Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat perlu dilaksanakan dikala kes baru Covid-19 yang kian meningkat hari demi hari. Namun, bukan semua bernasib baik dapat berkerja dari rumah malah ada juga yang terpaksa berhenti berniaga di kala PKP disebabkan kebanyakan sektor ekonomi ditutup.
Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas mengenai bantuan-bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ini antara perutusan yang disampaikan:
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan sebanyak RM500 lagi.
Selain itu, isi rumah yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima kadar RM300, manakala bagi golongan bujang pula, sebanyak RM100 akan diberikan.
Bantuan yang menelan kos sebanyak RM2.1 bilion ini akan dimasukkan ke akaun penerima pada akhir Jun nanti.
Moratorium secara automatik
Golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberikan pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama enam bulan.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, inisiatif ini akan dilaksanakan segera bermula bulan Jun yang akan memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ini.
“Industri perbankan akan mula memberikan maklumat terperinci berkaitan dengan ini bermula esok,” katanya menerusi perutusan khas mengenai Bantuan PKP 3.0.
Alhamdulillah, ada juga bantuan daripada kerajaan di waktu PKP 3.0 ni.
Sumber: RTM