Sebuah lagi filem seram, Polaroid bakal menemui penonton pada 23 Mei ini di seluruh pawagam tanah air. Semalam, kami bersama peminat bertuah berkesempatan untuk menonton tayangan perdana filem ini dan apa yang boleh kami katakana, not bad!
Polaroid menceritakan tentang seorang pelajar sekolah, Bird Fitcher secara tidak sengaja menjumpai sebuah kamera polaroid lama yang mempunyai kisah misteri disebaliknya. Sesiapa yang gambarnya diambil dengan kamera tersebut pasti akan mati dalam keadaan tragik.
Ha, kalau sebelum ini ramai yang suka sangat bergambar, macam mana kalau setiap indvidu yang gambarnya diambil itu tiba-tiba akan mati secara tragik? Mesti korang tak mahu bergambar lagi kan? Hiks!
Begitulah yang terjadi dalam filem ini. Bila berlaku satu demi satu kematian, akhirnya Bird dapat mengagak bahawa kamera yang dimilikinya itu mempunyai misteri apabila setiap gambar yang diambil, pasti individu tersebut bakal mati.
Ads
Serious, terkejut!
Kalau korang sejenis mudah terkejut, hati-hati. Terdapat babak-babak cemas yang bakal membuatkan korang tutup mata dan seterusnya menjerit terperanjat. Boleh dikatakan hampir 80 peratus scene dalam filem ini dalam situasi yang gelap sampaikan kami pun terfikir, rumah dia tak ada lampu ke? Hehe!
Tapi, dah nama cerita hantu kan. Kalau terang sangat pula, tak jadi la elemen seram tu.
Ads
Paling kami tak boleh lupa, ada satu part tu, sampai orang belakang tendang kerusi kami sebab dia terkejut. Ha, korang bayangkanlah macam mana filem ni berjaya buat penonton terperanjat. Tak boleh cerita lebih-lebih, korang kena tonton sendiri di pawagam. Baru real!
Ads
Disebalik misteri sebuah kamera
Penonton juga pastinya tertanya-tanya kenapa kamera tersebut boleh menyebabkan kematian. Tak tercapai dek akal kalau nak fikir macam mana dengan hanya sebuah gambar, ia boleh menyebabkan kematian, tapi rupa-rupanya ada kisah disebalik segala misteri yang berlaku.
Kalau nak tahu, kenalah tonton sendiri filem Polaroid ini di pawagam. Tak syoklah kalau semua kami cerita. Hehe!
Happy watching guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah hangat sebelum ini apabila mirip muka Tracie Sinidol, juara Dewi Remaja 2022 dikatakan saling tak tumpah dengan pelakon kebanggaan tanah air, Mira Filzah.
Bahkan apabila gambarnya berdiri di sebelah pelakon kelahiran Perak itu tular di media sosial, ramai peminat yang menggesa agar kedua insan berbakat itu berlakon dalam satu drama yang sama sebagai adik beradik.
Akhirnya keinginan warganet tercapai jua apabila dua selebriti ini digandingkan dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer. Peranan kameo yang dilakonkan juara Dewi Remaja itu meraih pelbagai reaksi dari netizen, dengan ramai yang bersetuju iras mukanya hampir 100 peratus sama dengan pelakon utama drama itu.
Video klip yang telah meraih hampir 2 juta tontonan di laman TikTok itu turut mengandungi 720 komen dari para pengguna.
“Tracie sebijik weh miraa. Kalau Qasrina takdela sebijik tapi ini memang betul-betul sama,” komen seorang pengguna.
“Dah dua kembar mira filzah dalam drama ini,” seloroh pengguna lain.
“Astaga, mengucap aku sebab ingatkan Mira Filzah bukak tudung. Nasib baik tengok sampai habis,” komen warganet.
Bahkan pelakon berusia 30 tahun itu turut berkongsi beberapa gambarnya bersama Tracie di laman Instagramnya untuk mempromosikan episod terakhir drama Imam Instant Ustazah Scammer.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rindu Puteri Mahkota Amelia Mignonette Thermopolis Renaldi atau lebih dikenali sebagai Mia Thermopolis, Puteri Genovia? Berita gembira buat peminat filem ini, The Princess Diaries is back!
Lagi menarik, menurut laporan Francais ‘Princess Diaries’ ini bakal diarahkan oleh anak Malaysia.
Princess Diaries 3 Diarahkan Oleh Adele Lim Dari Malaysia
Peminat filem di Malaysia pasti lebih meraikan berita gembira ini apabila mengetahui filem terbabit turut diarahkan oleh Adele Lim dari Malaysia.
Ini adalah kali kedua Lim sebagai pengarah selepas pertama kali mengarahkan filem komedi ‘Joy Ride’ (2023).
Di samping itu, Princess Diaries 3 akan diterbitkan oleh Debra Martin Chase di bawah syarikat penerbitan Somewhere Pictures milik Hatheway. Penerbit Eksekutif ialah Naia Cucukov dan Melissa Stack, manakala skrip pula ditulis oleh Flora Greeson.
Princess Diaries yang merupakan francais di bawah Disney telah pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, dengan sekuel ‘The Princess Diaries: Royal Engagement’ pada 2004.
Kedua-duanya dibintangi oleh Hathaway selaku Mia Thermopolis, dan Julie Andrews sebagai neneknya dan juga ratu. Diarahkan oleh mendiang Garry Marshall, kedua-dua filem itu mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta.
“Sebagai seorang peminat tegar Princess Diaries original, saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang akan menghidupkan siri ketiga ini. Kami tidak sabar untuk meraikan kuasa wanita, kegembiraan dan bimbingan dengan penonton di seluruh dunia,” kata Lim dipetik Deadline.
Hathaway memberi isyarat bahawa filem tersebut telah dibangunkan sejak 2022 dan tahun lepas, lapor CNA.
Buat yang tidak tahu, Adele Lim merupakan pengarah serta penulis dari Malaysia yang menulis lakon layar filem pecah panggung Crazy Rich Asians.
Ini perasaan mampu kami di majalah Remaja ucapkan selepas Muhammad Adli Asyraf, selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Sebahagian darah beku yang berada di salur otaknya sudah dibuang dan remaja berusia 22 tahun ini dalam proses pemulihan sejak awal bulan lalu.
Tatkala ditemubual, Muhammad Adli Asyaraf yang mesra disapa Acap mengakui dia semakin sihat.Malah kerusi rodanya juga sudah diletak di tepi dan dia hanya menggunakan tongkat sahaja. Ditanya apa dia mahu lakukan selepas sihat, adalah kembali ke padang bola bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.
Powerkan semangatnya! Jom doakan dirinya agar cepat sembuh.
Masa yang sama tempurung kepalanya yang suatu ketika dahulu agak lekuk sudah dibetulkan dengan pemasangan implant. Kata Acap, dia sendiri sudah mula belajar perlahan-lahan dan jika cepat sembuh dia mahu kembali seperti kehidupan lalunya, bekerja dan mencari rezeki sendiri.
Pembedahan kedua dijalaninya di Hospital Pakar KPJ penghujung Januari lalu ternyata telah menyelamatkan nyawa remaja aktif bersukan ini dari alami kelumpuhan dan terbaring dalam usia yang cukup muda. Salute pada kepakaran doktor yang berjaya membuang sebahagian darah beku di salur otaknya.
Jika lambat melakukan pembedahan kedua ini, risiko kehilangan nyawanya sangat besar atau dia boleh lumpuh selama-lamanya jika salur darahnya pecah!
Kisah remaja aktif bersukan ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Ini kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak disahkan mempunyai penyakit kronik. Mengamalkan gaya hidup sihat namun sebagai remaja dia akui merokok namun tidak kerap. Setiap hari balik dari kerja, dia akan pergi ke padang bola sama ada bermain futsal mahupun bola sepak dengan rakan-rakan di perumahan didudukinya.
Namun hujung tahun lalu pada 12 November, dia yang ketika itu duduk berehat di tempat kerja terasa mukanya tiba-tiba kebas. Sejurus rasa kebas itu datang dia terus rebah dan tidak sedarkan diri. Rakan sekerja yang panik terus menelefon ambulan dan ketika dibawa ke hospital, remaja berusia 22 hari ini koma empat hari.
Hasil pemeriksaan rapi, pakar yang merawatnya terus membuat keputusan darah beku yang ada di salur kepala sebelah kirinya perlu dibuang segera demi menyelamatkan nyawanya. Ibu bapanya yang kecemasan saat dimaklumkan hal itu perlu menandatangani satu dokumen bagi menyelamatkan nyawanya. Ketika itu doktor mengesyaki dia mempunyai darah tinggi tetapi ternyata tidak kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak punya sebarang penyakit kronik pun.
Dalam temubual kali pertama semasa Remaja menyiarkan kisahnya, bapanya Jasni Abdullah, 56 tahun berkata, kos pembedahan pertama adalah sebanyak RM83,000 di Hospital Pakar KPJ.
Insuran syarikat tempat anaknya bekerja hanyalah RM50,000 dan selebihnya ditanggung oleh ahli keluarga. Dan kebetulan duit KWSP bapanya yang baru berhenti kerja kerana mencapai tahap usia 55 tahun digunakan untuk membiayai kos selebihnya.
Masa yang sama, kata Jasni, selaku bapa dia masih bimbang lagi kerana hasil pemeriksaan rapi doktor, ada lagi salur darah hampir membeku di otak anaknya namun tidak dapat dibuang kerana merisikokan nyawanya jika dibuat sekaligus.
Kos pembedahan segera kali kedua mencecah hampir RM60 ribu termasuk memasang implant bagi tempurung kepalanya sebanyak RM20,000 lagi di mana menjadikan semuanya RM80,000. Keluarga ini perlu melakukannya penghujung Januari.
Remaja menyiarkan kisah remaja ini di mana hasil keprihatinan masyarakat bagi membantu dana pembedahan keduanya, keluarga ini mendapat RM11,000 lebih termasuk RM3000 lebih diberi orang ramai kepada keluarganya sendiri. Ada dalam RM14,000 lebih dan kerana itulah bapanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menderma bagi pembedahan kedua anak.
“Tiada jasa dapat saya balas dan semoga Allah memberikan ganjaran buat insan-insan yang membantu,” katanya yang berkali-kali mengucapkan rasa syukur di atas sebahagian bantuan diterimanya.
Kata Jasni lagi, dari pemeriksaan rapi doktor, salur urat di kepala anaknya menipis dan ia adalah kes yang sangat jarang terjadi.
“Ia antara sebab utama kenapa hal ini terjadi kepadanya,” katanya ketika Remaja menemuinya di kediaman di PPR Kerinchi, Pantai Dalam baru-baru ini.
Tq semua pada yang membantu memberikan sedekah buat remaja dan keluarganya ini demi menyelamatkan nyawanya.
Thanks you all, salute kerana prihatin pada nasib orang lain di dalam kesusahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang diketahui ramai, masalah buli dalam kalangan pelajar masih lagi berlaku sehingga hari ini.Macam yang terjadi baru-baru ini, seorang pelajar berusia 20 tahun...