Bapa Britney, Jamie Spears Akhirnya Dilucut Hak Sebagai Penjaga

Share

Kemelut anak beranak penyanyi pop wanita popular dunia, Britney Spears dan ayahnya Jamie Spears akhirnya menemui ‘jalan keluar’ apabila Jamie telah dilucutkan hak penjagaan selepas 13 tahun terhadap Britney.

Arahan itu dikeluarkan hakim Mahkamah Los Angeles dan berkuat kuasa Rabu. Pada Jun lalu, Britney memaklumkan kepada pihak pengadilan bahawa hak penjagaan tersebut yang bermula pada 2009 adalah memeritkan buat dirinya.

Malah, Britney juga turut memfailkan dokumen memohon agar bapanya itu disingkirkan hak sebagai penjaga terutama dari segi harta bernilai AS$60 juta.

Hakim Mahkamah Los Angeles, Brenda Penny berkata keadaan semasa tidak lagi sesuai dan ia memerlukan Jamie Spears dilucutkan hak berkuat kuasa Rabu.

Foto: Pinkvilla

Tambahnya, hak penjagaan aset penyanyi itu akan dijaga oleh seorang akauntan dilantik mahkamah buat sementara waktu. Untuk rekod, Britney masih dibawah pengawasan profesional Jodi Montgomery yang menguruskan urusan perubatan dan peribadinya.

Sebelum ini, para peminat telah menjalankan kempen #FreeBritney untuk menuntut hak kebebasan penyanyi itu dari segi undang-undang. Penyanyi wanita itu juga mempunyai masalah kesihatan mental yang tidak pernah didedahkan secara terbuka.

Apa-apa pun sekarang Britney sudah boleh menarik nafas lega dan diharap kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman