Tiada apa yang lebih menyedihkan di saat minat mendalam namun akhirnya terpaksa terhenti akibat kecederaan. Namun lebih mengecewakan apabila kontrak ditamatkan.
Dalam satu laporan Harian Metro, tamatnya perlumbaan di Grand Prix (GP) Portugal minggu lalu bermakna berakhir sudah karier Khairul Idham Pawi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dalam saingan Moto3 apabila kontraknya bersama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) tidak disambung.
Ia menjadi pengakhiran mengecewakan buat pelumba itu selepas apa diusahakan selama ini oleh ayahnya, Pawi Omar berakhir dengan cara paling tidak diingini.
Pawi berkata, dia cuba memujuk Khairul Idham atau lebih dikenali dengan Super KIP untuk meninggalkan dunia permotoran dan beralih kerjaya sebagai penternak lembu. Ia bukan gurauan, malah Super KIP ketika bersiaran di laman sosial Instagram baru-baru ini turut memaklumkan dia mungkin beralih angin menjadi petani dengan menanam pisang.
Kata Pawi, dia kecewa dengan apa berlaku dan selepas bergolok-gadai dan diisytiharkan muflis, malah sehingga KIP mengorbankan jarinya, namun karier anaknya itu berakhir dengan cara tidak disangka pada usia 22 tahun.
Ads
"Khairul satu dalam sejuta. Saya bukan nak bangga, tapi saya didik dia dari kecil sejak sekolah lagi. Macam mana susahnya saya didik dia, asuh dia bergolok-bergadai rumah. Berniaga hingga muflis sampai ke hari ini.
"Malah sekarang saya masih tanggung saman dari LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sebanyak RM36,000 tiap-tiap bulan sebab tak bayar cukai demi jadikan Khairul sebagai pelumba. Tiba-tiba jadi macam ini. Saya amat kecewa," katanya.
Ads
Khairul kini berada di tanah air dan menjalani proses kuarantin wajib di salah sebuah hotel di ibu negara.
Dia dijangka pulang ke kampung halaman, Batu Gajah, Perak pada 7 Disember depan selepas tamat tempoh itu.
Ads
Kata Pawi, Khairul mungkin bertukar kerjaya dan beliau cuba pujuk anaknya untuk tinggalkan perlumbaan dan mulakan hidup baharu.
"Saya sangat kecewa dengan SRT, termasuk Khairul. Saya tak pernah lihat dia betul-betul kecewa seperti hari ini. SRT tak bagi dia peluang. Masa di Moto2 dia jatuh cedera dan berehat panjang tukar ke Moto3. Jatuh lagi dan cedera lagi sehingga potong jari.
"Sebenarnya perkhabaran khidmat Khairul ditamatkan itu saya tahu sejak Julai. Sudah ada khabar angin bertiup. Sebelum dia potong jari dan kalau dah tahu begitu, kenapa mereka suruh dia potong jarinya," kata Pawi.
Khairul menyertai Petronas SRT pada 2019 dalam kategori Moto2, tetapi selepas bergelut dengan masalah kecederaan, dia memasuki kategori Moto3 setahun kemudian. Sepanjang bergelar pelumba, Khairul pernah dua kali menaiki podium sebagai juara dalam Moto3 pada 2016 di Argentina dan Jerman. Sumber : Harian Metro / Gambar : Petronas SRT
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari tahun lepas rasanya kita dah dengar tentang sistem RFID ni. Dengarnya, sistem ini lebih cekap dan canggih daripada perkhidmatan Touch n Go dan SmartTAG.
Pengguna hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu perlahankan kereta atau berhenti sepenuhnya. RFID ni bertindak seperti pengimbas barcode jarak jauh yang menggunakan scanner pada pintu gerbang tol.
Ala, mesti korang dah pernah nampak kan sebab ada beberapa tol yang dah jalankan pilot test untuk sistem RFID ini.
Fyi, pendaftaran telah pun dibuka dan buat masa sekarang, ia adalah percuma. Apa lagi gaiss, cepatlah mendaftar.
Macam mana nak buat? Korang boleh register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, korang akan terima email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi. Jangan lupa untuk download aplikasi Touch n Go Ewallet juga.
Selesai saja proses pendaftaran, korang boleh book mana-mana RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pengenalan dan geran kereta semasa membuat urusan.
Mudah je kan?
Antara highway yang sudah mempunyai sistem RFID ini adalah seperti berikut:
Korang yang menetap di Lembah Klang tu rugi kalau tak buat. Boleh jimat masa atas jalan raya wey!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak awal pagi tadi, ramai yang risau apabila hujan lebat turun membasahi bumi. Ada yang tidak dapat tidur lena mengenangkan nasib mangsa-mangsa banjir sebelum ini.
Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah pun mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku di beberapa buah negeri sehingga pukul 11 pagi nanti.
Antara kawasan yang dijangka terkesan adalah di negeri Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat), Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) dan Sarawak (Limbang).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
Menurut mereka lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Takziah diucapkan kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora malam semalam.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 yang merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi pemberita.
Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda. Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.
Difahamkan, nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek. Kemalangan ini membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.
Pihak USAS juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka juga ada mengutip derma kilat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
CIMB BANK 7614015030 Persatuan Business Administration Students Society
Takziah sekali lagi kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...