Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 mencipta kenangan manis apabila seorang bapa dan anak perempuannya menerima ijazah yang sama, pada hari yang sama.
Mohd Zaki Awang, 53, dan anaknya, Aina Afiqah Mohd Zaki, 24, berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Bacelor Eksekutif Pengurusan Perniagaan, menjadikan konvokesyen kali ini lebih bermakna buat keluarga mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Tekad Ubah Nasib Keluarga Selepas Kehilangan Tempat Bergantung Ketika Usia 13 Tahun, Hasrat Mahu Jadi Ahli Perniagaan Berjaya
Isteri tercintanya, Nor Azlina, yang turut hadir di majlis itu, meluahkan rasa bangga melihat suami dan anak perempuannya berkongsi detik bersejarah tersebut.
“Sebagai ibu dan isteri, saya berasa amat bangga kerana di usia 53 tahun, suami dapat menamatkan pengajian walaupun kekangan masa serta komitmen terhadap keluarga.
“Saya selalu memberi semangat kepada mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Wan Hanafi Raikan Kejayaan Cucu Dalam Istiadat Konvokesyen UMPSA. Tahniah!
Pada masa sama, Aina Afiqah pula berasa gembira dan terharu dapat berkongsi kejayaan dengan bapa tersayangnya.
“Saya berbangga dapat menamatkan pengajian ini dengan jayanya walaupun membuat dua kerja dalam satu masa. Tetapi yang paling terpahat memori adalah dapat kenal dengan rakan-rakan baharu dan menimba pengalaman sebagai pelajar jarak jauh.
“Hari ini kami berdua akhirnya berjaya, dan ia benar-benar satu kebanggaan buat keluarga,” kata Aina.
ARTIKEL BERKAITAN: Tekad Ubah Nasib Keluarga, Anak Pengawal Keselamatan Terima Anugerah Diraja. Turut Raih Dua Anugerah Berprestij Yang Lain. Tahniah!
Bagi Mohd Zaki pula, cabaran terbesar sepanjang pengajian ialah perjalanan jauh dari Johor ke Pahang untuk menghadiri kelas.
Tambahnya lagi, dia juga bersyukur kerana UMPSA menyediakan program pembelajaran yang fleksibel, sesuai dengan tugasnya sebagai Eksekutif Perolehan dan Logistik di sebuah syarikat di Pengerang.
“Ia ternyata merupakan pengalaman manis yang akan diingati sepanjang hidup saya. Saya amat bersyukur kerana UMPSA telah menyediakan satu laluan pembelajaran yang fleksibel.
“Sesuai dengan komitmen dan kerjaya saya sebagai Eksekutif Perolehan dan Logistik di sebuah syarikat terkemuka di Pengerang,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA NEWS
4 Step Workout Kecilkan Paha Cara K-Pop Idol, Boleh Buat Di Rumah Saja
Memiliki paha yang besar bagaikan mimpi ngeri buat wanita. Bukan hanya yang memiliki bentuk badan berisi saja mempunyai masalah ‘besar’ di bahagian paha, tapi ada yang bertubuh kurus juga tak lepas daripada masalah ini.
Jadi, ramai yang tanya macam mana nak kecilkan paha mereka. Lagi membara bila layan video K-pop, memang makan hati tengok peha dorang yang runcing dan kecil itu. Dah jangan nak makan-makan hati, ini Remaja kongsikan 4 step workout untuk mendapatkan peha langsing langsung tak bergesel, mengikut rutin k-pop idol.
Bend Press + Split
Lateral Leg Raise
Clams
Inner Thigh Lift
Nak hasil mujarab, lakukan rutin ini setiap hari mengikut kesesuaian masa sama ada pagi atau petang. Inshaallah kamu dapatkan peha langsing idaman, asalkan berdisiplin dan tidak putus asa.
@michelleschoiTry doing this 2-3 times!💕 ##fitnesschallenge ##keepingactive ##indoorworkout ##slimlegs ##legworkout ##learnfromme ##fyp ##koreangirl ##kpop ##blackpink♬ original sound – Kyana
Selamat beramal!
Matahari Buatan Korea Diaktifkan Selama 20 Saat, Dengan Suhu 100 Juta Celcius
The Korea Superconducting Tokamak Advanced Research (KSTAR), sebuah peranti pelengkap superkonduktor yang juga dikenali sebagai matahari buatan Korea, telah pun mencatat rekod dunia kerana berjaya mengekalkan plasma suhu tinggi selama 20 saat dengan suhu ion lebih dari 100 juta darjah Celsius.
Menurut phys.org, pada 24 November lalu, Korea Institute of Fusion Energy (KFE) telah pun mengumumkan bahawa penyelidikan bersama Seoul National University (SNU) dan Columbia University of the United States berjaya dalam operasi plasma secara berterusan selama 20 saat dengan suhu 100 juta Celsius, yang merupakan salah satu syarat utama peleburan nuclear dalam KSTAR Plasma 2020.
Ia adalah satu pencapaian terbaik kerana ia adalah kali pertama pernah mengaktifkan matahari buatan mereka selama lebih dari 10 saat. Hal ini dapat dilakukan kerana KFE telah berjaya memperbaiki rekaan mod Internal Transport Barrier, iaitu yang boleh mengekalkan keadaan plasma untuk masa yang lebih lama.
KFE turut menjangkakan mereka boleh mengekalkan pengaktifan matahari buatan ini selama 300 saat pada suhu melangkaui 100 juta darjah Celsius menjelang tahun 2025 nanti.
Institusi mereka juga akan menjalankan lebih banyak eksperimen dengan organisasi-organisasi yang lain, dimana hasil yang didapati daripada eksperimen ini akan dikongsi di acara IAEA Fusion Energy Conference pada bulan Mei 2021.
Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa kuasa manusia tidak boleh disamakan dengan yang Maha Pencipta. Tidak kiralah sehebat mana pun ciptaan manusia itu, ia sama sekali tidak dapat menyaingi dengan kuasa Allah SWT. Wallahualam!
Pentingnya Sarapan ‘On Time’ Kalau Nak Turun Berat Badan? 5 Fakta Korang Kena Tahu
Isi Kandungan
ToggleRamai yang tahu sarapan pagi sangat penting terutamanya pada mereka yang sedang berdiet. Walaupun ada kata-kata seperti breakfast like a king, kamu perlu ingat jangan sembarangan makan pula. Malah patuh pada menu sarapan diet supaya usaha kamu tidak sia-sia.
Kali ini penulis nak kongsikan 5 fakta kenapa korang kena ambil sarapan untuk turunkan berat badan. Semak di bawah:
1. Bantu turunkan berat badan
Sebenarnya orang yang melewatkan pengambilan sarapan pagi memiliki 50% kemungkinan untuk mengalami overweight. Keadaan ini disebabkan mereka akan makan lebih banyak ketika makan tengah hari.
2. Aktifkan metabolisme
Ketika bangun tidur, kadar gula dalam darah akan menurun. Jika anda mengambil sarapan, tubuh akan mendapatkan nutrisi dan karbohidrat untuk meningkatkan kembali kadar gula dalam tubuh.
3. Tingkatkan kecerdasan otak
Sarapan akan meningkatkan tahap konsentrasi, memori dan kemampuan mental yang lain.
4. Turunkan risiko makan berlebihan
Sekiranya bersarapan, anda tidak akan cepat lapar dan makan secara berlebihan ketika waktu lunch.
5. Tingkatkan kesihatan jantung
Mengambil sarapan dengan menu yang sihat akan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah. Jadi, ia merupakan alasan kukuh mengapa pengambilan sarapan mampu membuatkan anda terhindar daripada risiko penyakit jantung.
Ingat sarapan sangat penting untuk mereka yang tengah berdiet. Tapi jangan pula kamu pergi ambil makan fastfood ketika breakfast pula, tapi kalau sekali sekala tu boleh la…hiks