Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula diagihkan hari ini.
Bantuan SARA yang diagihkan bermula 15 Januari 2025 akan dibayar menerusi penggunaan MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar, manakala bantuan STR dibayar mulai April 2025.
Penyaluran SARA adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM13 billion seperti dijelaskan dalam Belanjawan 2025.
Kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
Ads
“Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan,” kata kementerian itu.
Selain itu, MOF turut menyatakan, sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.
Ads
Bilangan tersebut merangkumi masing-masing 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.
Bagi kategori isi rumah pula, kata MOF, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan. Golongan warga emas pula, mereka yang tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.
Cara Semakan Status Kelayakan MyKasih 2025
SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH
Ads
Bagi penerima SARA di Semenanjung Malaysia, anda perlu membuat semakan status melalui Portal MyKasih (*HANYA UNTUK PENERIMA MISKIN / MISKIN TEGAR)
Alangkah bertuahnya bila mendapat majikan yang benar-benar memahami pekerja. Tahu menghargai dan suarakannya kepada umum kebaikan yang pekerja telah lakukan.
Ya, inilah yang dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook apabila menukilkan sesuatu yang amat menyentuh hati mengenai pemandunya, Hazril sehingga hal ini tular di media sosial semalam.
Yb Anthony bersama pemandunya, Hazril ketika bertugas di Kementerian Pengangkutan Malaysia
Baguskan dapat majikan begini. Tak malu-malu pun suarakan apa dirasainya sedangkan beliau adalah individu yang dikenali ramai. Tq Yb Anthony, di atas jasa sepanjang dua tahun menerajui kementerian dan menghargai pekerja biarpun pangkat mereka hanya pekerja bawahan sahaja.
Bacalah coretannya. Moga mereka yang berada di atas juga tahu menghargai pekerja bawahannya.
Orang yang saya paling rindu di Kementerian Pengangkutan…
Namanya Hazril. Beliau ialah pemandu saya sejak hari pertama saya menjejak kaki di MOT. Orangnya pendiam tetapi amat berdedikasi dalam kerjanya. Dalam 21 bulan yang lalu, saya bersama dengan dia hampir setiap hari, Isnin sampai Ahad. Kadang-kala program saya sampai lewat malam tetapi keesokan harinya dia tetap sampai di rumah saya pada awal pagi. Tak pernah complain, tak pernah kata letih. Dia selalu kata , “YB cakap saja nak keluar pukul berapa”.
Saya selalu mendapat pujian daripada penganjur majlis dan wartawan bahawa saya selalu sampai ke majlis lebih awal daripada jadual. Sebenarnya, kredit itu pergi kepada Hazril. Setiap hari, beliau akan check jadual saya untuk esok dan merancang perjalanan. Time managementnya sangat baik. Saya jarang lewat ke mesyuarat atau majlis.
Saya anggap beliau sebahagian daripada pasukan saya di pejabat Menteri. Saya tak pernah biarkan kerusi depan kereta kosong. Kalau bodyguard saya (Wan) cuti, saya akan duduk depan. Kali pertama saya buat begitu, dia terperanjat. Beliau kata tak pernah lihat Menteri duduk depan. Saya kata saya tak kisah sangat protokol.
Yb Anthony bersama kakitangannya ketika berkhidmata di kementerian ini dahulu
Saya amat berterima kasih kepada Hazril. Semoga beliau dan isterinya yang juga kakitangan MOT akan terus berkhidmat secara bersungguh-sungguh. Saya juga harap anak comelnya sentiasa sihat.
Hazril, terima kasih dan sentiasa berhati-hati semasa memandu. Thank you!
Ikhlas dari…..Loke dan isteri
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah bandar kian ditenggelami air dek kerana peningkatan paras air laut secara perlahan-lahan di pinggir pantai, sementara kota lain banjir disebabkan mengepam air bawah tanah secara berlebihan yang menjadikan perubahan pada tekanan dan isipadu yang menyebabkan tanah mula tenggelam.
Kanal in Burano Venedig.
Terbaru, Kota Paris merupakan kota cinta yang terkenal di seluruh dunia dilanda ribut kuat membawa hujan lebat melanda Itali menyebabkan kawasan di Venice dan selatan negara itu kini ditenggelami banjir akibat fenomena ‘acqua alta’ atau air pasang paling tinggi dalam tempoh lebih 50 tahun.
Hujan lebat dilaporkan terus melanda pantai barat negara itu dari Tuscany hingga ke wilayah selatan Campania termasuk timur laut Sardinia.
Dataran St Mark di Venice turut tenggelam akibat fenomena ‘acqua alta’ tersebut dan paras banjir mencecah sehingga 1.87 meter (m) hingga menyebabkan penggera amaran banjir terpaksa dibunyikan di bandar terapung tersebut.
“Kami kini berdepan fenomena air pasang yang luar biasa akibat kesan perubahan iklim. Semua pasukan keselamatan digerakkan untuk menangani situasi kecemasan itu,” kata Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro yang turut bercadang untuk mengisytiharkan darurat bencana.
Difahamkan, sejak fenomena itu mula direkodkan pada 1923, paras air pernah mencecah sehingga 1.94 m pada 1966.
Rasanya penulis baru je tulis artikel barkaitan bandar-bandar yang akan di tenggelami air. Moga tiada apa yang buruk berlaku ‘Kota cinta’ ni.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum lagi temasya sukan terbesar di dunia bermula, Perancis sudah memulakan kontroversi apabila tuan rumah, Perancis telah mengeluarkan larangan memakai hijab untuk atlet wanitanya di Sukan Olimpik 2024 .
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, di mana beliau menyatakan tiada anggota delegasi Perancis, terutamanya atlet, dibenarkan memakai tudung semasa beraksi di Sukan Olimpik.
Perancis Larang Atlet Muslimahnya Pakai Hijab Di Olimpik 2024
“Wakil delegasi kami dalam pasukan Perancis tidak akan memakai tudung,” katanya.
Dia juga menegaskan larangan ini berlandaskan prinsip sekularisme negara yang memisahkan agama dan negara.
Peraturan Tidak Terpakai Kepada Atlet Negara Lain
Walaupun temasya sukan ini bakal berlangsung di Paris, peraturan tersebut tidak akan terpakai kepada atlet negara lain memandangkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sendiri membenarkan atlet memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Kontroversi dan Kritikan
Kontroversi tersebut telah mendapat kritikan dari ramai pihak, terutama salah satu NGO terkemuka iaitu Amnesty International yang mendakwa tindakan tuan rumah itu sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita yang berpegang teguh kepada salah satu perkara wajib dalam agama Islam.
Perancis Larang Atlet Muslimahnya Pakai Hijab Di Olimpik 2024
🇫🇷JUST IN: France has banned its female athletes [Muslim women] from wearing the hijab while competing in the upcoming Olympics and Paralympics in Paris. pic.twitter.com/Im8lFhU1Uv
“Pihak berkuasa Perancis menjelaskan dengan tegas dan tanpa segan silu bahawa usaha mereka untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan keterangkuman dalam sukan tidak terpakai kepada satu kumpulan wanita dan gadis atau wanita dan gadis Islam yang memakai tudung kerana tuntutan agama,” kata Amnesty dalam satu kenyataan.
Kerajaan Tempatan Tetap dengan Keputusan
Meskipun mendapat desakan dan permintaan untuk memansuhkan peraturan tersebut, kerajaan tempatan tetap dengan keputusan mereka.
Isu Islamophobia Sebelum Ini
Untuk makluman, ini bukan kali pertama Perancis mengeluarkan arahan bersifat Islamophobia memandangkan sebelum ini mereka juga pernah melarang pemakaian abaya atau jubah oleh pelajar perempuan di sekolah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...