Pasti ramai yang masih terkesan dengan wabak COVID-19. Khususnya kepada individu bergelar ibu tunggal. Ini kerana dalam keadaan ekonomi yang belum benar-benar berkembang, ramai berkira-kira membelanjakan pendapatan mereka. Lebih terasa jika pada usia muda, korang dah bergelar ibu tunggal.
Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.
Berikut syarat kelayakan dan cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang perlu anda tahu.
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:
Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan.
Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.
Pergi ke pautan https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/
2. Sila isi borang mengikut negeri pemohon.
3. Pemohon perlu log masuk ke akaun Google untuk mengisi borang permohonan.
4. Lampirkan dokumen sokongan bersama-sama dengan Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)
Berikut adalah pautan untuk memuat turun borang permohonan:
Borang yang telah lengkap boleh dihantar secara serahan tangan atau melalui pos ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing.
Bagi pemohon yang menetap di Selangor, anda boleh menghantar borang ke alamat berikut:
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor
Tingkat 7 Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tarikh akhir memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal pada 31 Oktober 2020.
Sekiranya layak, penerima akan menerima bantuan RM300 secara one-off (sekaligus) melalui akaun bank masing-masing.
Tarikh pembayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal bermula Julai hingga November 2020.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ dan follow Facebook Jabatan Pembangunan Wanita untuk sebarang update terkini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera di bawah ini.
03-8323 2162
03-8323 2149
03-8323 2135
03-8323 2138
Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya dengan menghantar e-mel ke alamat infojpw@jpw.gov.my