Nama Rio Mikaela Zahri mungkin masih kedengaran canggung dalam kalangan peminat sukan tempatan.
Begitupun, langkah kanak-kanak berusia 10 tahun ini dalam arena sukan mula memberikan harapan untuk Malaysia mempunyai prodigi atlet tenis yang hebat pada masa hadapan.
Kebelakangan ini, Mikaela yang merupakan anak perempuan kepada jurulatih kecergasan popular, Kevin Zahri, berada pada prestasi yang cukup baik apabila satu-persatu kemenangan di gelanggang menjadi miliknya.
Sepanjang bertanding dalam jelajah Eropah, Mikaela meneruskan rentah kemenangan untuk pertandingan kategori Bawah 10 dan hanya tewas untuk hanya satu perlawanan sahaja sepanjang jelajah berkenaan.
Lebih memberangsangkan apabila Mikaela sedang berada pada kedudukan pemain nombor satu dalam liga U10 di Mallorca, Sepanyol anjuran Porto Cristo Tennis Academy.
Pada hujung minggu lalu pula, Mikaela kembali ke tanah air untuk menjulang trofi kemenangan di kejohanan Terbuka Junior Kuala Lumpur pula.
Sewaktu ditemui oleh portal Sinar Daily, Kevin kongsikan bahawa Mikaela berpeluang untuk mempelajari selok-belok sukan tenis daripada bekas pemain nombor satu dunia, Carlos Moya.
Ia secara tidak langsung menguatkan lagi semangatnya untuk mengambil serius sukan tenis sebagai satu kerjaya, suatu hari nanti.
“Perjalanannya bukan mudah, tetapi dengan sokongan ahli keluarga, jurulatih dan peminat tenis, dia nekad untuk mencapai impian dan membuatkan Malaysia bangga,” kata Kevis.
Latihan Mikaela selepas ini katanya akan bertempat di Turki, Bosnia dan tentunya Mallorca, Sepanyol di mana dia akan terus memperbaiki skilnya dan mewakili Malaysia pada kejohanan tenis antarabangsa.
All the best, girl!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.