Kegusaran rakyat Malaysia mengenai pembukaan sempadan negara China mulai 8 Januari 2023 mula dirasai apabila saban hari, ada sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan kemasukan pelancong dari China.
Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, terdapat kenaikan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak di China mulai November 2022.
Detik paling kritikal adalah pada 2 Disember 2022 di mana sebanyak 62,439 kes baharu dicatatkan di negara tanah besar itu.
ARTIKEL BERKAITAN: 70 Peratus Sanggup Jika Malaysia Ketat SOP & Sekat Pelancong China, Enggan PKP Berbuah Dua Kali – REMAJA
Jumlah itu bagaimanapun telah menurun secara perlahan-lahan hinggalah ke hari ini.
Demi membetulkan persepsi orang ramai mengenai keadaan sebenar jangkitan Covid-19 di China sekarang, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @cardevect
atau Vincent Lee telahpun tampil dalam video-video yang menunjukkan keadaan sekeliling lokasi penempatannya di Zhengzhou, China. Vincent merupakan warganegara Malaysia yang kini menetap dan berkhidmat di China.“Hari ini saya akan menerangkan tentang kekeliruan Covid-19 di China. Terdapat banyak kekeliruan di media sekarang sebab banyak yang mengatakan varian baru adalah dari China. Tetapi adakah itu benar?
“Varian seperti BA 5.2, BF 7, XBB1.5.. adakah varian ini dari China?
“Kelmarin, Tan Sri Dr. Noor Hisham telah mengatakan varian seperti BA 5.2 dan BF 7 bukan dari negara China sebab ia sudah berada di Malaysia sejak tahun lalu (pada) bulan Mac dan bulan Ogos,” ujarnya.
Tambah Vincent, kebanyakan bandar-bandar besar di China juga sudah mula pulih daripada kes jangkitan sehingga mencapai tahap normal. Tidak hairanlah orang ramai dalam paparan video beliau kelihatan selesa berada di luar bangunan untuk beriadah serta melakukan persiapan maraikan Tahun Baru Cina pada bulan ini.
@cardevect Replying to @faz #UndizPalace Ini Shanghai pada 31 December 2022 New Year Eve. Memang banyak orang tapi di Shanghai dan keadaan sudah pulih #shanghai #covid #covid19 #hello2023 #newyear #happynewyear #china ♬ Happy New Year (30s) – BLVKSHP
Mengenai keadaan pusat kesihatan di Zhengzhou, Vincent membawa pengikutnya melihat kondisi di sana. Adakah ia sekritikal yang digambarkan di media sosial dengan jumlah pesakit yang ramai tersadai di sana?
Menurutnya, dua buah klinik yang selalu dikunjungi kelihatan kosong pada 3 Januari lalu berbanding hari sebelumnya. Kebanyakan klinik di sana berada dalam keadaan senyap atau hampir kosong tanpa pengunjung.
@cardevect How are clinic condition in Zhengzhou, China as of 3 January 2023. About 2 weeks ago I shared that clinic are pack with people but now it is almost empty #covid #covid19 #clinic #fever #america #china @Vincent Lee ♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic
Biarpun banyak video-video lama sewaktu kes Covid-19 naik mendadak di China kembali dimuat naik untuk memberi gambaran menakutkan mengenai negara itu dan rakyat, Vincent berharap agar orang ramai lebih bijak menilai.
Tambahan pula, segala maklumat yang sahih ada di hujung jari sekarang.
“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr Noor Hisham kerana membuat penerangan yang jelas dan tepat tentang Covid-19 di China,” simpulnya.
@cardevect Terdapat banyak kekeliruan tentang situasi Covid19 di China. Kelonggaran travel restriction, varian baru Covid19 dan keadaan di China #covid #covid19 #china #quarantine #travel #covidvariant #ba52 #bf7 #xbb #xbb15 ♬ Metamorphosis – Danilo Stankovic
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.