Banyak Negara Eropah Alami Parlimen Tergantung, Belgium ‘Paling Relaks’ Selama 652 Hari

Share

Wah! Sikit je lagi nak cecah dua tahun.

Memasuki hari kelima selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, rakyat di Malaysia rata-rata gelisah apabila negara masih belum mempunyai seorang Perdana Menteri.

Namun tahukah korang, situasi parlimen tergantung ini sebenarnya adalah perkara biasa di negara Barat terutamanya di benua Eropah.

Perancis misalnya berdepan situasi parlimen tergantung pada Jun 2022 setelah parti gagasan yang diketuai Presidennya, Emmanuel Macron kehilangan majoriti dalam persidangan kebangsaannya.

Di Itali pula, gagasan sayap kanan yang dibentuk oleh Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi gagal memenangi majoriti sewaktu Pilihan Raya Umum mengejut diadakan pada September lalu susulan perletakan jawatan perdana Menteri Mario Draghi.

Dan siapa dapat melupakan parlimen tergantung di Great Britain selepas mantan Perdana Menteri, Theresa May gagal memenangi majoriti undi pada tahun 2017. Lalu beliau ‘dipaksa’ untuk bergabung dengan parti minor.

Namun, kedua-dua buah negara itu tidak dapat ‘melawan’ tempoh parlimen tergantung yang berlaku di Belgium dari tahun 2019-2020.

Hanya selepas 652 hari (!) atau kira-kira 16 bulan selepas Pilihan Raya Umum berakhir tanpa keputusan, pada 1 Oktober 2020 lalu pemimpin liberal Belgium, Flemish Alexander De Croo telah dilantik menjadi Perdana Menteri baharu Belgium untuk mengetuai kerajaan yang dibentuk daripada gabungan tujuh buah parti.

Sepanjang tempoh tanpa Perdana Menteri yang sah termasuklah semasa dunia dilanda wabak Covid-19, Belgium telah ditadbir oleh Pemangku Perdana Menteri, Sophie Wilmes. Namun beliau tidak pernah memperoleh majoriti parlimen.

Akhienya selepas berbincang, gabungan baharu kerajaan Beldium mencapai persetujuan mengenai program kerajaan dan barisan kabinetnya. Menariknya, kerajaan Belgium ini mengumpulkan gabungan baharu bersama dua parti sosialis (di mana satu bertutur dalam Bahasa Perancis dan satu lagi bertutur dalam Bahasa Flemish), dua parti Liberal dan dua parti Hijau.

*

Setakat ini, Malaysia masih belum mencapai kata sepakat dalam melantik kerajaan baharu susulan PRU15 dan masih ditadbir oleh kerajaan ‘caretaker’ di bawah pimpinan Perdana Menteri terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ