“Dia sudah cukup matang dan tahu apa yang dia buat..”
Jika ibu kita mengeluarkan statement seperti itu kepada anaknya, terasalah juga ‘cuak’ memikirkan apalah kesalahan yang telah kita lakukan.
Tetapi apabila Datin Noor Kartini yang menujukan kata-kata itu kepada anaknya, Noor Neelofa, ia membawa maksud kepercayaan yang dirinya ada pada pengacara program MeleTOP tersebut.
Sempena meraikan Hari Ibu pada 12 Mei (yes, it is today!), REMAJA tertarik dengan perkongsian Neelofa dan Datin Noor Kartini kepada rakan media kami di Mingguan Wanita semasa mereka ditemu bual untuk menghiasi cover majalah berkenaan pada bulan Mac lalu.
Menurut Datin, beliau sering berpesan kepada Neelofa dan anak-anak yang lain agar selalu mengingati asal-usul keluarga dan selalu ingat kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Ads
”Saya tak berapa nak ambil pusing tentang soal gosip. Saya rasa dia adalah seorang yang kuat untuk menghadapi semua itu. Apa yang lebih saya tekankan adalah untuk sentiasa mendoakan semua anak dan saya berpesan kepada mereka agar tidak lupa berdoa setiap kali melakukan apa-apa kerja.”
“Dengan Neelofa, kadangkala kami berjumpa di pejabat. Tapi jika dia sibuk, hanya di rumah dia sajalah tempat kami berjumpa. Saya tak boleh berada sepanjang masa untuknya dan anak-anak yang lain. jadi saya ingatkan mereka agar membaca doa sebelum berjumpa pelanggan dan sebarang urusan.
”Ada banyak bacaan doa yang saya berikan untuk dibaca dan diamal. Selain itu, jika sempat saya akan lakukan solat hajat sewaktu dia dalam sidang pertemuan dengan pelanggan,” tambah beliau.
Ads
Untungnya adik-beradik Neelofa ni untuk mempunyai ibu seperti Datin Noor Kartini! Alhamdulillah, semoga dirinya terus diberikan kekuatan untuk bersama anak-anaknya.
Hormat & Sayang Teramat
Itulah yang selalu dirasakan oleh Neelofa terhadap ibunya.
”She is everything. Dialah penyokong nombor 1 saya, dia jugalah pengkritik terbaik yang saya ada. Dalam keadaan di atas mahupun di bawah, dia selalu ada di situ untuk anak-anaknya.
Ads
”Ramai mungkin tak tahun, Mamalah yang mencetuskan idea untuk memulakan perniagaan Naelofar Hijab. Dia berada bersama saya sejak hari pertama ia diperkenalkan,” kongsi Lofa.
Untuk menjadi ibu terbaik, Lofa mengakui ibunya itu seorang yang sangat kuat, sabar dan tanah. Kekuatan ibu itu menjadi penanda aras untuk dirinya.
”Kalau boleh saya nak jadi sekuat Mama. Dia selalu berpesan supaya tak lupa diri, ingat asal-usul dan jangan sesekali sombong semasa manusia tak bertempat. Pesanan itu bagi saya lebih daripada konteks menjadi selebriti, ia adalah mengenai hubungan kita dengan orang di sekeliling seperti yang dituntut.
REMAJA percaya, kejayaan yang diperoleh semua orang termasuklah Neelofa berhasil daripada berkat seorang ibu. Jangan mudah melupakan mereka semasa kita diuji dengan sedikit kejayaan.
Happy Mother’s Day, Datin Noor Kartini !
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, viral tentang sebuah drama yang melibatkan karakter profession seorang doktor yang katanya bertentangan dengan tugas hakiki.
Ramai yang memberi pendapat bahawa jika nak dibandingkan dengan drama-drama luar, fokus mereka terhadap sesuatu kerjaya itu adalah lebih serius menggambarkan situasi sebenar dalam bidang tersebut.
Drama Korea antara yang menggunakan istilah yang betul dalam perubatan, pembedahan yang realistik, pakai scrubs, tidur dekat hospital, hidup tak terurus, lari sana sini nak selamatkan pesakit, cuma ada la sikit sempat nak bercinta. Hiks!
Kalau nak lebih puas hati, apa kata korang tonton sendiri antara drama-drama perubatan yang best untuk korang follow!
1. Emergency Couple
Seorang pelajar perubatan, Oh Chang-min (Choi Jin-hyuk), dan dietitian, Oh Jin-hee (Song Ji-hyo) jatuh cinta lalu berkahwin walaupun ditentang kuat oleh keluarga. Chang-min berasal dari keluarga kaya dan disebabkan perkahwinan itu, keluarganya mula menyekat kewangannya.
Untuk mendapatkan wang dengan mudah, Chang-min melupakan impiannya menjadi doktor dan bekerja sebagai jurujual farmasi. Kehidupan mereka semakin tertekan dan pasangan ini mula sentiasa bergaduh dan akhirnya bercerai.
Selepas bercerai, Chang-min dan Jin-Hee telah kembali semula ke kolej perubatan untuk mengejar impiannya menjadi doktor. Mereka betemu kembali sebagai pelatih di hospital yang sama, di mana mereka perlu bekerja di bilik kecemasan bersama selama tiga bulan.
2. Doctor Stranger
Ketika kecil, Park Hoon (Lee Jong-suk) dan ayahnya Park Cheol (Kim Sang-joong) diperdayakan dan dihantar ke Korea Utara. Disana, Park Hoon dilatih untuk menjadi doktor oleh ayahnya yang merupakan doktor terkenal di Korea Selatan.
Park Hoon menjadi pakar pembedahan jantung (Kardiotorasik) genius selepas menghadiri kolej perubatan di Korea Utara. Di sana, dia telah jatuh cinta dengan Song Jae-hee (Jin Se-yeon).
Selepas ayah Park Hoon meninggal dunia, dia cuba melarikan diri ke Korea Selatan dengan Jae-hee, tetapi terputus hubungan akhirnya dalam satu peristiwa.
Park Hoon mula bekerja sebagai doktor di hospital terkemuka dan dia mendapati seorang gadis yang kelihatan serupa seperti Jae-hee, iaitu Doktor Han Seung-hee, tetapi Seung-hee menafikan dia mengenali Park Hoon.
3. Romantic Doctor, Teacher Kim
Drama ini menceritakan kehidupan tiga orang doktor yang sudah tidak lagi bekerja sebagai doktor di Hospital Geodae. Tiga doktor daripada generasi berbeza ini dipertemukan kembali di Hospital Doldam, sebuah hospital lama di sebuah pedalaman yang serba serbi kekurangan kelengkapan dan kemudahan. Kisah dari drama ini adalah bagaimana perjuangan doktor-doktor ini berkhidmat di hospital tersebut, sekaligus mempertahankan dan menaikkan taraf hospital di kawasan pedalaman.
4. Doctor Crush
Yoo Hye-jung (Park Shin-hye) adalah seorang pelajar sekolah menengah yang keras kepala dengan berkeperibadian gangster. Kerana banyak pengalaman pahitnya semasa kecil, Hye-jung menutup hatinya terhadap orang lain.
Namun, dia berubah setelah bertemu dengan mentornya, seorang guru di sekolahnya Hong Ji-hong (Kim Rae-won), yang merupakan pakar bedah otak. Hong Ji-hong memainkan peranan penting dalam mengubah hidup Hye-jung dari gadis liar yang tiada harapan menjadi seorang doktor yang penuh semangat.
Mereka berpisah kemudian selepas nenek Hye-jung meninggal dunia, ketika Hye-jung masih bersekolah lagi,tapi bertemu semula setelah 13 tahun, saat Yoo Hye-jung sudah berjaya menjadi Pakar Bedah Otak.
5. It’s Okay That’s Love
Drama ini berkaitan dengan penyakit mental. Kang Jae Yeol (Jo In Sung) mengalami gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) dan Skizofrenia dimana ia adalah gangguan mental yang serius. Mereka mengalami khayalan, halusinasi, pemikiran dan kepercayaan luar biasa, dan terpisah dari realiti.
Siri ini nampak seperti kisah biasa-biasa tetapi pendedahan yang dibuat tentang penyakit mental memang terbaik.
6. Hospital Ship
Hospital Ship mengisahkan tentang kisah doktor-doktor muda yang menyediakan perkhidmatan perubatan kepada penduduk pulau melalui hospital bergerak di dalam kapal. Drama ini agak santai sikit, kurang menunjukkan elemen-elemen pembedahan, tapi mesej yang ada tetap sampai pada penonton.
7. Live Up To Your Name
Heo Im (Kim Nam-gil), adalah seorang doktor oriental, diakui sebagai yang terbaik dalam akupunktur dan moxibustion di zaman Joseon. Kejayaan beliau disekat kerana statusnya dirinya yang rendah.
Suatu hari, Heo Im secara tidak sengaja merentasi masa dan mendapati dirinya di Seoul pada masa sekarang. Dia bertemu Choi Yeon-Kyung (Kim Ah-jung), seorang doktor yang hanya mempercayai perubatan moden sahaja dan tidak setuju dengan perubatan secara tradisional walaupun datuknya ialah doktor oriental. Ramai yang cakap drama ni best gila sebab karakter hero dalam siri ini sangat menghiburkan.
8. Kill Me Heal Me
Drama yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang menghidap gangguan kecelaruan peribadi (Dissociative Identity Disorder). Penyakit psikologi ini sangat jarang berlaku kerana seseorang pesakit itu mempunyai banyak personaliti berbeza. Ketika satu personaliti hilang, mereka akan melupakan segala yang berlaku, sementara personaliti yang lain keluar.
Emosi korang juga bakal dipermainkan kerana drama ini boleh membuatkan korang tergelak dan menangis. Macam best je kan?
9. Investigation Couple
Drama ini menceritakan tentang ahli-ahli forensik dan juga peneliti yang saling membantu untuk mencari orang jahat. Baek Beom (Jung Jae-Young) telah bekerja sebagai doktor forensik selama 10 tahun. Dia mempunyai keperibadian yang buruk, tetapi hasil kerjanya sangat mengagumkan. Lain pula dengan Eun Sol (Jung Yoo-Mi) yang merupakan seorang pendakwa raya yang mempunyai personaliti menyenangkan. Doktor forensik dan pendakwa raya bekerjasama untuk menyelesaikan kes.
10. Life
Life mengisahkan perbezaan kepercayaan dalam melayan dan merawat pesakit. Ye Jin Woo (Lee Dong Wook) memegang teguh pada prisip kedoktoran, berbeza dengan Goo Seung Hyo (Cho Seung Woo) yang mementingkan wang berbanding nyawa.
11. Yongpal
Kim Tae-Hyun (Joo Won) adalah pakar bedah yang sangat baik, tetapi dia sentiasa diganggu oleh pengumpul hutang kerana adik perempuannya. Kakaknya memerlukan dialisis buah pinggang dengan kos yang mahal. Untuk mendapatkan lebih banyak wang, dia pergi untuk melihat pesakit secara peribadi dengan bayaran yang tinggi. Dia tidak peduli sama ada pesakit ini adalah penjenayah selagi mereka dapat membayarnya.
12. Beautiful Mind
Lee Young-HO (Jang Hyuk) adalah ahli bedah saraf yang sangat baik dan penuh dengan sifat simpati. Suatu hari, dia terlibat dalam kematian pesakit yang aneh. Dia juga jatuh cinta dan memulihkan kemanusiaannya.
13. Brain
Siri drama perubatan “Otak” melibatkan kira-kira tiga doktor di Hospital Universiti Chunha yang berprestij. Lee Kang-Hoon (Shin Ha-Kyun) adalah pakar bedah otak yang sangat baik, tetapi sombong dan bertugas di Hospital Universiti Chunha.
Dia berasal dari latar belakang keluarga yang miskin dan masih dihantui oleh memori yang menyakitkan kematian bapanya yang disebabkan oleh penolakan seorang doktor. Kang-Hoon mempunyai hasrat kuat untuk berjaya dan membuktikan bahawa dia adalah yang terbaik. Saingannya adalah Joon-Suk (Jo Dong-Hyuk) yang berasal dari keluarga doktor. Kim Sang-Chul (Jung Jin-Young) dikenali sebagai pakar bedah otak terbaik di Hospital Universiti Chunha. Dia juga mengambil berat terhadap pesakitnya dan mempunyai rasa tidak puas hati terhadap Kang-Hoon.
14. Doctor John
Cha Yo-Han (Ji Sung) adalah doktor anestesiologi. Dia sombong, tetapi dia adalah seorang jenius di karyanya. Kang Shi-Young (Lee Se-Young) adalah penduduk anestesiologi yang bekerja dengan Cha Yo-Han. Dia pandai, ‘hot’ seorang pendengar yang baik kepada pesakit-pesakitnya. Orang ramai, dengan sakit akut atau kronik yang misterius datang ke hospital. Di sana, Cha Yo-Han dan Kang Shi-Young cuba mencari penyebab kesakitan mereka.
15. Medical Top Team
Sebuah drama mengenai pasukan perubatan elit, satu pasukan doktor yang hanya mengambil doktor terbaik dari setiap kawasan, berjuang untuk membuat mukjizat mungkin dan berusaha untuk menaikkan jalannya di tengah-tengah perjuangan kuasa yang menggoncang hospital.
16. Descendants Of The Sun
Shi-Jin (Song Joong-Ki) adalah kapten pasukan khas. Dia menangkap pencuri motosikal dengan Sarjan Major Dae-Young (Jin Goo). Pencuri cedera semasa penangkapannya dan dihantar ke hospital. Dae-Young sedar telefon bimbitnya dicuri oleh pencuri dan pergi ke hospital untuk mengambil telefon bimbitnya.
Di dalam bilik kecemasan, Shi-Jin bertemu Dr Mo-Yeon (Song Hye-Kyo) untuk kali pertama dan jatuh cinta kepadanya. Mo-Yeon dengan keliru menganggap Shi-Jin adalah sebahagian daripada kumpulan jenayah pencuri. Dia membuktikan bahawa dia seorang askar dengan bantuan doktor tentera Myeong-Joo (Kim Ji-Won).
17. D-Day
Bencana alam menyerang bandar Seoul. Seluruh bandar menjadi lumpuh. Doktor dan kakitangan kecemasan berjuang untuk menyelamatkan rakyat.
18. Doctor Prisioner
Na Yi-Je (Namgung Min) adalah pakar bedah dengan kemahiran yang sangat baik. Dia terlibat dalam kemalangan perubatan yang tidak disebabkan olehnya. Kemalangan perubatan membawa Na Yi-Je untuk ditendang keluar dari hospital di mana dia bekerja. Dia kemudiannya mula bekerja sebagai ketua klinik perubatan penjara.
19. A Poem Day
Cerita mengikuti sekumpulan ahli terapi fizikal, jururawat, ahli teknologi radiologi dan pelatih.
Ye Jae-Wook bekerja sebagai ahli terapi fizikal dan juga mengajar di bidang yang sama. Dia mula bekerja sebagai ketua pasukan di sebuah hospital. Woo Bo-Young telah bekerja sebagai ahli terapi fizikal selama 3 tahun. Dia ingin menjadi seorang penyair, tetapi kerana latar belakang keluarga yang miskin dia belajar untuk menjadi ahli terapi fizikal.
Shin Min-Ho adalah seorang pelatih, tetapi dia tidak berminat dengan terapi fizikal. Grednya tidak cukup baik untuk sekolah perubatan dan ibu bapanya, yang kedua-dua doktor, membuatnya belajar terapi fizikal.
20. Hotel Playlist
“Wise Doctor Life” menceritakan tentang kisah doktor, jururawat dan pesakit di hospital. 5 orang doktor semua memasuki universiti perubatan yang sama pada tahun 1999. Mereka sekarang masih berkawan dan bekerjasama di hospital yang sama.
21. Good Doctor
Seorang lelaki muda bernama Park Shi-On (Joo Won) mempunyai sindrom yang pandai dan cacat perkembangan. Umur mentalnya ialah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, tetapi dia menjadi seorang pakar bedah pediatrik. Sementara itu, Kim Do-Han (Joo Sang-Wook), yang merupakan pakar bedah pediatrik terbaik, sering mendapati konfrontasi dengan Park Shi-On.
Apabila Park Shi-On adalah seorang kanak-kanak, dia agak berbeza daripada kanak-kanak lain kerana mempunyai sindrom yang sihat. Kanak-kanak lain tidak mahu berkawan dengannya. Shi-On sentiasa bersendirian, tetapi dia mempunyai seorang kakak dan seekor arnab peliharaan. Abangnya selalu menjaga Shi-On. Sementara itu, bapa Shi-On adalah ganas dan kesat. Dia juga membunuh arnab haiwan kesayangan Shi-On.
Pergh, banyak sangat drama best untuk ditonton ni. Bila dah syok menonton, jangan leka sampai tak buat kerja lain pula ya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam dunia bola sepak, mungkin pemain terkenal seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi gah mengungguli ranking, jumlah gol terbaik liga dan jumlah follower paling ramai di Instagram.
Bagaimanapun, percaya tak jika kami katakan yang mereka berdua bukanlah pemain bola sepak terkaya di dunia pada masa ini? Huh, siapa lagi kaya?
Perkenalkan, Faiq Bolkiah yang berusia 19 tahun yang bergelar pemain bola sepak profesional untuk kelab liga premier Leicester City.
Pemain tepi kelab itu juga merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dilaporkan memiliki nilai harta sehingga 20 billion dollar.
Faiq dilahirkan di Los Angelas Amerika Syarikat dan memutuskan untuk bermain bagi pasukan nasional Brunei seawal usia 15 tahun lagi.
Walaupun dikategorikan sebagai pemain rookie di dalam pasukan tersebut, Faiq telahpun bermain untuk negaranya sebanyak 9 kali setakat ini dan pernah menjaringkan satu gol.
Berbekalkan satu gol sekalipun, Faiq masih merupakan pemain paling kaya di dunia.
“Saya mula bermain bola sepak sejak kecil lagi, saya sukakan pesekitaran berada di tengah padang bola. Ibu bapa saya juga selama ini memberikan sokongan tak berbelah bahagi untuk membantu saya menggapai impian bergelar pemain bola sepak.
“Mereka memastikan saya berlatih kuat secara fizikal dan mental,” katanya dalam temuramah baru-baru ini.
Pada tahun 2009, akademi berprestij Southampton telah diperkenal di Brunei. Namun itu bukanlah tiket pantas untuk mereka menawarkan Faiq kontrak sebagai pemain.
Tidak lama selepas itu, kelab gergasi Arsenal menawarkan Faiq peluang untuk tempoh percubaan dan dia bermain untuk kelab tersebut dalam liga Lion City Cup di mana Faiq bermain dengan cukup bagus dan berjaya menjaringkan gol.
Sejak itu, beberapa kelab lain melahirkan minat untuk mengambilnya sebagai pemain. Namun Faiq, one way or another, ingin menyertai Chelsea, yang akhirnya menawarkannya kontrak selama dua tahun.
Hanya selepas setahun, Faiq kemudiannya meninggalkan Chelsea untuk bersama dengan Leicester City selama tiga tahun.
Walaupun Faiq dilahirkan dalam keluarga yang maha kaya, hakikatnya dia masih merupakan seorang remaja yang mempunyai impian dan dia bekerja keras untuk mencapainya. Atau apa pendapat korang? Adakah semua kejayaan ini hasil daripada pengaruh besar keluarga?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk koleksi terbaru Resort 20/21 pereka fesyen Alia Bastamam menampilkan sebuah koleksi yang diinspirasikan dari keindahan alam semula jadi. Garisan laut dan langit membentuk latar matahari terbenam yang sangat cantik.
Gradien warna yang terjadi tatkala matahari sedang terbenam menimbulkan suasana dan rasa yang cukup magis lantas menembus jiwa yang bebas mengembara dan berimaginasi tanpa perlu mengembara.
Menurut Alia, “Koleksi ini adalah tentang membawa estetik resort jenama ini ke hadapan. Tapi bagaimana kita dapat bersiap cantik dan bergaya di kala masa sebegini?
“Saya memastikan rekaan yang dihasilkan sangat ringan dan bebas agar menampilkan gaya yang tidak keterlaluan dengan impak yang maksimum. Semuanya beralun cantik dengan selesa tanpa siluet yang membataskan pergerakan.”
Rona yang diterapkan untuk koleksi kali ini juga berkisarkan ombre warna tropical yang lembut dan menenangkan.
Menarik dalam kempen ini, kelibat Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 turut kelihatan memperagakan sebahagian busana yang direka bersama model-model lain.
Mungkinkah Alia Bastamam akan mereka busana Francisca di pentas Miss Universe nanti?
Sebelum ini Alia pernah mereka busana gaun petang khas untuk Miss Universe Malaysia 2013 yang memperagakan busana tersebut di Rusia selaku tuan rumah Miss Universe Ketika itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...