Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat bermain bola sepak David Beckham nampaknya diturunkan kepada anak sulungnya, Romeo Beckham yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia sukan bola sepak.
Baru-baru ini, remaja berusia 19 tahun ini telah muncul dalam aksi sulung secara professional di perlawanan bola sepak Amerika Syarikat.
Romeo menandatangani kontrak dengan pasukan simpanan Inter Miami, Fort Lauderdale dengan menyarung jersi bernombor 11.
Sebelum ini, Romeo dikenali sebagai seorang model fesyen, namun kini dia nampaknya sudah bergiat aktif dalam bidang bola sepak kerana dia sering memuat naik foto di atas padang bola.
Rata-rata pengikut memberikan komen semangat buat Romeo dan berharap agar dia mampu mencapai kejayaan seperti ayahnya, David Beckham.
Sumber: (1)
Perut Besar Membusung, Wanita Buka Rahsia Disantau Akibat Hasad Dengki
Bagi yang pernah mengalami pengalaman disantau, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap. Seluruh sendi badan sakit dan jika tidak berjaya diubati akan berakhir dengan kematian.
Ternyata pengalaman dikongsi oleh Puan Juliza ini di mana dia berkongsi kisahnya disihir sejak tahun 2019 menerusi sebuah video di TikTok. Pengalaman disantau pasti membuatkan kita tahu bahawa sihir begini masih wujud demi melunaskan dendam individu yang iri hati dengan orang lain.
Bukan itu sahaja, staf, adik serta anak buahnya turut terkena tempias dari perbuatan syirik tersebut.
@_julizzAndai masa boleh Di putar Aku tak nak jumpa org yg kianat Aku..♬ original sound – Nadya Mahdi
Salah satu peristiwa misteri yang dilaluinya adalah perut yang tiba-tiba membesar dan membusung seperti wanita mengandung.
Semoga kita mengambil iktibar di atas setiap cerita ini.
Malah, Puan Juliza turut mengakui pernah berasa putus asa ingin melupakan niat untuk bekerja mencari rezeki.
@_julizzPart ni aku x tahan sakit..dada sakit sukar bernafas..aku down gila waktu ni 😭 dh biasa keluar berniaga Tp ape pn tak leh buat..♬ original sound – Julizz
Dalam sebuah video yang dikongsi, wanita itu dilihat sedang menangis dan menghentakkan tubuh badannya menahan kesakitan kerana mengalami kesukaran untuk bernafas akibat sihir yang dihantar kepadanya.
@_julizzTerima kasih utk 50k follower yg sy tak terjangka 😭😭😭 semoga semuanya berakhir dgn bahagia. Sy bukan siapa2 hnya hamba Allah yg x pnya apa2 🥺
Diambil daripada temubual bersama Kisah Dunia, Puan Juliza berharap agar individu di sebalik perbuatan syirik itu kembali bertaubat kepada Tuhan.
“Untuk pelaku, berhentilah buat perbuatan syirik & ingat kekuasaan Allah. Semua rezeki kita milik Allah. Hati-hati, sihir ini berleluasa di mana-mana & mereka yang mempunyai perniagaan berisiko untuk kena,” ujarnya kepada pihak Kisah Dunia.
Perubatan islamik sebagai pelindung diri.
Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).
Baca al-Fatihah 7 kali. (dibaca)
2. Baca ayat 56 daripada Surah Hud ‘Innitawakal…’
3. Baca 2 ayat terakhir Surah At-Taubah, ayat 128-129 ‘Laqadjaakum…’
InsyaAllah, dengan izin Allah akan melindungi kita dari terkena santau atau sihir. Moga kita semua terhindar dari segala parkara-perkara sebegini. Penulis tak faham la zaman moden pun ada lagi lagi benda-benda syirik sebegini.
Sumber: Kisah Dunia, TikTok Puan Juliza, Datuk Ustaz Kazim Elias
Ketahui Jenis & Kegunaan Panadol Yang Terdapat Di Pasaran Sebelum Korang Beli
Isi Kandungan
ToggleKalau korang pergi ke kedai serbaneka nak cari ubat, kadang-kadang pening bila tengok pilihan Panadol yan ada. Sampai tak tahu yg ini untuk apa, yang itu untuk apa.
Kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang jenis-jenis Panadol yang ada dipasaran supaya nanti tidaklah tersalah beli.
Kalau nak beli ubat kenalah tahu kegunaannya kan?
1. Actifast
Lazimnya kita tahu actifast ni fungsinya lebih kuat sedikit berbanding Panadol biasa kerana ia diserap dua kali lebih pantas ke dalam darah. Disebabkan itu ubat ini lebih cepat memberi kelegaan.
– Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius seperti sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit otot dan sendi, senggugut, sakit radang sendi, sakit gigi, untuk ketidakselesaan disebabkan selesema dan sakit tekak.
Perhatian: Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg. Setiap tablet mengandungi 173mg sodium dan jika diambil sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati!
2. Optizorb
Mungkin ramai yang belum familiar dengan jenis Panadol ini. Optizorb menggunakan formula teknologi baru yang mempunyai alginic acid dan calcium carbonate. Alginic acid bertindak menyerap air dan mengembang. Manakala, calcium carbonate bertindak balas dengan asid dalam perut yang mana boleh mempercepatkan larutan ubat dalam perut.
– Membantu melegakan sakit kepala, migrain, sakit tekak, demam dan sakit gigi
Kelebihan: Pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet.
3. Extend
Mengandungi kandungan paracetamol 665mg dan kelebihannya adalah mampu tahan sehingga lebih dari 8 jam daripada ubat-ubatan lain yang kebiasaannya hanya sekitar 4 ke 6 jam.
– Membantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan
4. Extra
Kandungan paracetamol 500mg serta tambahan 65mg kafein bagi meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah.
Perhatian: Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan mengandung, begitu juga ibu yang menyusukan anak, tidak melebihi 300mg kerana ia boleh menganggu tidur anak. Pengambilan jenis ini perlu diambil tidak lebih dari 2 hari seminggu.
5. Soluble
Sejenis ubat yang larut dalam air dan sesuai untuk korang yang usah nak telan ubat biji atau syrup.
Perhatian: Namun kandungan sodiumnya tinggi. Agak berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium.
6. Menstrual
Kandungan 500mg paracetamol dan 25mg pamabrom bagi membantu menyingkirkan air lebihan terkumpulan dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air ini akan dibuang melalui air kencing.
– Sesuai untuk wanita yang mengalami PMS, cramp dan kembung perut serta ketidakselesaan semasa awal datang haid.
7. Children
Kandungan setiap tablet 120mg paracetamol, sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan. Dose yang boleh diberikan adalah mengikut berat kanak-kanak tersebut, 15mg/kg.
Contohnya, berat seorang kanak-kanak adalah 16kg : 16kg x 15mg/kg = 240mg
Jadi, boleh ambil 2 biji Panadol children setiap dos.
8. Cold + flu-D
Kandungan: Paracetamol 500mg, phenylephrine hcl 5mg, chlorpheniramine maleate 2mg dan potassium sorbate 0.6mg
– Phenylephrine hcl membantu mengurangkan hidung tersumbat
– Chlorpheniramine maleate membantu mengurangkan selesema alahan ataupun gatal
Panadol COLD+ FLU-D boleh membantu melegakan hidung berair, bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal dan mata berair.
Perhatian: Hati-hati kalau mengambil ubat ini semasa memandu atau bekerja, kerana ia boleh menyebabkan mengantuk.
9. Panadol 650mg
Kandungan paracetamol adalah 650mg. Hanya perlu diambil 1 hingga 1 setengah kaplet untuk 12 tahun ke atas tidak boleh melebihi 6 kaplet sehari. Ubat ini sesuai untuk individu yang tidak suka ambil ubat 2 biji sekali gus. Kelegaan sakit boleh dirasa dalam masa satu jam dan boleh membantu menurunkan suhu demam dalam 30 minit.
Perhatian: Tidak selamat diambil bersama alkohol dan kurang digalakkan untuk ibu mengandung. Boleh digunakan oleh ibu menyusu.
Rasanya banyak jenis-jenis dan manfaat Panadol yang selama ni korang tak pernah tahu pun, tapi sekarang mesti dah jelas kan?
Sumber: Farmasi Marmin
Comelnya Aksesori Kereta Cupcake Aisyah Ini! Korang Boleh Beli Di..
Kira-kira dua minggu lalu, personaliti media sosial, Cupcake Aisyah telah memuat naik sebuah video ‘Car Tour’ atas permintaan ramai pengikutnya.
Aisyah sering menerima pertanyaan mengenai barangan yang disimpannya di dalam kereta jenis Mini Cooper itu. Lalu, Aisyah telah berkongsi beberapa essentials yang perlu dia miliki seperti bantal, pewangi beraroma bunga mawar dan pelbagai lagi.
Dalam banyak-banyak itu (tak adalah banyak sangat memandangkan Aisyah gemarkan kereta yang kemas), satu aksesori yang mencuri tumpuan penulis adalah plush toy Buzzlightyear & Woody daripada filem animasi Toy Story di luar keretanya.
Yes, outside!
“Saya baru saja memperolehi kereta saya dalam bulan Oktober tahun lalu. Saya memang menggemari kereta jenis Mini Cooper S dan saya benar-benar bersyukur dalam memiliki kereta ini.
“Seperti yang korang dapat lihat, saya memilih warna kuning yang merupakan warna kegemaran saya. Dan baranagn terbaik yang saya ada adalah aksesori Buzz & Woody ini.
“Ia sangat comel dan ia tidak akan tercabut. Kalau korang rasa dah drive kereta laju gila, ia masih akan melekat. Jika korang nampak Mini Cooper dengan benda ini di jalan raya, ketahuilah itu adalah saya di dalam kereta!” kongsi Aisyah yang sememangnya meminati Toy Story.
*
*
So, mesti ramai tertanya-tanya kan mana nak dapatkan plush toy ini kan?
REMAJA telah menemui dua platform yang menjualnya.
Di Lazada, korang boleh mendapatkannya pada harga RM117 dan mereka menjualnya dalam beberapa bentuk.
Selain itu, korang juga boleh membelinya dari Shopee seperti Aisyah.
Ia dijual pada harga RM20 – RM59.90.
Yang penting, jangan risau jika hari hujan ke, panas teruk ke. Korang boleh membasuhnya jika kotor dan ia diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi.
Comel kan!
Tonton video temuramah kami bersama Cupcake Aisyah di bawah semasa penggambaran cover Majalah Remaja Okt-Dis 2019