilih AMAUN PILIHAN PENGELUARAN yang dikehendaki
9. Klik TERUSKAN
10. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi
11. Lengkapkan Nombor Akaun Bank dan kaji selidik. Klik TERUSKAN
12. Semak MAKLUMAT PEMOHON dan JADUAL BAYARAN
13. Tandakan pada kotak PENGESAHAN dan kotak ‘Saya bukan robot’. Klik TERUSKAN
14. Permohonan korang diterima dan akan diproses
15. Korang dinasihatkan untuk menyimpan rekod permohonan sebagai rujukan dengan menekan CETAK & SIMPAN REKOD PERMOHONAN
Diharap dengan pengeluaran wang simpanan KWSP ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban individu yang terkesan teruk sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.
Sumber: (1)
Watak Ecah @ NUR 2 Itu Wujud! Mata Dituang Sos Cili, Dibenam Dalam Sungai Tapi Masih Taat

Drama Nur 2 yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 antara yang trending masa kini. Ramai yang kasihan melihat Nur, benci kepada Ustaz Hamadi dan tak terkecuali geram campur kesian dengan watak Ecah yang didera dari segi fizikal bimbang ditinggalkan suami kerana dirinya mandul.
Malah pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin semalam berkata cerita Nur 2 memang dia tujukan khas untuk perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki naif dan lurus bendul di luar sana. Angkara Percaya Tergadai Bahagia.
Katanya lagi, sekiranya korang mengharapkan Nur bangkit balik dalam masa sekelip mata umpama watak watak hero dalam comic Marvel. Korang tersilap channel sebenarnya.


Ternyata watak wanita bodoh seperti Nur dan Ecah dan melalui pengalaman pahit dalam alam rumah tangga yang diwujudkan oleh pengarah Nur, Shahrulezad wujud. Seorang wanita atas nama Azlia Natasha di fbnya semalam telah berkongsi satu kisah benar melibatkan agennya, Kak Mimi yang pernah melalui penderitaan dalam rumah tangga.
Baca perkongsiannya. Walau cerita ini mungkin menakutkan sedikit untuk orang bujang namun percayalah jodoh itu rahsia Allah taala. Sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah agar dikurniakan jodoh yang tahu tanggungjawab, di dunia dan akhirat.

Watak Ecah tu ramai nau komplen macam tu juga watak Nur. Meh nak cerita sikit.
Siapa ingat ejen kak lia? Kak lia pernah share pasal seorang ejen nama kak Mimi masa kak lia dalam fasa putus sudah kasih sayang dulu.
Kak mimi ni agen offline. Sales dia 5 angkalah juga. Tapi ingat, dia buat sorang je sale tu. Tak ada team. Jujur, dia antara kekuatan kak lia kenapa kak lia bangkit. Kak mimi ni, tak reti pape. Fb whatsapp semua tak reti. Tapi boleh beli Avanza cash masa awal dia join kami. Ni kisahnya.
Kak Mimi didera emosinya lebih kurang 15 tahun sejak nikah. Mengandung 3-4 kali semua gugur sebab makan sepak terajang suami. Masa suami dia minta poligami, kak Mimi lari dari rumah, sampai jatuh dalam sungai belakang rumah dia.
Mata dituang sos cili dan dibenam dalam sungai sebab tak nak sign surat poligami
Biasalah, Pahang dan pedalaman. Memang sungai tu normal bagi kami. Suami dia selam dan cuba lemaskan kak Mimi. Lagi, kak Mimi kena terajang kat perut sebab tak nak sign borang.
Kak Mimi cerita, dia pernah dituang sos cili dalam matanya. Dia kata betul betul Allah bagi pinjam mata dan panjang umur je lagi. Sebab tu dia masih hidup sampai sekarang.
Last, kak Mimi minta suami dia approve untuk ambil anak angkat. Sebagai pertukaran dengan keizinan poligami. Suami dia setuju lalu mereka settlekan di pejabat agama dan pejabat JKM hari itu jugak. Lepas selesai semuanya dan permohonan kak Mimi diluluskan. Selamatlah suami dia bernikah.
Hari-hari kak Mimi mula mendung bila suami tak lagi melayaninya macam isteri. Dia tak ubah macam bibik beranak kecil kat rumahnya. Madu kak Mimi pun tinggal sekali. Lagi parah, hari hari nampak kemesraan suami dengan isteri muda. Kadang kadang buat ‘projek’ pun tak kira tempat. Bilik air, dapur, ruang tamu.
Kerja macam lembu, bezanya lembu tuan bagi makan, nie isteri kena cari sendiri
Suaminya tak bekerja. Kak Mimi tanggung semuanya. Dengan bekerja sebagai tukang isi minyak di petronas. Balik kerja, perlu sediakan makan minum. Kadang kadang kak Mimi balik, tengok anaknya lebam di bahagian paha. Kak Mimi syak, anaknya dicubit madunya akibat meragam.
Macam mana dia tinggalkan anak dengan tak mandi dan pampers penuh, macam tu jugalah anaknya ketika dia balik kerja. Kalau syif malam sempatlah kak Mimi mandikan. Kalau syif pagi yang susah sikit.
Nak tak nak kak Mimi hantar anak nya kerumah ibunya di kawasan yang sama. Tapi ibunya sudah tua dan tak larat nak berjalan jauh. Hanya harapkan kak Mimi datang menjenguk hari-hari.
Tak lama lepas tu, kak Mimi dengar madunya dipukul pula oleh sang suami. Rupanya, suaminya nak nikah satu lagi tapi dilarang isteri mudanya. Kak Mimi hanya mampu dengar sajalah. Nak tolong tak berani.
Untungnya sejak suaminya nikah dengan isteri keduanya, kak Mimi tak lagi dipukul kerana kak Mimi yang cari duit. Tapi tulah. Dilayan macam bibik, dikerah untuk bekerja macam lembu. Lembu pun orang bagi makan. Tapi kak Mimi, makan kena cari sendiri.
Lepas madunya yang kedua tu akur, suaminya bernikah dengan nurse yang bekerja di hospital. Legalah sikit. Taklah selalu ada di rumah macam yang ke dua tu.
Madunya yang kedua minta izin untuk bekerja, tapi tak diizinkan. Maka jadilah yang kedua pula seperti bibik menguruskan rumah tangga dan menyediakan makanan untuk suami dan madu-madunya.
Allah uji akhirnya kena barah otak
Tak sampai sebulan, isteri kedua lari ke lombok mengikuti orang sana yang bekerja di kawasan mereka. Masa bila mereka kenal dan berhubungan, tak ada siapa yang tahu. Lepas beberapa tahun, suami kak Mimi disahkan menghidap barah otak. Dan sepanjang kesakitan sang suami, kak Mimilah yang jaga. Sampai suaminya pejam mata.
Watak Ecah tu hanya sekelumit berbanding apa yang kak Mimi lalui. Kak Lia dengar pun gerun. Cuma kak Lia doakan mereka yang melalui keadaan ini kuatlah untuk keluar. Janganlah nak tunggu hampir ajal tiba baru nak cari bahagia.
Sifat menunggu dan setia juga bertahan bukan pada tempatnya salah satu cara aniaya diri sendiri juga. Tak semua orang sesabar kak Mimi. Lepas suami dia meninggal pun banyak kali pergi kaunseling untuk kembalikan semangat dia. Kuatlah. Jangan takut untuk berubah. Bernikah sepatutnya bagai syurga bukan macam neraka tempat hukuman isteri.
Daiyan Trisha Batal Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa

Selepas beberapa hari mendapat kecaman di media sosial, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengambil tindakan dengan membatalkan kontraknya dengan beberapa jenama antarabangsa pro-Israel.
Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (31) berkata, dia mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini dan ini semua berlaku atas kerelaan dirinya sendiri.

“Saya nak maklumkan yang saya dah tamatkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama sebelum ini”
“Terima kasih atas teguran. Teruskan perjuangan anda untuk Palestin” – Daiyan
Pelantun lagu Penat ini juga menerima segala teguran dan memandang serius mengenai isu yang berlaku di Gaza.

Sementara itu, Daiyan enggan mengulas mengenai jumlah kerugian dan penalti yang dikenakan susulan bertindak menamatkan kontrak.
Katanya, perkara itu tidak dapat didedahkan kerana ia melibatkan beberapa jenama berbeza.
Sebelum ini, Daiyan tampil membersihkan namanya selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel. Dia turut menjelaskan bahawa tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.
Daiyan juga berkongsi beberapa tangkap layar resit sumbangan bantuan yang dibuat dan jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelumba Negara Dipuji, Harumkan Nama Malaysia Di Sepanyol Dengan Raih Tempat Kedua

Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai ‘Damok’ telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan meraih tempat kedua dalam acara kejuaraan FIM World Junior GP yang berlangsung di Autodromo Internacional do Algarve di Portugal.
ARTIKEL BERKAITAN : Pelumba Negara ‘Lari’ Dari Podium Elak Simbahan Air Selepas Menang
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila Damok dan pasukannya yang bertungkus-lumus memberikan saingan sengit untuk memenangi kejuaraan ini.
“Saya sangat gembira dengan perlumbaan saya hari ini dan saya harap saya dapat mengekalkan momentum ini sehingga pusingan terakhir FIM JuniorGP 2022.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Monlau Motul, SIC Racing, semua penaja saya, keluarga saya, dan isteri saya untuk sokongan yang tidak berkesudahan. Trofi ini untuk semua orang di Malaysia!” petik kenyataan rasmi Damok.
Tambah netizen lagi, inilah salah satu individu yang benar-benar layak digelarkan ‘Ikon Permotoran Tanah Air’, selepas Hafizh Shahrin yang telah bersara dari kejuaraan MotoGP pada tahun lalu
Perlumba berusia 20 tahun ini mewakili SIC Racing,mempamer tunggangan meyakinkan Ahad lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 29 minit 07.323 saat (s) dan dipisahkan 6.551s di belakang pemenang, Jose Rueda (29:00.772s) manakala Adrian Cruces melengkapkan pentas podium di tempat ketiga, 29:07.437s.
Penamat kedua diraihnya itu adalah yang ketiga selepas turut meraih kedudukan sama pada dua perlumbaan di Litar Catalunya, bulan lalu.
Damok kini mengumpul 97 mata untuk berada di tangga kedua keseluruhan ketika berbaki tiga lagi pusingan di Litar Misano, Aragon dan Ricardo Tormo.
Bagi pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menyatakan beliau sangat gembira dengan prestasi Damok hujung minggu lalu kerana mendapat podium ke-3 musim ini dan meletakkan dirinya di tempat ke-2 dalam kedudukan kejuaraan.
Zulfahmi turut berharap semasa cuti musim panas nanti, Damok boleh melihat secara terperinci apa yang boleh beliau perbaiki untuk membuat langkah seterusnya.
Apa-apa pun tahniah dan selamat berjaya kami ucapkan kepada Damok. Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba ini.
BACA : Cabar Diri Dalam Sukan Permotoran, Zakirah Impi Jadi Rider Malaysia Yang Berjaya
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.